KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Thursday, May 28, 2009

Otomen tiga..

Akhirnya termakbul jua permintaan abg ipan semalam. Mule2 pegi kedai gambar, untuk print gambar bibik yang akan dikirimkan ke indon, kemudian bergegas lak ke Pustaka Rakyat, Ain nak beli kamus. Saranan cikgu lah tu. Tapi oklah tak rugi pon beli, buleh pakai sampai besar. Tapi reti ke guna? haha. Sah2 ler mama yg kena tolong carikkan tu. Takpelah ain.

Pas tu aku n cik abg decide pegi ke Warta Bangi untuk carik CD otomen ipan. Dapatlah satu. Tapi biaselah ipan, abih satu kedai dia pusing. Mule2 kata nak otomen, jumpe power rangers nak yang tu plak, pas tu nak Madagascar. Rambang mata betul. Last2 terus jer abah amek CD otomen yg dapat sekali patung otomennya.

Ain lak mintak mini donut yg baru dibuke kat situ, ari tu dah pernah beli. Semua suke makan, tapi lepas tu, sememeh lah memasing ngan cokelat kat tepi2 mulut. Sian bambam. Tak dapat aper pung. Dapat ikut jer lah. Jadik lah kan ucuk mama yea...

Ingat malam tu nak lepaksss lah umah achik, achik lak tetibe jer tak jadik. Balik lambat lak. Macam kartun jer. Hampa i semalam taw. So lepas balik umah, cik abg biaselah dia, bergegas lak nak main badminton. Pas tu nak gi tengok bola lak kat mana tah ngan cik babah. Aaiii mcm2 projek. Jangan projek lain dah yea bang! WARNING ni..

Malam tadi tido awal, sebab ari ni aku kene gi keje sendiri, yelah dah lelaki memasing jadik kelawar malam tadi. So binik2 pepandailah gi keje. Hari ni aku ler jadik mak supir pada kakak2 aku. Sampai opis seawal kol 7 pagi. Wow! pecah rekod u... Yeehaaa..

Wednesday, May 27, 2009

Alalala bambam..

Malam tadi bambam jatuh tergolek. Adoi2..sian dia. Bibik ler, tah macam mana leh terlepas masa nak angkat dukung bambam. Hangin aku satu badan. Masa tu bambam dalam keadaan duduk katak (tau kan..), bibik lak cangkung nak dukung si bambam. Tah macam mana tak stabil mencangkung agaknye, bibik terduduk dan terlepas si bambam.

Terus bambam terlentang ke belakang. Apa lagi, teruslah bambam melalak!! Uwaaaa!!!! Nak senyap kan dia, mama bukak lah lagu las lobos Labamba kat henfon. Terus jadik lagu trademark si bambam. Alalala bambammm!
Lepas ain balik dari class, ain dan abah makan malam. Abg ipan tak abes nak mintak barang menan lagi. Mintak CD otomen la pulak.

ipan : abah, ipan nak beli CD buley?
abah: ha, okey..sok kita beli ok..
ipan : naik keta ke moto, abah?
abah : kita naik keta..
ipan: yayy....ipan sukeee sangatttt.....(dengan nada manja)

Hahaha...kelakar. Abg ipan buat lawak. Tengah belajar meng'ayat' yea! Abg ipan tu penakut naik motor. Semalam abah bawak dia round2 naik motor, ipan macam takleh nak napas. Angin kene muke dia. Cemass!! Ipan pesan kat abah, jangan bawak laju2. Nanti jatuh. Padahal takuttt.. So bile abah kata naik keta (nak beli CD), tu yg dia suke tu. Bagi ipan, kalau motor, jalan dekat2 jer, naik kete jalan jauh sikit.

Masa tengah tunggu ain dan abah makan tu, tetibe ade mms dari achik. Besday si nabil. Wah siap mentak hadiah ni. Sesi membalas budi ker? Tapi potong2 kek tak jomput pung. Mana aci! Terus ucu sentap tau. Tak ajak pon ucu memotong kek tu. Tau2 dapat jer sepotong. Tak baekkk taw, tapi sib baik bagi gak. Kalu bagi gambo jer? Ucu bagi gambo hadiah jer, boley? Nantilah ucu carik hadiah yea. Yang murah2 jer ok. Jangan lak cerca adiah ucu tu. Awasss.. ;p

Happy besday abil..(pandai ke abil tu baca blog nih??) Mak dia baca kot. Tapi silent reader jer kan... Pagi ni abg ipan bangun seawal jam 6 pagi. Bangun kejutkan mama, soh jangan pegi keje (nak tuntut CD lah tu). Masa mama dan abah siap2 tu okey jer dia, tetibe masa mama dan abah melangkah kuar pintu, terus dia nangis sekuat2 hati. Abes sekampung dengar..wadusss..

Tuesday, May 26, 2009

Asam garam rumah tangga

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara untuk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah.

Jadikanlah kebaikan seseorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukan seseorang isteri itu sebagai tanggungjawab untuk anda memperbaikinya. InsyaAllah... bagi wanita yang suka mengganggu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubah la. Usaha la cari yang bujang dulu. Ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.

Janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi. Lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak. Tepuk dada tanyalah selera.

Aku suke baca email ni, ni adalah ringkasan dari salah satu email yg aku terima pasal asam garam rumah tangga. Memang macam2 ragam kalau kita tengok dalam isu rumahtangga. Ikotlah nasib memasing..

Ada yang dapat laki setia, bini plak tak pernah puas ngan laki tu - apa yang sebenarnya bini tu carik? Aku pon tak paham. Nak kata tak de duit, ada kot. Nak kata laki suke berfoya2, laki tu baik sgt. Caring and loving. Nafkah bini dan anak tak pernah missed pon. Mungkin untuk kepuasan kot. Saja nak test market. Laku lagi ke tak aku ni kat luar sana. Atau dia memang pompuan gediks tak tentu arah? Hrmm hanya dia yg tau..

Ada tu yg ada isteri dah cukup baik, tak berkira lansung, tapi laki dia buat taik jugak- ha, yang ni memang patutlah kena kutuk, dah ler dapat bini yang sanggup berkorban apa saja. Sampai ade yang kata sanggup lah melutut kat kaki laki, ala2 melukut di tepi gantang gitu. Kene herdik pon sabar jer. Tapi pompuan lain gak yg laki dia carik. Aper yg best sangat ngan orang lain tu? Tak cukup lagi ke pengorbanan bini tu? Tak perfect lagik? Menyesal kawen? Tak cukup dulu nak membujang? Tak pandai jaga anak, tak pandai jaga makan minum? Kuat membebel. Rasa bosan? Kurang kaseh sayang? Tengoklah diri tu dulu. Laki tu plak jenis macam mana? Setakat soru pon cukup2 jer, lupe kan ajer hajat nak memasang lain..

Dulu masa berchenta ok jer. Sanggup jer. Bile dah masuk 3 tahun kawen baru nampak bau busuk sana sini. Nak carik yang wangi, yang bergaya. Ingat ni.. yang baru memanglah manis.. tapi lelama, buleh jadik busuk jua, malah lagik busuk silap2 tu. Benda tu sama jer, ulang2 kita dapat balik. Tak duduk serumah, semuanya indah. Bila dah tinggal bersama, barulah tau orang tu pengotorlah, pemalaslah, tak romantiklah, kudukut, duit tarak, pemarah. Ha, time tu baru padan muke kau!..

Tak payahlah nak mencarik2 yang lain. Lelaki memanglah, kalau buleh nak kumpul koleksi sampai 4, tapi ingat kalau dah nak kumpul tu, diri tu ok ke tak? Betol2 ke mampu zahir dan batin. Adil ke tak? Jangan ingat buleh sorok dari bini bile ader affair lain, Allah ada, bagi petunjuk dalam bentuk aper saja. Cuma cepat atau lambat saja. Dan para isteri ini, harus lah sentiase berdoa, tabahkan hati menempuh dugaan yang amat berat ni. Doa orang yang teraniaya ni cepat termakbul tau. Insyaallah..

Ada tu yang sanggup "berkorban" demi RM - ada gak orang macam ni kan? Sanggup berlebam badan kene sepak terajang dek laki. Laki tu plak, janganlah ingat badan anak orang yang dah jadik bini kau tu, sesuke hati nak membedal jer. Aper yang aku leh kata, bini dan laki macam ni memang jenis yang bodoh. Bini harap duit laki sangat. Mebi sebab tak de mata pencarian lain.. ngan laki jerlah bergantung, so nak kata aper. Sanggup jerlah kene belasah lebam sana sini. Yang laki ingat dia tu kayo dia leh menglembukan bini dia. Dosalah weyy... sok2 ko tanggung ekk..

Monday, May 25, 2009

Sepetang di Putrajaya

Weekend ni minggu kemalasan untuk aku memasak. Sabtu lunch beli jer kat kedai ayam kampung Hasan Seksyen 7. Petang tu gi Putrajaya nak bergambar anak beranak, bibik nak kirim gambo kat anak2 dia. Pegi dah petang. Hari pon macam nak ujan dah. Mencarik2 jalan nak masuk ke Wetland tu pon asek terlepas simpang. Last2 pegi kat Dataran Masjid Putrajaya. Ramai gak yg lepak situ. Ada yang bawak besikal anak, kete control lah dan juga yang snap2 picture (tu aku lah tu..hahahah). Dapat ni jer gambarnya, macam kabur2 amek guna henfon, kamera takde bateri, lupe nak check. Teruk betol!


Ahad pepagi aku dah bangun, nak mop satu umah. Lepas siap mop bambam dah terjaga, nak makan. Makan aper ek, makan pisang jer lah dulu. Laki memasing ader meeting, meeting persatuan dan kesatuan. So binik2 ni aku dan achik terus buat planning, merayau Bangi je. Sempat buat lawatan sambil belajar ke Ariani Bangi nak tengok2 tudung lah konon. Hrmm.. pas tu keluar balik, konon takdelah yang berkenan, padahal poket memasing dah nipis..hahaha.

Masuk lak kedai Manjaku. Tengok ade sales giler2. Alamak teruja tengok baju bambam. Teruslah masuk dalam list raya. Nantilah beli. Achik beli pampers (bukan main susah nak pilih yg mana satu). Ain dapatlah botol air buat bawak ke sekolah. Yang lain tak dapat aper ;p Selamat duit mama.. Oh, ipan dan ayyel tinggal umah achik. Ipan dah sound tak mau ikut. Legaaa.. Kalau tak kena pow lah, tah aper2 tah lagi.

Pas tu terus gi makan kat McD. Dorang mintak Big Mac, tu semua achik sponser. Ucu and Ain bedal jer. Kenyang! Terus gi umah atok jap tengok apa2 yang patut. Dah lepak sikijap, terus anta achik balik umah, tapi sebelum tu nyinggah lagik kat Mydin Seksyen 7, Ain ngan mama beli selipar. Murah2 ajer. Cik abg? Biaselah dia memengsankan dirinya sampai ke petang!! Penat yea bang yea....

Malam ajak cik abg gi Warta, Ipan lak tengok akak dia dapat selipar baru, dia pon mintaklah bahagian dia. Jumpe selipar Ben 10 kat situ, belilah sib baik murah jer. Terus eksyen ngan akak dia.."ipan ade selipar Ben 10, akak tak de.." Kat umah dah banyak dah selipar, tapi asek suke jer beli2. Ikut mamalah tu suke kumpul sepatu!

Saturday, May 23, 2009

Terkenang semasa dulu


Minggu lepas Ain mintak family picture. Katanya cikgu dia nak. Carik punya carik tak jumpe, hahaha. Nampak sangat dah lama tak bergambar sefamily. Yang ada, tak print2 lagik. Tah bile nak print tah. So korek punya korek, jumpe gambar yang lama-lama. Teringat moment masa Ain sorang jer dulu. Tulah intan payung batu permata intan berlian mama dan abah. Jumpa jugak gambar anak-anak masa baby. Gambar geng2 lion dulu pon ade! Owh! Rindu sesangat that moment! huhukkk

Friday, May 22, 2009

Bambam dah bertatih..

Aina dah pass bertatih semalam. Yeeehoo!! Sambil mulut dia bercakap bahasa jerman, yang dengar ialah "titah, titah." Begitu bersemangat waja dia menunjukkan aksinya pada mama dan abah.. :)



Semalam aku buat sesi meng'archive' baju yang bambam dah tak muat. Banyak gak yg dah tak muat lagi, termasuk satu gaun yg aku sukeeee sangat. Pakai time buat cukur jambul bersama-sama ngan Gina. Lepas pada tu tak pernah dipakai lagi. Sedih jer beli saiz besar pon tak muat dah. Hrmm nak buat camne kan, tinggal kenangan jelah. Selamat tinggal baju...

Thursday, May 21, 2009

I am yours..


Petang semalam, Ain balik dari sekolah terus update aku pasal result peperiksaan tengah tahun dia, English. Dengan penuh bangganya dia menunjukkan result dia 99%. Well done my dear! I am proud of u..hehe..

Ade gak aku cube serkap jarang kata kat dia ada tiru2 ke. Terus dia marah kata mama tak caya dia. Taklah..ok percaya..mama saja jer acah! Okay, apa2 pon, congratulation Nurain Batrisyia bt Rizal Rizam. Mama dan abah tunggu result2 yang lain lak yea. Pagi ni kat sekolah ade sambutan Hari Guru. Jap gi kene lak carik hadiah untuk cikgu2nya.

Wednesday, May 20, 2009

Siri bengang dengan jiran

Lunch semalam aku & the geng mengambil keputusan untuk bersidang di food court L2 untuk sesi melepaskan tensi. Update citer sesama geng. Geng ni terdiri dari kak Aida dan kak zie yg mana ni lah geng aku kenal sejak aku masuk keje sini. Memang macam nostalgia ngan dorang ni. Tak kering gigi asek tergelak kalu bersidang. Ader jer citer sensasi masing2 nak update. So semalam sempat membasahkan tekak dengan ABC dan ayam goreng, bersantai-santai lah kami. Bercerita dari kesah opis ke citer bibik, ke citer anjing2 jalanan or jelmaan dan satu kesah kejiranan.

Aku mule bercerita dulu. Masalah aku, jiran sebelah umah aku ni. Dulu bagi sewa kat sekumpulan indon. Indon ni dah pindah selepas ada satu kejadian. So umah tu lebih kurang sebulan dah kosong. Adalah orang yg minat nak sewa situ. Aku punyalah berdoa orang yang bakal masuk tu family melayu. Oklah jugakkan. Sekali, segerombolan mamat indon keje kilang yang sewa! Kerja perpindahan dibuat tengah2 malam (agaknya dorg keje siang kot).

Suatu hari...tibe-tibe (pinjam ayat k zie) pada suatu malam yang sunyi, lepas aku balik dari umah mak aku, aku cakap kat cik abg "napelah umah kita ni bau semacam jer..macam bau belacan." Tulah banyak nau makan sambal belacan, sampai umah pon dah berbau, aku ngomel. Cik abg terus cakap "bukan belacan lah, tu bau kasut org sebelah!" Aku pon pantas pegi intai kat depan umah dorang. Makkkk aiiii...banyaknyeerrr kasut. Ngan stokin bersepah dan berbau hapak tak terkata. Dorang taruh kat rak pinggan yg tinggi, takde rak kasut. Sampaikan aku bukak pintu pon rase bau tu mencurik2 masuk ke umahku syurgaku itu. Ya Allah! tensinya aku time tu. Terus rase melekat bau tu kat hidung pergi ke mana-mana. Aku tebayangkan ada cagu 3 kilo ade kat depan umah aku tau!!!!!! Benci sgt nih!!



Ingat problem aku jer parah, kak aida lagi dasatt, dia berjiran dengan peniaga makanan. Perut2 ikan semua dorang tak buang kat tong besar, tapi longgok kat depan umah or belakang umah. Terus terbayang bau yang memualkan serta langau yang banyak menghurung sampah. Yekkk..busukkk you. Tapi biler berniaga, siap bersarung tangan segala. Awas sape yang suke tapau tu:)

Kak zie plak dapat jiran yang membela kucing. Pandai lak kucing tu, makan kat umah tuan, berak, muntah lak kat umah jenjiran. Yang pelik tu, tuannya tu buat derk jer walaupun ader hint2 dari jiran dan ader yang sanggup gi letak balik taik tu depan umah dia, kekeke.. Kalau aku la kan, hangkut jer kucing tu gi pasar, buang kat situ. Sape soh bela tak pandai nak kurung kan. Rasekan..hahahah suke hati jer shaz!

So moral of the story, walau di mana pon kita tinggal, akan ader jer masalah bersama jiran. Jarang dapat jiran yang betol2 mamahami privasi kita. Yelah kan.. dah kerja seharian, balik kerja dah penat, nak lah umah kita tu bersih dan anak2 pon senang nak bermain kat depan umah. Kalau tetamu datang takde lah kita malu kat tetamu tu nanti. Ni sudahnya, bukak pintu tutup pintu jer lah. Kalau bukak kang, angin bayu mambawa bersama bau2 yg gamatsssss tu masuk bersama. Bwuekkkkkk!


Tuesday, May 19, 2009

The saga continues..

Semalam ipan masih lagi murung. Mama dan abah dah carik 'penawar' sampai ke kedai "seng-seng" mencarik alternatif untuk mengurangkan penderitaan ipan. Sedih weh tengok dia. Cube kita kalu sakit gigi. Tau kan macam mana. Lagipon aku takde pengalaman menangani anak sakit gigi. Ain sakit gigi pon masa dia dah besar, lebih kurang 6 tahun. Dah buleh dengar kata kita dah time tuh.

Jadik semalam aku layan ipan lebih sikit, sebab merengek mengalahkan bambam. Kol 9mlm bambam dah tido. Akak ain, dah selamat belayar. Ponteng kelas! Ish..lepas bambam tido, baru leh layan abg pan tu. "dah demam" bibik kata. Masa tukar baju tido. Aku soh ipan kumur ngan air garam. Mule2 memang tak maulah, dah tertelan air garam tu. Meraung2 lagikk.

Tapi kenelah paksa gak. Dapatlah 3x kumur, okeylah tu. Tak lama lepas tu, abah dia balik dari sesi kecergasan badan (main futsal). Tengok abah bawak balik aper??? Dapat helikopter remote control. Suke ipan. Terus ceria! Sapa yang beli tu abah?? Oh, Uncle Deli katanya. Belated besday.. Maceh ye uncle..

Coming up next...cagu, perut ikan dan taik kucing!!!

Aduuh mak sakitnya...

Mama, sakit gigi!! Malam ahad tu ipan merengek dalam tido. Ingat dia ngigau sebab banyak nor main petang tu kat umah achik. Pas tu terus merengek setiap sejam, dah lain macam dah ni. Jenoh mama nak gi keje sok mau tersenggok2 atas motottt! huhu..

Dah nak pagi baru dia nangis cakap gigi sakit. Aloh.. cian nyer. Dah le sakit gigi, kene lak marah ngan mama yang naik hangin. Terpaksalah aku amek EL senin tu khas untuk bawak ipan ke klinik gigi. Tapi dari kol 11 pagi sampai ke 3 ptg ipan tido tanpa ganguan "hantu gigi". Hai, buhsannyer menunggu dia bangun. Yelahkan, dah semalaman dia tak nyenyak tido.

Kol 3 lebih aku siapkan ipan. Mama dan abah bawak dia senyap2, kata nak gi jenjalan. Okey jer masa dia sampai klinik tu, siap jumpe geng yang sama suke otomen dan bergigi sompek. Tapi gigi ipan tak delah rosak tahap dewa hoccay, hehe..

Tiba turn ipan, dengan semangatnya dia masuk ke dalam bilik surgery. Wah.. permulaan yang bagus ni. Bile soh nganga, hancusss. Habes satu klinik dengar sore dia melalak. Cehhhh... Last2 doc kasik ubat tahan sakit dan antibiotik untuk kurangkan bengkak. Nanti dah okey sikit baru pikir nak tampal or cabut. Keluar dari bilik doc, geng ipan tu siap ejek kata ipan tak malu nanges. Jaga kau jap lagi, aku kata dalam hati laa...hohoho

Malam tu agak payah soh ipan makan ubat. Tapi agaknya dah tak tahan sangat, dtg gaklah menyerah diri "mama, nak mkn ubat..sakit gigi." Sian dia.. Merengek berlanjutan sampai ke pukul 2 pagi. Diselang-seli dengan adek bambam yang terkujat dan sayu dengar abang dia nanges. Subuh masa nak gi keja, masa time susu, ipan tolak kata "abg tak buleh susu, nanti abg sakit gigi..." Begitu fobia abang ipan dan badan dah start dedar. Mau kurus la abg ipan sari dua lagi.

Monday, May 18, 2009

Sarapan di mana?




Projek hari sabtu adalah memasak nasik lemak kukus! Dengan penuh semangat, aku bangun pepagi untuk menyediakan sarapan cum lunch buat family tersayang. Pagi tu Ain ada sekolah ganti sempena hari raya nanti, tapi ada acara sukan. Tengok dia sekejap. Ain dapat tempat pertama bagi acara rebut gule2 (yg ni mmg pakar!). Dah namapun sukan ala2 sempoi, hadiah pon sempoilah, dapat jajan2 ajer, hahaha..

Petang tu aku dan cik abg bawak bambam gi peaditrician utk jap setahun. Alhamdulliah semua ok sib baik bambam tu kebal. Relax je dia macam takde feel aper2 pon :) Lepas tu aku dan cik abg terus gi beli barang grocery utk rumah plak.

Ahad, macam takder aper2 yg menarik, cik abg plak sibuk ngan urusan persatuan penduduk. Al maklumlah, 'ketua kampung' katanya, haha. Petang tu aku macam boring jer. Keciwa tak dapat gi kenduri opismate aku! Terus hangkut budak2 dan bibik pegi playground kat Bangi Walk. Dah sampai sana, rase macam panas plak. Tak lama pas kitorg sampai tu, rase macam makin ramai lak orang datang. Main sekejap, terus hangkut pegi umah achik plak. Lepak sana sampai maghrib baru lah balik umah. So, weekend ni penuh ngan acara2 biase sajork..huhu

Saturday, May 16, 2009

Ipan vs Otomen

Otomen: Ipan jangan risau, otomen akan jaga ipan!

Ipan: takpe Otomen, ipan pun boleh laser jugak..

Friday, May 15, 2009

ipan main mak-mak


airel : ipan jangan la main emak2..
ipan : ala tak pe ayyeel, mama ngan babah tak de...syhhhh


airel & ipan: alamak! kantoi!!!



Thursday, May 14, 2009

Bambam menjamu selera

Semalam hari makan-makan untuk si bambam. Agaknyer memang rezeki aku, banyak orang belanja makan, dari KFC sampai ke Sup power mamak!
Jadik aku bawak balik KFC untuk anakku di umah. Tq yea kepada penaja makanan, semoga murah rezeki dan belanja selalu..hehe


Seperti biase bambam kalau nampak orang makan, dia akan duduk mengadap depan orang tu. Mule2 suap dia KFC, pastu bile dah nak abis dia terus ngamuk2 nak lagi. Tak puas tu. So mama bagi chan, bagi dia meratah. Ni lah hasilnya!





Sempat pose: Peace!!!

Lepas makan aku terus membuat percubaan menggunakan Celcom Broadband yg dipinjamkan oleh kak yus. Hoyehhhh..gumbira!! Line clear dan terus cik abang macam syok, sebab leh suff tenet dlm toilet. Amboi3... Lagi berejam3 dok dalam toilet!! Tengok web aper tuuu???