KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Thursday, December 31, 2009

Kembali ke sekolah

Hari ni, cuti..motip nak membeli pekakas sekolah akak..yer..baru nak beli. Sib baik ada saiz lagi baju, klu tak de..capai gaklah apa yg ada kannn. Settle semua lega dah. Cume..tak dapat beg2 sekolah lagi. Esok kene teruskan pencarian.

Lain..bibik nak balik, semua gaji2nya udah ku bagikan kepadanya..kayoolah bibik. Dia myoping kat sogo. Beli baju anak2 dia sama baju2 dia. Penat gaklah kaki meround satu sogo tu. Balik tadik, dia bagi pakai selai gaun kat Aina, gaun yg dia beli tadik. Patutlah dia beli 2 lai. Ingatkan anak adek dia kembar..tersentuh ai..auwww..

Petang, g medan mara. Lepak kat mingo2 depan medan mara tu. Dorang nak makan eskrim kat situ laks. Terus semua nya bercomot-comotan..huikss..



Monday, December 28, 2009

Sehati berdansa..

Cuti-cuti...ke manakah aku? tak kemana..dok umah jerk. Sebab, cik abg "ketua kampung" sibuk sangat ngan karnival. Sian gak tgk hari2 sibuk sampai tak cukup tido..

Hari ni lak..ai mc. Bahana makan kenduri kawen ahad semalam..tak pepasal jer ceri beri semua ada. Sian kat bambam, tengah syiok tido, teryayak lak. Sib baik deria bau mama kuat.. heee.

So dari tengahhari, tidooo jerlah mamanya...syiokkk..sok mula lah balik, keje melambak ni..adehh

Adek, hari ni adek tak moh pakai suar. Ingat sbb panas ke haper..upernya dah merahhh..uiksss sakit lah tu..sian anak mama nih..


Akak n abg lak. Masih demam sehati berdansa. Aseklah menari dua beradik tu. Risau lah terkehel leher ke tangan ker kan..takpelah, janji korang ceria. hehe..

Irfan bangun pagi, tengok mama tak keje. Seronok, pas tu tanya, "mama, kita nak pegi taman boye ker ma??" pantang tengok mama pakai jeans. haha.. irfan..irfan..sehari kalau tak nangis..bukan irfan lah tu..

Wednesday, December 23, 2009

Ketiduran akibat Keletihan bermain

Kepenatan ultraman mama cayang nih

Rambut maintain cacakk!

ni mulut munggil dia, tebelah tengah...merah jer tau klu bangun tido..auww

Friday, December 18, 2009

Satey + Donut = Happy

Hari ni..buhsan betol. Coti jer lebehh, dok umah jerlah..tak pe, mak redo jer. Tekak tetibe feeling nak makan donut la, satay la. Ujan lak petang tu. Cik abg ke Nilai, kata..sibuk nak berkarnival. Gitu ler gayanya..nak tak nak, mak redo jerlah. Redo lagikkk. Iye..redooo

Petang, bibik buat donut. Ai tinginn, tu yg dia buat jugak, ai pegi bintang nak carik cokelat buat taruh atas donut tu. Ala2 dunkin donutlah kunun. Sekali silap beli, ai beli cokelat masak kek..Tapi ai hentam jer. Jadik lah jugak..sonok gaklah tgk budak2 suke. Nampak gaya cam kene je mintak bibik tinggalkan resepi. Kot leh turunkan kat bibik baru nanti.


tadik penuh..seketul2 budak2 amek, walaupon compang camping donut nih

Malam..tak tahan dah. Buhsan cam haper, tekak tingin satey gak. Siap, terus angkut budak2 semua. Ujan benti terus kuar. Kol 9mlm, gerak ke Bandar Baru Bangi. Satey kedai tu lagi sedap kot dari kajang. Lagi pon cam jauh lak nak ke Kajang town tu. Dapat makan, tekak rase lega..n happy tu yg penting.

Nak??

apa kesss? ayam lekat celah gigi kah? :)

yummiii

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah & Beday2


Salam Maal Hijrah... Jom sama-sama bacakan doa akhir tahun Dan disambut dengan doa awal tahun... Moga tahun islam yg akan datang ini bakal mengubah diri dan hidup kita. Supaya lebih taat pada yg maha pencipta. Dan menjadi lebih baik dari yg baik.. amin ya rabbal alamin

~kesah lain~

upss..

hari ni lak besday cik abg ai..yg ke baper tuh? yg ke tutttt...haha..alah tua ompek taun jer darik ai..so kira sendiri..

hadiah? nnt pikir ah..atau tak yah jelah.. nanti arrr bagi adiah specialll punya!.. kwang..kwang..kwang


alamak??.. seksi lak. ahakss!

Result Kakak Ain

Hari ni adalah hari cuti. Sempena nak amek result kakak Ain. Semalam cik abg kasik tau dia kelas mana. Cam ne tau? Kawan cik abg tolong checkkan sekali masa amek result anak dia. So balik tu, abah ckp kat kak Ain dia masuk kelas E. Sambil bebel2 kata tak nak belajar selama nih. (Saja memain) Sian Ain..hampa jer muke dia..seberkk jer aku tgk..dari ceria terus sugul jer.. terus baring2 n terlelap.

muke lega..dah dapat result

Pagi ni ngan semangat berkobar2 Ain pegi. Tapi cam sedeyy gaklah..iyelah kan kata kelas E, mau kene sound ngan abah kang. Sampai terus pegi ke board. Pastu akak ain pon cariklah nama dia..kelas 2A, tak de..carik lagik..kelas 2B..byk lak nama Batrisyia kelas 2B. tp bukan nama ain.

Carik lagik...haaaa...ada..terus akak ain senyum caya tak caya. Tengok beberapa kali, okehhh sahhh! NURAIN BATRISYIA RIZAL RIZAM = 2BUDIMAN. Gumbiraaa. Tak sesia mama jadik tarzan bile ngajar dia memalam..

abah tengah semak result

Naik pegi amek report kad n slip periksa, dapat no 6/41 6A. okehh cayanggg cyaiiokkk. Congratss. Kenelah mama beli adiah..dah tuntut tadik.. ;)

intan payung mama!

Friday, December 11, 2009

Kesah Coti Sekolah

Kisah semalam. Plan nak anta ain g ngaji. Dhia baru nak joint ngaji sama. Smlm achik balik lambat. Kena tulun la amek anak teruna dia jugak. Dorang tipon, kata nak tido umah ucu terus pas balik ngaji. Ok jelah..lagik pon coti sekolah.

Balik ngaji, dah bising kat depan umah bagi salam. Terus Irfan sama Aina gumbira lah sangat sambil menari-nari pusing2. Happy lak tgk sepupu eyyy datang..chumeyyy

Malam semua tido depan tv. Termasuklah ngan adek sekali. Malam asek nak kuar jer. Nak joint sekali dorang tengok tv. Padahal dah kol 12 dah tu.
Pagi tadik, adek bangun awai..nak kuar dia kata. Pas tu terus sentil tepi abg abil dia. Minat nau ngan si abil tu..haii..dah le akak pon suker, adek pon suker gak.. :)

Malam ni, Dhia ikut lak Dhia balik umah dia, Aqil balik umah sendiri. Abil tak moh balik.

tengoklah..sentil ramai kat satu tilam!!

Thursday, December 10, 2009

Selamat tinggal Pampers

Hep hep..horeyyy! Ultramen mama tak pakai pamper lagik dah. Siang malam sudah pass..Chiayokkk!

First night tu, jenoh gaklah pesan2 kat telinga Irfan time dia lite2 nak lelap. Tengok ada respond, wpon mata dah pejam. Aku, mengelakkan kejadian kebocoran, lapik ngan kain tebal kat tilam dia.

Kol 3 pagi, Irfan kejut abahnya nak g kenchhh..pas tu tido sampai pagi terus. Hari ke 2 lak..dah makin ok. Kejut bibik pelan2..chumel jerk. Hari ke 3..lagik ok..selamba tido kat ruang tamu sama Pak Cu, bangun masuk bilik carik bibik time nak kench..oh my boboy.

Now, lagi ok dah..hajat besar pon dah lepas kat tempat sepatutnya dah. Dah beli tmpt duduk khas utk dia dah. So dah tak de masalah sembelit takut2 nak kuarkan..legaaaa...

cayanggg dia..

Tuesday, December 8, 2009

Sibuk, sibuk, sibuk

Sibuk ai hari ni..meja penuh ngan quotation2 org submit. Muntah darah tengok quotation untuk buat summary. Sakit tengkok ai hari ni..adehh.....

ni baru atas meja. Bawah meja...pitamm!!

Sunday, December 6, 2009

Irfan Hafiy vs Jimmy Neutron

Irfan dah buat balik..tak moh gunting rambut balik. Nak simpan rambut sampai ujung kaki kot..haha. Dah macam Jimmy Neutron lah tang rambut depan dia tu.. hihikhi





hiii!!

errr..tak moh gunting..

Saturday, December 5, 2009

Ukur baju di badan sendiri

iye2 adek ukur
alamak, bape inci tadik?
leher gak kan..
ish cam ner ni, bawah ketiak ke bawah leher?
adusss..letih arr

Wednesday, December 2, 2009

Stress

Hari ni stress. Rase semua benda tak kene. Runsing jer rase. Agaknya sebab sentap pagi tadik. Pepagi baru diberitau susu adek dah licin. haiyoo! Sib baiklah tokwan adek dok dekat. Lehlah mintak tolong belikan tadik. Kalau tokwan dok jauh...

Lagi...keje..dah ujung2 tahun. Sempat ke tak, nak buat PA lagi. Sedeh ai klu tak sempat. Stress nak kira itu ini, gitu gini..xpelah..gagah jugaklah...walaupon sekali sekala, rase tak nak jerlah buat. Meroyan lah ngan akak Hawa pagi ni. Dia pon tolong jugaklah bg idea walaupon tak satu department. Maceh...tersentuh ai tau..Auwww!

Lagi...radio opis rosak. Tak de hiburan halwa telinga hari ni. Asek dengar aku menaip sendirik jer. buhsan jer. Lagu dlm hp jelah bukak..buhsan, buhsan mak!
Lagi..tadik turun window2 kat bawah..sekali byknya perfume christmas, sendu tu tak dapat nak beli lagi. :(..set make up pung byk. Napelah ai minat ke arah itu kan..apasallah tak minat ke arah enjin kete ke, enjin bas ker..hrmm.. haha. Sabau jelah Apa lagik...malas dah ler...tido sedap ni! Zzzzzzz

Tuesday, December 1, 2009

Gurau senda

Malam Senin, Ain sama Irfan bergurau senda tanpa batasan. Abes sepah satu umah. Sama naiklah ngan si adek jugak. Panjat2, lompat2 tu dah lumrah. Asal happy, jgn pas tu tragis sudah..



Dalam happy2 tu, tah cam ne Irfan terhayun botol air. Kena kat muke kakak. Mulelah tragedi botol air. Dah nangis le kakaknya. Abg Irfan yang takut, terus kata adek buat..hahaha..nak lariklah tu, sekali, Cik Abah dengar, kene lah hukuman. Nak letak cili kat tepi mulut.
Biaselah budak2kan. Dah memain tu, ada lah ketidak sengajaannya. Bile dah takut, mule lah tuduh orang lain yang buat salah. Bukanlah niat dia nak menipu, nak protect diri sebenarnya.

Tp.. bile kuar jer cili..abah acu2 ke mulut, terus mengelupur. Salam n mintak maap. Pas ni tak buat lagik. Janji. Bila tanya sapa buat kakak tadik, baru ngaku
*irfan yg buat...waaaa...* sadisss.. dalam takut2 tu..dia lah paling manja, paling keletah, paling banyak soal, paling chengeng, paling penyayang dan paling, paling lagi lah.. tulah dia ultraman mama n abah yang kuat merengek : Irfan Hafiy..

Pagi tadik, dia bangun kol 6.15pagi, tunggu mama n abah nak pegi keje. Motip: nak salam n chiummm...sapa tak cair kan. Hilang marah malam tadik.


Malam ni, sempena coti sekolah. Ain aku masukkan kelas ngaji malam pulak. Salu kat sekolah agama jer. Hari ni start kat umah ustazah dia. Dari tak de apa2 nak buat. Kira oklah tukan, ustazah kata tak pernah dia buat lagi, selain ngajar kat sekolah. Tapi..sebab ai request, dia adakan lah..maceh ustazah.

Keputusan periksa sekolah kakak 14 dec baru kuar, baru leh amek report kad. Tak taulah dapat no baper. Tahun depan ni kene tukar kelas ikut sapa pandai, sapa kurang pandai.hehe..so tak taulah ain di takuk mana. Harap2 okeyyylah.. keputusan pon agak baik jugak, kot2 ada orang lagiii baik. So tak per..keputusan semua ai simpan dululah. Sekolah agama dah dapat. Nanti dah dapat result, buleh lah buat rumusan. ;)

Monday, November 30, 2009

Raya + Puteri Resort

Raya..malam hari raya, semua berkumpul kat umah mak.

Aku, balik keje, amek anak2 terus pegi umah mak. Malam tu gak, abg yg kat Keramat pon datang jugak. (Pak Ndak n Mak Ndak). Kali ni raya, buat sorang sikit makanan. Aku, cater laksa, Mak buat rendang, kuah kacang sama nasik impit, Mak Ndak lak nasik kerabu. Mak Ngah bwk blueberry cheese cake. Acik, sbb dah tolong ke sana kemari, pagi tu *so diskaunlah* tak yah bawak apa2..bwk perut jerk..hikhikhik..Kira cam meriah makan lah raya tu..dah tengahari, memasing carik port, landing time. Lepas Jumaat, makan lagik, pas tu balik ler...aku nak mencarik pampers2 budak nih sama barang utk esoknya..cater nasik lemak lak ke Melaka.

sama syazwa, Irfan

Janji kol 11 tunggu depan umah atok. Bertolak ke Melaka. Dok kat Puteri Resort jer. Planning pung last minutes. Achik bookingkan 3 hari sebelum raya, tengok2 ada bilik. Tujuan, nak bawak anak2 coti sekolah berendam. Tujuan ke dua, mak bapak pon sama tingin nak berendam ..heehaa ;p.
On the way ke sana, cuaca mendung. Kalau hujan tak dapek lah berkubang memasing. Sib baik masa check in, hujan pon dan berenti
.

cool and fresh.. for boboy

Happy all the time..for gugurl

Masuk bilik terus makan2. Bawak makanan. Aku, nasik lemak, mak bihun. Achik nugget n drummet. Mak Ngah...loti lorrrr..Pas makan, dah tak sesabau dah semua. Kol 3 lebih dah terjun dalam kolam.. Lama gaklah berendam...sampai kol 6 ptg jugaklah. Syioklah lama tak berkubang. Cik Abg n Cik Babah, gi main pingpong kat ujung sanun. Para bini pon joint gak..tp fail..pukul bola cam pukul badminton. Ahaksss..Mak Ngah dah naik dah sama Pak Ngah. Pak Ngah amek kontrak lifeguard..dok kat kolam budak2, tengok jer budak2 tu buat per. hehe..


Mak ngah, achik and ucu..

Abg Irfan sama Aqil, kuak lentang tepi tangga

Adek happy jer main air

Dhia sama kakak Ain, duyong kolam

Kol 6 lebih ujan lebat..tak sia2 weolls turun awai tadik..dah puas gaklah berendam. Malam, g lak kat umbai. Jalan agak padat gak. Ramai org g Melaka. Ingat umbai tutup. Sekali, sesakkkk..Makan kol 10mlm..terus mamam...

Lauknya : siakap 3rase, jenahak sweet sour, sup sayor, udang butter, lala black paper, sotong goreng tepung. Tengok bil..hrmmmm...ok buleh tahan, 4 family makan. Berbaloi gaklah.

Ahad, pagi2 dah bangun, bfast cara mudah. Makan roti ajerk.. Pas tu terjun lagik. Last kopeks nak berendam. Kali ni kolam agak penuh, port semalam pon dah kene amek, larik tempat lain. Sib baik kolam besar. Klu tak, tak syiok ler. Kol 12, check out n terus g pusat bandaraya Melaka. Sesak..


Time to say good bye!

Terus g tempat makan Asam Podeh Melaka. Ramai gak orang. Pas makan, terus balik ke KL.. Highway kat Pedas-Linggi dah start jemmed. Kene carik alternatif lain. Sampai umah kat kol 6 petang jugaklah. Tetibe lak Pak Ndak, tipon kata nak datang Kajang, bwk sup tulang qeqah anak dia. Tunggu lah pulakkk..

cara mudah nak perangkut adek, troli penuh. :( tapi, tetap cute :)

Kiranya, balik umah pon dah kol 10mlm, tunggu makan lah, kemas2 umah mak lak...sampai umah, settle tuk esoknya..dah keje dah..penattt, tp beshhh!

Tuesday, November 24, 2009

Makan tak hingatt!

Harini, mamam alwayzz! cam ne nak kurus ni?? Mmg tak leh kurus dah!..bukan nak badan cam supermodel. Memang tak dapat pung..tak cukup tinggi..heh. At least senang nak bergerak ke sana sini. Badan rase sihat..huhu...

Cam ner tak naik badan...pagi ni makan bihun, tghhari abeskan bihun pagi, petang kol 3 lak, makan kueh lagik. Sampai lah kol 6 ptg..byk sgt makanan kat opis ni. Wadus2.!! Malam...tak moh makan arr..

Abeslah, kang tak muat baju yg ditempah...kan. Ari tu g ukur balik, sbb ukuran masa bulan pose. Ukur balik, naik kauuu..benciklah nak citer, terus rase downnnn..hehe..Tulah sapa soh bile makan tak hinggattt..padan lah muke kan.. kan..??? Semangat shaz, semangat! Cewahhh..

Ni pon tingat2 burger..sodap ni klu pekena malam ni, sup khamben ke.. ohhh! tidakkkk! sok pose balik...
Budak2 dah coti sekolah. Relax byklah ai. Off mandikan Akak Ain.. Irfan pon tak bangun pepagi, adek pon nyaman tido pepagi. Tenang g keje. Malam ni, cik abg pegi futsal. Budak2 n mak budak cam boring jer. Mainlah sesama dorang kat umah jerk, tengok citer "nenek begayan"..(nenek kebayan) hihihi

3 permata hati

mare..kene kepit

atu..(satu), uaaa.. (duaa), aaaa.. (tiga)


kakak sakat abg posing