KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Thursday, April 30, 2009

Adehh letih...

Lambat lagikk!!! Wadus2.. Hari ni sah ler lambat sampai opisss!! Tido mampos! Penat ler. Tah aper yang penat aku pon konpius, hehe. Tapikan.. badan ni rase macam lesu jer. Kene carik vitamin ni. Sampai opis tadik kol 8.20. Wehhhh..lambat 20 minit. Nyampessss..


Wednesday, April 29, 2009

Ipan the builder

Semalam lakiku ajak teman dia pegi beli kasut bola kat Pertama Kompleks. Tapi tak jadik. Hujan la pulak. So terus rush balik umah. Ain malam ni ader english class! On the way balik, tetiba laki teringin lak nak makan kay epp see. Singgah sekejap makan kat tepi hiway Sg besi. O-ohhh! Abes dietku! Tak berjaya lagik.. huhu.. :( Makan2.. Pastu terus cabut meneruskan perjalanan.

Pas maghrib hantar Ain ke kelas, terus gi beli grocery mak aku. Ipan dan bambam dok umah. Ipan tengah kusyuk tengok cartoon monster..hehe. Dapat la mama larik senyap2 kuar umah. Dah beli grocery tu, singgah rumah jap tingat ipan nak jumpe atok dia. Sebab masa atok dia balik dr umah aku aritu, Ipan tido. So tiap2 petang, dia asek tanya bibik mana atok. Sian dia.. Sampai umah atok dia, dok kejap. Tengok2 apa patut. Atok bagi ipan duit beli 'menan'. Hah, apa lagi, terus ipan ajak kuar beli menan. Layan lah jugak. Sampai kedai, ipan pon dengan gigihnya membelek menan satu-satu. Dapatlah satu set tool menukul ala "bob the builder". Balik terus main sama2 adek bambam. Nampak busy jer 2 badik tuh. Ketok sana ketok sini. Tido pun peluk tool tu. Dah lupe dah otomen dia. Pagi ni awal2 pagi dah bangun nak main lagikkk...


Tuesday, April 28, 2009

Bday Irfan - Mar 16

Lunch story

Lunch tadik aku pegi makan kat BSN. Makan nasik separuh, pajeri terung ngan ikan keli cili apisssss. Sedapppp! Nak bayar tu macam tengok konsert punya panjang beratur. Lepas bayar, aku terasa nak beli rojak buah yg dia gaul dalam mangkuk besar. Tingat laki kata mak dia suke makan rojak tu dulu, hehehe. Masa tengah tunggu orang tu gaulkan, aku macam asyekk sangat tengok. Tetiba ada orang menjerit kat tepi tinga aku "Cendol, cendol!!" Terus melompat la aku terkezuttt, hahaha.. Lawak giler tadi. Akak opis yang makan sama pun gelak pecah perut. Potong stim betol itew budak. Haku tengah kusyuk, tetibe dia interpremmmmm.....


kesah semalam

Balik sekolah, Ain cakap kawan dia tak sengaja tertolak meja then terkepit jari manis dia. Seriau n fobia bile dengar citer tersepit2 ni..haiiyoo..

Sib baik bile tengok gelembung sikit jer. Tapi sure masa kene tu sakit gak tu.. Ouch! Terbayang2 muke Ain menahan sakit tu. Nak nangis malu. Nanti geng kelas tengok. Control cun gitew! ;p Pas maghrib tengok dia dah tertido kepenatan. Tak sempat nak makan malam bersama :(

Sian ain penat sangatlah tu. Pagi ni baru Ain tanya jadual sekolah. Dah salin ke belum :) Dah-mama settlekan.

Irfan hari ni dah pass tak pakai pampers, cume tido siang jer masih kene pakai lagi. Kalau tak pakai, silap2 banjir plak rumah tu, hehe..

Bila tibe proses untuk pembuangan, dia jadik konpius..haha.. Selama ni pakai pampers, tapi kali ni tak plak. Terus dia panggil bibik kata "nak yak ni bikk"

Haha.. Tak biase.. Pas tu bibik ajak dia gi toilet, terus tak jadik yayak. "Dah ilang".. hik hik.. cute jer.

Pastu tingat, pamper adek bambam dah abes. Alah, malasnyer nak kuar lagik. Terus lah kitaorg gi Manjaku kat Bangi. On the way tu, bambam banyak mulut. Asek cakap jer. Tapi mama tak paham biji butir dia. Cute jer dengar. Dah settle semua keje, lebih kurang kol 11 lebih baru tido si bambamku. Tertido sendiri.. Kepenatan!

Monday, April 27, 2009

Good bye hair..

Terlerai sudah rindu dendam! Sonok jumpe kawan lama sampai demam2 aku hari jumaat lepas..kekekeh. Noi, nnt kita jumpe2 lagi yea!

Semalam bawak Ain pegi potong rambut dekat kedai cina.. tapi abang ipan susah sungguh nak pujuk dia potong rambut!

Last2 aku yang jadik barber, potong sendiri kat umah dengan lalakan dari ipan yg sungguh meriah tu..huhu..

Semalam gak ipan berjaya membanggakan dirinya, sbb telah berjaya melepasi piawaian tidak memakai pampers lagi! yeaaha..

Bagus, syabas anak mama!..So, smlm aku belikan lah otomen yg dia mintak dari khamis sebagai ganjaran kepada dia..;p

nota kaki : ni ade sedikit gambar kenangan akak ngan rambutnya, n ipan bersama otomen2..



Thursday, April 23, 2009

Jumpa kawan lama

Semalam takde aper cerita yang menarik. Balik dari keje tgk aina (a.k.a bambam) dah beransur pulih. Tapi still selsema lagik. Atok dia (emak ku) update aku, bambam asek dok dlm gendong bibik jer. Abes lah kene mandrem dek ketiak bibik nanti tuuu, hehehee..

Malam tadi aku ingat nak beli kek untuk celebrate bday bambam, tapi abahnya ader sessi kecergasan badan @ main badminton. So tak jadik. Today pas balik keje aku plak ader date ngan member lama. Norlina namanya. Dah 18 tahun tak jumpe u! Rase mcm 1st time nak date plak! haha... Tak sabar nak jumpe. Yeeehaaa! Jangan banjir klcc ni udah ler... Sabar yea :)

Pasal kek bambam lak, ujung mggu ni akan aku belikan kek kecil2an sajork. Sebab dia pon bukan tau nak tiup lilin pon. Yang pasti ader tukang tiup dua orang kat belakang bambam ;p

Cerita lain??? ..tungguuuuu..

Wednesday, April 22, 2009

Happy 1st bday Nur Aina Amanda

Lagu sumbangan dari kakak Ain untuk adik bambam nya:
Happy birthday to you..
Makan ubi kayu..
Cepat aina minum susu..
Dapat nombor satu..

Nur Aina Amanda

Tuesday, April 21, 2009

Ipan oh ipan

Smlm balik keje, tengok2 bambam mama demam pulak. Hai cian dia.. Buat muke manja giler. Malam tu pas anta ain pegi kelas english kol 8pm, terus pegi klinik utk ambek ubat selsema adek bambam dan "bisul manis" babah dia.

Masa dalam perjalanan tu, abg ipan nak mainan otomen. Mintak bukan satu, tapi dua! Sampai klinik, tengok punyalah ramai org yang sakit, huhuhu. Terus kitorang pegi minum jap. Lebih kurang 45 minit, pegi balik klinik baru clear sikit. Legaaa...

Settle semua dalam kol 10 lebih. Ingat abg ipan dah lupe psl otomen dia. Upernya dia mintak lagi. Siap kata "esok mama tak yah keje" haha..ipan vs otomen...

Ipan oh ipan..

My boy - Irfan Hafiy

Monday, April 20, 2009

Kisah Ain

Isnin lepas ain bg surat kat mama. Special katanya. Siap ader sampul segala. Sampul barbie, yg dia dok gile beli kat sekolah dia...

"Selamat hari ibu.. Ain sayang mama. Mama sayang ain tak? Ain sayang mama sangat"...
Wadus2 menitik airmata ku...sadis sekali.. Ain, mama sayannnngggg sangat kat Ain.. muuaaahhhh!! Terus aku lipat letak dalam henbeg. Esoknya aku bawak gi opis letak kat depan komputer. Hari2 aku bole baca itew surat!

Agaknya musti dia ingat mama dia dah tak sayang dia, sbb dok sibuk layan si ipan ngan adek bambam dia jer. Dia plak asek dikerah dan kadang2 dileteri secara tak sengaja..hahaha. Pas bagi surat tu, Ain mintak plak duit nak beli majalah "Ana Muslim"..terus mama dia kasik. Cian dia... Bodeklah tuu.. hrmmm

My first born - Nurain Batrisyia