KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Tuesday, June 30, 2009

Aduh mak sakitnyaaa..

Pernah tak korang jumpe doktor dan dia melayan kita macam bukan doktor. Dalam erti kata lain macam S*AL? Semalam lebey kurang jam 4.30 aku pegi klinik dekat ngan umah aku. Aku memang dah lama tak pegi dek layanan doktor macam siot tahap cipan. Tapi semalam tah camana terpegi ke situ. Mungkin sebab klinik tu sentiasa kosong kot. Nak cepat. Ni antara dialog2 dia

Doktor : Mengapa tidak datang pada pagi.
Aku : Sebab suami ada hal pagi tadi, dan kalau saya datang sendiri, saya tak yakin untuk bawa kereta
Doktor: Sekarang boleh pulak datang?
Aku : Suami saya lah yg hantar
Doktor : Iye ker? Mana suami tak masuk pon? Sepatutnya dia masuklah sekali.
Aku : Suami pergi kedai sebelah, ADA masalah ke doktor?
Doktor : Macam mana buleh sakit kepala? (sambil mencebik muka)
Aku : Sepatutnya doktor lah periksa saya

Ini bukan kes pertama, dah dua kali aku kena. Kes pertama dulu aku sakit gastrik. Aku pegi buat rawatan susulan selepas sehari memakan ubat dan diberi MC sehari. Aku rasa sakit tak berkurangan kerana masih muntah2 dah pedih perut.

Doktor : Sakit sangatkah sakit tu? (dengan memek muke mengejek)
Aku : Saya muntah atas doktor boleh? (dalam ati jelah)

Ini kali terakhirlah aku pegi klinik tu. Aku TAKKAN pegi sana lagi. Oh ya lupa lak, nama klinik tu: Klinik Fazliza, Seksyen 7, BB Bangi. Rasenya doktor tu cita2 sebenar nak jadik loyer kot, sibuk tanya2 macam polis pencen, tapi terjadik doktor.. tapi bukan doktor meredakan pesakit, doktor yang menambahkan penyakit ada lerrr...

Monday, June 29, 2009

Ya Maulai

Jumaat tu lepas balik dari kenduri durian, aku dengan gigih mengemas barang2 untuk ke PD esok.Yayyy tak sabar!! Cik abg biaselah dia ada mesyuarat tergempak persatuan penduduk. Ada sikit lagi barang2 belum kemas, kemas esok ajerlah. Malam plak achik col kata, dia tak dapek nak join sama, menteenya dah potong kaki. Aduiii sodeyyy hati, satu sebab dengar berita tuh, satu lagik sebab takde saingan nak berkuak lentang besok, kekeke.
Sabtu seperti yang dirancang, aku wat cater nasik lemak. Masaklah seperti biase dan berkemas susu2 anak, kang ada yang tertinggal susah plak. Bibik jadik mem, jaga bebudak jer. Aku yang tunggang langgang di dapor, dah siap masak dan berkemas, tak lupa terus gmail my manager blog, kekeke. Sempatlah berchatting jap. Oh sabtu jugak ada report card day kat sekolah ain. Kenalah siap cepat2.
Bila seisi kuarga dah bersiap, terus bergerak ke sekolah ain. Sampai2 kat sekolah, mak bapak punyalah ramai, excited nak tau anak periksa nomor bape kan..termasuklah aku. Last2 cik abg kata dah tak sempat dah ni, 2.30 dah janji sama makngah nak konvoi sesama. Terus makan dulu dan cabut ke umah atok. Sampai sana serentak, ok cun, terus jalan. Dalam keta makngah aku tengok hero2 achik pon ada sama. Teruja ipan sama ain nak mandi kolam jap lagi bila dah nampak geng bas sekolah.
Lebih kurang kol 4, sampai la kitorang kat apartment PD. Amek kunci dan terus pemunggahan barang dilakukan. Wah banyak jugak..ngan makanan segala. Dah masuk dalam apartment, apa lagik..makan time. Atok bawak mee, rendang dan sambal sotong, achik post gaklah drummet ayam, aku nasik lemak. Makngah malam kang, ada besday dhia. Dah kenyang perut, mak bapak yang kenyang. Budak2 dah tak lalu makan sebab tingat nak 'miming' jer.. (miming tu bahasa pelat si dhia yg bermaksud swimming).

Si bambam pon sama, diusungnya baju miming dia tu nak soh mama bukakan, kekeke.. Sian dia orang tak bukak2 lagik bajunya. Petang tu memang ramai sangat orang kat pool. Riuh rendah je kat situ. Nak berkuak lentang pon tak baper shiok. Ada budak2 sebok wat terjun tiruk sana sini, tensi mak:o Last anak2 aku semua gi main kat pantai. Yang bestnya, ipan dah tak takut air laut. Kene bawak salu ni.
Malam plak, sebab makanan masih banyak lagik, melantaklah apa yang ada. Sementara makngah mencarik kek kat Lukut sana. Kol 10 barulah start acara potong kek. Makngah beli kek strawberry chocolate. Sodap gak..masam-masam sikit. Malam tu semua tido awal, sebab tak sabar nak miming lagik besok.
Ahad pagi, bebudak awal2 lagik dah bangun. Aku bangun tengok2 brekfast dah siap, buat sandwich jer.. bedal. Nak turun mandi ni. Hari ni baru lega sikit, pool tak ramai sangat orang dah, sebab dorang check out kol 12 kot, aku check out kol 2. So mandi ngan puasnya. Sampai masuk2 air dalam tinga! Dah pueh mandi aku naik bilik. Anak2 cik abg dan pakngah tolong jaga. Dorang semua ke pantai. Sian bambam tak pueh mandi. Cukuplah cayang oiii kang demam pulak kang. Minggu depan nak gi injek.

Check out kol 2, terus anta budak2 dulu balik umah. Kaum ibubapa jer yang pegi melawat mentee achik. Kol 5 lebih sampai sepital. Kat sepital tu macam2 orang ada. Aduhai..tak sanggup aku tengok. Ada yang eksiden yang kene pasang antena kat kaki. Ada yang dah mereng cakap sorang2 dan ada gak yang sedang nazak. Tengok mentee achik, kesiannya.. Camnalah kan kalau kita kat tempat dia. Selama ni cukup sifat, now ada kekurangan. Ish sedihlah.. nak buat camnekan. Dah bahagian dia macam tu, kita ni tak tau lagik macam mana esok lusa. Kami doakan pakcik cepat sembuh. Okay balik tu pakngah ajak makan kat kaya kopitiam kat tepi hiway sungai besi. Aku plak macam tak selera nak bedal nasik lemak lagik. Aku minum jer. Yang lain makan. Ada roti bakar yang special katanya. Ok jugaklah jamah sikit mak punya.

Esok hari nak amek report kad ain. Nombor bapelah agaknya ain conquer, jeng3...

Friday, June 26, 2009

The Grand Sales

Sampai jua hari yang ditunggu2. Sesi melepaskan tension. Legaaa... Tadi lepas makan gi jenjalan window sopping. Seperti yang dirancang ngan akak hawa. Dah bersemangat nak memborong. Aku takde set target pon, sehelai baju buat bambam jer. Macam tak perlu beli sebenarnya, tapi nak memuaskan napsu napsi mama, rembat gak tadik.


Kalau jumaat, biaselah ramai jer kat isetan tu, beratur panjangggg. Dah jumpe bambam punya, tetiba akak hawa meracun aku beli untuk ipan sama ain. Lohhh kene beli ker. Cewah.. Tetiba mata ternampak tee yang sesuai untuk ipan. Rembat.. Last2 macam, arrhh kenelah beli gak sehelai untuk ain, padahal bulan lepas dah beli dah masa iklan Pett tu.

Akak hawa lagi dasat, terus rembat berhelai2. Semua cantek2. Sabar dong akak, tunggu next sales occay! Jumpe baju corak yang sama ngan Dhia, sebab aku dah berkenan sangat, rembat gaklah, walauponnn akan boria Ain sama Dhia. Takpe kan Dhia.. Dah bayau tu, rush plak ke Parkson. Dah kol 2.30 dah ni, tapi sebab achik dah pesan. Aku carik gak topi rambut untuk berenang, nak berkuak lentang esok kat PD. Achik tak kuar lunch. Ada farewell kat opis dia katanya.

Petang ni ada kenduri derian kat Kemensah, kol 5 cabut ke sana.. Tak dapat lah nak ikot achik dengan makngah sopping2 di Alamanda. Duriannnn tunggguuuu!

kerja-kerja menapau sedang dijalankan

Thursday, June 25, 2009

Kecantikan Milik Setiap Insan

Pagi tadik ngan penuh semangat, aku sampai opis. Seperti biasa, aku memang touch-up muke kat opis. Sampai jer meja terus aku amek alat2 solek dan terus masuk ladies. Make up seperti biase. Sampai tang blusher, aku pon bukak lah, tengok2 dah hancur luluh seluluh ati aku. Dah le tengah sengkek tahap gaban ni, buleh lak blusher tu hancoqqq. Masa mule2 beli, ain lah punya angkara. Mule tu sipi2 jer pecahnya. Terus aku letak kat opis tak bawak balik umah. Tapi letak kat opis pon boleh hancur berderai.. Aduhhhhh sodihhhhnya makkkk! Camne ni... tak berseri lah pipi mak arini..

Hati Kama

Lunch semalam aku ngedate ngan akak Hawa. Kan aritu dah cancel lunch date. Makan kat tingkat 2 jer, khambeng nyonya! Burpp.. kenyang! Masa tengah borak2, tetibe je ada budak laki datang dok sebelah. Umor dalam 11 ke 12 tahun gitu. Mule2 dia tanya time kol baper, camne nak le LRT. Aku ngan akak hawa dah mulelah pikir lain. Aku tanya dia tak sekolah ke, dok mana, datang naik apa. Dia ngan selamba cakap dia darjah 6, dah balik sekolah, padahal time tu baru kol 1.20, umah kat Kg baru, datang naik bas, dan tujuan jenjalan. Sabar jerlah..

Pastu kami pon makan2 ngan rase tidak amannya, sebab terpikir2 budak nih. Pastu budak tu mintak rm5, kata nak makan. Tak tau nak pikir apa. Nak bagi ke tak? Dia ni nak paw org ker? Kelentong je ker.. Pastu terpikir lak sudut positive, kalau betol dia nak makan, kesian lak budak ni. Last2 aku pon terus jerlah bagi. Wahhh sepantas kilat budak tu blah! Mule2 nampak dia beratur kat kedai mamak, pas tu kami toleh lagik, eh? dah lesap... Sahhhh.. paham2 sendirik lah..

Takpelah, maybe tu dah rezeki dia rm5 tu. Memang takde rezeki duit tu aku nak gunoo..selesai. Petang, hujan lebat mencurah2. Aku plak terkandas kat opis, cik abg tak datang lagi. Petir berdentum dentam, camner cik abg nak merempit kan.. Aku teruskan keje seperti biase jer. Dah dekat kol 7 aku turun lah bawah ni, nak window2 soping jerlah. Boringnya sorang2, kalau jalan dengan geng aku rase ada gaklah aku rembat selai 2 baju bambam.

Pusing punya pusing.. jumpelah hushpuppies saiz bambam. Alahhh tak sabau nak beli, tapi takde orang cucuk soh beli, so buleh tahan lagi napsu nak membeli. Konpius nak pilih kaler, macam semuanya chantek2. Takkan nak beli satu corak semua caler lak kan, tamak tu, hehe.. Jumaat ni rancangnya ngan akak Hawa nak meround. Bile nih nak soping raya. Gian dah ni!!!

Naik lengoh kaki aku tunggu cik abg. Mana lak ni..dah le takde tempat duduk, camner nak layann. Dekat kol 8 barulah cik abg sampai. Hujan masih turun lagik, teruskan gaklah perjalanan, kata cik abg malam ni sepupunya nak datang umah. Sampai umah aku pon teruslah memasak. Tak abes2 keje kan kalu jadik bini. Ada jer benda nak kena buat. Hmm, takkan nak tukar jantina plak kan, huhu. Ingatkan dorang tu sampai awal, tengok2 kol 10 kot barulah Deli sampai sama Yana. Hidang nasik, kasik mak buyong makan. Cik abg ngan uncle Deli dah selamat ngan aktiviti bersukan dorang.. Majulah sukan untuk negara yer..

Wednesday, June 24, 2009

Princess diary

Semalam baru bambam berkesempatan nak "mengetest" baju yg achik bagi hari ahad lepas. Kwang3..muat2 jer..aloh tak leh nak simpan raya, padahal dah saiz 2 tahun tu.. Mak aiii boyaknya anak mama. Takpelah, Alhamdullilah sihat.. Achik nanti beli lagik taw! Masa pakaikan tu suke sangat dak bambam, ingat nak bawak jenjalan. Bile kene tukar uniform tido, terus si bambam ngamuk tak puehh ati..kakaka... Evil betul mama nih...

baaa chak!

muat2 je bajunya

mama nak dokongggg, waaaaa

apehal kena pakai uniform tido ni?

Oittt mengamuk !!

Tuesday, June 23, 2009

Samrah Mentari

Balik keje semalam singgah Bintang, beli barang2 sikit. Kan dah ujung2 bulan, beli pon stok ujung2 jerlah. Sampai umah disambut oleh abg ipan ngan bambam jer, ingat kak ain belum balik lagik, tengok baekk punya tido kat sofa. Aku terus jengok dia. Tengok macam lemah tak maya jer anak mama sorang nih. Adusss kene gi klinik lagik nih, tak serashi kot ubat ari tuh.

Aku pun terus tukar baju pakai apron dan masak untuk makan malam. Dah kelaparan, lunch tadik tak makan, sibuk meround kat bawah opis, nak carik punting kononnya, tapi hampess takde stok. Alah mana nak carik lak ni, susahnya carik stok punting! Dah le lunch appointment ngan akak hawa cancel last minute (saja nak citer gak), tu yg terus merajuk terus tak makan, hehe.. Meeting ngan SM yea kak. Ok keje no 1 okehhh? rating mesti 2, ingat tu;)
muncung leh buat sangkut baju
Dah siap masak, aku pon terus makan ngan ipan jer, Ain tak moh makan. Cik abg sibuk nak main futsal lagikkkkkkkkk. Ain aku soh mandi, tapi liat lak nak mandi, asek nak carik pasal jer ngan mama, sabau jerlah. Kene jerit sekali baru bangun nak mandi! Tengok Ain macam takde mood, malas nak gi kliniklah tu. Ubat pon malas nak makan. Tu yang jadik macam tu. Nak pujuk dia, aku pon buat2 lah kata tingin nak makan burger. Barulah ade respond dari dia. Nak jugakkk, hehe..

Pas Magrib, aku bawak dia g klinik kat Seksyen 7 jer, penatlah nak g kat Seksyen 8 (Dr Misai) ;p.. Belasah jer, nak tengok ubat apa lak dia bagi. Nampak macam ramai patient, tapi dah alang2 sampai, tunggu jer lah. Sementara tunggu tu Ain punyalah muncung, tetibe dia kata dia nak makan burger, tapi nak tapau makan kat kedai lain. Ape kehalnya lah. Camner nak kasik dia pahamkan situasi. Takkan nak tapau burger, pas tu nak order air kat restoran lain. Malu ler mama. Takpelah mama buat2 tingin makan mee hailam. Okey dia setuju, lepas klinik g makan jap.
ipan jumpa geng bas sekolah

Rindu nak makan luar lak anak aku sorang ni, huhu. Ipan macam biase, dia memang mudah dapat kawan, sekejap jer dah riuh rendah klinik tu. Sampai aku ajak masuk bilik doc sama dia tak mau, nak main sama kawan katanya. Dah dapat ubat, tunggu MC ain untuk hari esoknya. Ipan lak sedih nak tinggalkan kawan. Kawan tu sampai antakan dia kat depan klinik n cakap " ok len kali kita main lagik yea, main atomen2 ngan main BEN10 tau!" Lahhh..siap main BEN10 ker tadik, ingat main nyorok2, keke.. Macamlah buleh jumpe selalu. Ipan pon sambutlah kata2 tadik.."ok bye2 kawan..nanti kita main lagik tau, jumpe lagik, tima kaceh" ....hahhahaaha....kelakar...


Dah sampai kedai, oder makanan seperti yg dijanjikan. Wah tak sabar2 plak si Ain, kata lambat sangat mee nak sampai. Poyo..nak soh mama masuk dapor ke masak? Dia sengih2 jer. Lepas 5 minit, mee pon sampai. Soruuuuuu.. Rushing balik, tingat bambam. Sambut mama ngan tesengih2 dia. Bibik update, kata dah jalan banyak. Oh ok...masa lepak2 tunggu citer Intan, nampak bambam gian nak bertatih.. tapi kemain laju, seriau aku tengok, kang tersadung, jatuh tersembam naya!.. Agaknya seminggu dua lagik berjalanlah tu. Insyaallah..

Perkataan baru bambam hari ni adalah "mbak". Kecik jer suare dia cakap mbaaakk tu. Dah speaking indon lah pulak si kenit mama nih. Bile aku cakap "mbak mana?" dia gelak2 tengok dan tunjuk bibik!! Sabau jer lahhhh. Bambam terdengar bibik dok cakap mbak2 ngan geng dia kat bawah masa anta ain kat van lah tu. Ain makan ubat, pas tu kata antibiotik tu rase racun. Mak aiii.. konpius2.. Aku pon taktau rasa racun camner...

Monday, June 22, 2009

Jalan2 ujung minggu

Ahad, bangun pagi pening jer rase. Naper ekk... Terlebih tido agaknya, kekeke. Tengok cik abg takde kat sebelah. Kaget gue.. Lah tadi tu cik abg kan bagitau dia nak main bola kat padang sebelah. Ingatkan mimpi.. teruk punya binik, hahaha. Adek bambam main kejut2, nak soh bukak pintu bilik. Ain dan ipan senyap jer, oh tido lagik.. Aku plak, teruslah bagi bambam kat bibik. Tak elok nya mama, bukan nak mandikan, soh bibik plak, hehe. Kan ke tadi mama pening..(alasan..) Mama nak basuh tudung2lah.

Masa bibik nak sediakan baju bambam, dengarlah bambam panggil akak ain dia. "Kaaakkk"...hehe.. Pandai dah dia panggil akak. Soh bangunlah tu. Aku teruslah membasuh tudung, dikala bibik menyetelkan aina amandaku itu. Cik abg balik kol 10 lebih, (wahh lain macam nak mantapkan stamina, semggu 4 kali senaman ni).. Mantop ke tu, kekeke. Nak masak apa ni. Ish..fenin2.. Ada daging dan ikan jer. Kuarkan daging jerlah. Tetibe cik abg nak soh buat lauk feveret dia. Apa lagik, masak lomak cili api.. ikutkan jerlah. Kalau tak dah selamat aku menyambalkan daging jer:) Dah settle, lemak cili api, sambal tumis, ulam timun sama sambal belacan (tetappp) dan tempoyak.. Selamat bersantap!

Tengahari ujan sikijap, adek tak mau tido buai, mata mama dah kuyu nih. Tensi.. kuarkan dari buai, kepit2, ha..tido pon, hehe.. Petang tu janji ngan achik nak pegi anta suar yang bos aku jual. Jadi orang tengah bebbb, dan amek baju bambam yang dihadiahkan oleh achik. Tak sabau nak tengok. Tengok dari mms jer mana puas, tak rase, tak tarik, tak ponyok2..kannn.. Kol 5 terus amek atok & zazzz ke umah achik.


Cik abg: tengok badminton. Sampai umah achik, ada mentee dia. Kata mak tadik, dia ziarah mak dulu tadik tu. Melawat besan.. Alhamdullilah, sayu lak ati ku ini, huhu.. Dok umah achik jap, makan goreng2an di petang ari, tengok ada udang sweet sour. So sweet to taste..hehe, nak gak merasa, tak yah suruh pon, ucu bukak jer periuk. Takde malu2 der. Kat kebun belakang, tengok2 pokok bendi aku (tumpang umah achik) dah berbuah, wahh buleh buat asam podehh esok. Dah pueh sembang, nak gi umah makngah plak. Saja jenjalan.

Alamak ain mana nih.. Lahh dah ke taman dia and the gang. Sabau jer lah. Ipan saja jer lengah2 tak mau balik, nak duduk umah achik main atomen baru Ayell. Sampai kat umah makngah, disambut oleh Dhia. Budak2 selamat nak main games, abes berselerak umah makngah. Pak ngah terus kuar carik makanan, nak jamu kat mentee ngan ipau yg kuat makan ni kan. Beli mee goreng mamak & ayam goreng kat seksyen 15. Jauhnya.. Padanlah lama benau. Ingat baru nak sembelih ayam, kakaka.. Ok, dah nak balik, tingat nasik tak masak lagik kat cik abg, kang gastrik plak dia kat umah, sian.. Pas magrib, berangkat. Ipan masa on the way balik tu kata, "alah....lupe nak makan mee.." Padahal dah selamat semangkuk tadi. Saja tak mau balik lah tu;P Sampai umah terus bibik bersilat memanaskan lauk pauk. Mana akujanji balik dari teambuilding ni shaz oiii... Waduhhh malu.. Takpe kot, panas2 lauk bibik, tapi masak akak tetaaaapppp masak untuk laki dan anak2..kannnn???

Sunday, June 21, 2009

Khidmat Negara part 2

Sampai kat atas, ada lah air terjun yang sangat clear air dia. Kat situlah kitaorang berehat sementara. Ada yang nak mandi, basahkan badan, maklumlah dah capek naik bukit. Aku snap2 picture jer. Lebih kurang 30 minit kat atas tu, kami dia arahkan turun semula, tapi ikut shortcut. Tadi masa naik tu saja bagi jalan jauh. Cehhh..tapi masa turun lagi susah aku rase, keadaan jalan yang hanya berpasir tu kenalah kami berhati-hati, pasang gear rendah. Lulut takleh nak cakap lah, nak tercabut dah aku rase!

Akhirnya sampai gak kat perkarangan asrama. Fuhhh.. lega.. Makanan tersedia untuk tea break. Apa lagik, makan time. Pas makan tu, ada plak games lagi. Main paint ball. Alah... ni yang malas ni. Seram aku dengar, kalu kene kat kaki bengkak bengkik lah jawapnya. Malas nak salin suar, pakai jer apa dah dipakai.
Kene lawan ngan team2 yang ada, aku group 5 lawan gan team 6, kapten aku buat planning camner nak bantai pihak lawan, aku plak kene jaga bendera kumpulan supaya pihak musuh tak dapat amek. Aiyooo.. mule2 nak je aku tarik diri, tapi bile group pujuk2, dorang janji takkan bagi sebijik peluru pon kene kat aku, oklah aku pon setuju, janji aku nyorok balik tong, kakaka. Kononnyalah kan.. Hah..bila dah masuk ke kawasan paintball, aku diberi chance untuk test senapang tu. Suke hati jer aku bantai tembak pokok langsat kat tepi tuh, kakaka.. Oh okay not bad.. Best gak ni, mentang2 tak kene sedas dua, kalau kene padan muke aku!

Akhirnya group aku menang, aku plak nyorok balik tong besar sambil menembak. Tembak apa, aku pon tak tau. Tembak burung kot. Lepas makan tengahari, ada outdoor lagik, management games. Ada berakit, carik benda tersembuyi dalam kolam, tutup lubang untuk tadah air, ada main bahasa isyarat (yang ni best), sumpit (aku markah tertinggi okkay, perfect 100%) haha, dan yang paling best, flying fox. Group lain naik senyap jer, cam takde perasaan;p Aku orang ke-2 naik dalam group aku, sebab dah penat, nak abehkan cepat.. Wooooo best gak, bila kat tengah2 tu seriau gak, apa lagikkkk jeritlah kasik meriah.

Malam ada kelas lagik. Penat.. kenduri durian pon aku tak pegi, bubur durian pon aku tak jamah. Penatttt sangat nihhh..Gigil2 kaki nak naik katil, kol 11, zaaaazzzz tido. Tingat anak2 dan abahnya. Alamak rindu plakkkkk huhuhu..

Ok, hari last, kene buat bendera dan naikkan tiang, ikut kreativiti, asal jangan sampai rebah balik bendera tu. Kene guna 6 tiang besar, 6 tiang kecik. Semangat masing2 take part. Team work bebehhh.. Dapat gak batch kami siapkan, lepas siap nyanyi lagu PETRONAS. Meremang bulu tengok, kekee.. Aktiviti ni mengajar kita pentingnya teamwork dan leadership, bukan ikut kepala sendiri jer. So kita kena kaitkan ngan keje harian kita.

Lepas tu, breakfast dan masuk kelas. Kelas komunikasi yang berkesan. Best sangat kelas ni. Prof Hanim@ Halim yang kelola, tengok orangnya macam garang, tapi bile dah ngajar, kelakarrr nak mampus... Rating aku bagi 10 per 5. Very excellent! Kesimpulannya, tak rugi pegi kursus ni. Banyak ilmu kita dapat, bukan saja buleh praktikkan kat tempat keje, malahan kat rumah ngan anak2, suami isteri.. Suke sangat! walaupon badan ni sakit kaw2 dan aku plak bersyukur dapat company yang begitu prihatin ngan kebajikan pekerja, dapat ilmu pree.. Kalu nak bayar sendiri, tak merasa kot. Fees lebih kurang rm1k.
Kol 2.30 bas datang, ada yang sakan beli durian. Aku, sebab tak bawak duit banyak, sempat amek contact nbr tukang masak sana, dia ada kebun durian, bulehlah borong durian nanti bile2.. yeahhh time to see my kids & my loving hubby! Bus berenti kat pekan semenyih, tengok2 cik abg udah sampeii.. Sampai umah tengok bambam tengah tido dalam bilik bibik. Alah siannya... terus dia terjaga, terbau kot bau mama. Tersengih2 dia, aloh2 rindunya mama.... muaaahhh

Saturday, June 20, 2009

Khidmat Negara part 1

Alhamdulliah dah abes dah TB. Rase dah takde 'utang' lagik ngan company, hehe.. Pegi hari Selasa 16hb aritu. Bertolak lebeh kurang jam 9 lebih. 2 bas yang bawak 'pekerja cemerlang' ni. Sampai di Broga tu jam 10 lebih. Dekat jer, ingat jauh bebenau. Atas sikit jer dari Semenyih. Dah sampai sana tu automatic semangat berkobar2, keke. Tempat dia sangat cantek. Hijau jer, tenang rase. Sejuk mata memandang.

Semua dah kebuluran masa tu. Sib bek minum pagi dah tersedia di kantin. Macam budak sekolah lah pulak kan. Tengok ada tanda " terima kasih kerana mencuci pinggan anda sendiri" kakaka.. Padan muke memasing, ingat macam check-in kat hotel ker. Takder nya.. Tak kira apa pangkat ko, ko basuh lah pinggan sendiri.

Batch aku ni bertuah sangat, sebab kat situ tengah musim durian!! Makan durian tido durianlah jawapnya. Depan bilik, belakang bilik nampak pokok durian. Tunggu2 tak gak luruh, tapi kat depan pintu bilik lelaki ada nampak 5 bijik. Sabar jerlah.. Rajin dorang ni carik durian free! Takper nanti ngendeng sikit!

First day tu, kami masih dalam kelas lagi, outdoor petang kang. Kelas ngan Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Bak kata rakan seperjuangan dia "rendang jer haji" tu, hahaha, rase tinggi lagi aku! Tapi ilmu dia tetappp tinggi youuu.. Tabik spring kat Dato! Kelas tu lawak giler, sapa bujang mesti malu. Aku yang dah kawen ni pon malu gak. Pompuan 6 orang, bile lawak lucah jer, adoiiiii segannya! Aku plak dok line depan. Kan nak amek ilmu lebih, kenelah dok depan. Dah dihafalnya nama aku. Tu tak pelah.. ni siap tanya nama laki plak. Dah satu kelas tu tau aku ni bini rizal dan melekat gelaran. Sepanjang program tu dorang panggil aku 'bini rizal'.

Petang, outdoor plak. Semua dapat sehelai baju tee. Sesi bergambar. Lepas tu ada group games plak. Kena bagi nama kumpulan dan kene ingat nama each other (yang ni susah sket), bukan semua staf KLCC. Banyak yang dari depoh. So memang tak kenal. Kenelah berkenalan dan hafal. Pastu kene buat tagline group. Kumpulan aku Broga one O one (sempena 10 lelaki, 1 pompuan), tagline plak, "juara, juara, yes!" ...macam poyo jer... kekekekek..

Jadual sangat padat, sampai nak col cik abg dan anak2 pon tak sempat. Line pon tak de. Satu bar jer, tension. Pas solat jemaah maghrib, makan malam dan ada kelas lagik. Tapi ngan our Bos HSE saja. Bos pon sempoi, citer kesah dia dulu2 dari mule keja sampai sekarang. Pastu memasing dah tak sabau dah nak menduriankan diri. Jeng3.. time to eat!!! Wuhuuuuuu...sedap... mampos kepanasan!! Abes lebih kurang kol 11. Ada group discussion plak lagi. Sampai kol 12 dah tak tahan, aku mintak excuse. Dadiduu... balik bilik, sweet dreammm..
Rabu tu hari yang semua outdoor. Seawal jam 5.30 pagi dah bangun. Ada jemaah subuh dan kuliah subuh. Jam 7 ada sedikit senaman regangan. Mule2 okay, lelama alamak, sakit dah sikit badan ni, sah lama tak exercise! Lepas breakfast, haa..time untuk masuk utannnn... Takut tu.. bukannya pernah daki utan. Sebelum mule, ada briefing dan diiringi doa2. Wah ngan penoh semangat semua berjalan. Lama gaklah nak naik tu, lebih kurang sejam perjalanan. Daki bukit tau, kecik je jalan dia.. (alamak rumah takde apii...jap g kene sambung) daaaaaa..

Friday, June 19, 2009

Gugu gaga bambam

Jumaat, coti sempena nak membetolkan urat2 satu badan. Tido, tido dan tido. Masak pon malas, makan apa yang ada jer cincai2 jer, bambam aku masakkan ayam masak kecap, ain aku masakkan ikan sambal. Petangnya terase nak makan kueh keria dan bubur keledek. Tapi tak reti nak buat lak keria tu. Alah hentam jerlah, tak coba tak tau. Bubur keledek jadik, keria rating C jer kot. Kene usaha lagik nanti.

Petang tu gak, cik abg tipon ajak balik S'ban. Okey ajer. Dah settle pack barang, tunggu cik abg balik jer lagi.. tak gak sampai2. Pas magrib baru bertolak ke Seremban. Sonok jer bambam, ipan dan ain. Dah lama tak balik, rindu nak memain ngan adam. Sampai tengok sunyi jer umah Atok Ajak, ohh Adam dah balik kot. Alahhh..hampa jer abg ipan.. Eh ada lagi tu, tengah tunggu mumy yang belum balik lagik. Apa lagik teruslah si ipan bikin riuh. Lepas makan malam lepak2, adam dan family pon berangkut balik. Tinggal ipan terkebil takde kawan. Kawan ngan pakcu ajer. Ain, tengah malam tetibe demam balik, makan lah ubat Adam, ubat dia tak bawak. Semua dah tido, tah kol baper baru dia nak masok tido, tu pon kene marah dulu ngan abah.

Ain dengan acu2nya

Pagi sabtu, ingat nak lepak jer umah mentee, tapi katanya letrik takde sampai petang so gerak gi umah Adam. Menyibukkan diri kat sana. On the way tu, breakfast kat kedai ujung jalan kat TTJ, tah kedai apa tah aku pon tak ingat. Food okey gak. Belasahhhh.. Sampai rumah adam, mumynya belikan beriani gam pulak. Yeahhh..belasah lagik. Bambam gi umah orang excited nak main mainan. Ipan dah terbang bebas, memain ngan adam. Sesekali gadoh gak. Budak2.. dah lama tak jumpe rindu nak jumpe, dah jumpe asek gadoh plak, kekekeke. Suke hati kamu le labuuuu..

pinjam menan ye gina

Aina ngan Gina jer maintain cun memasing. Tak reti nak bergadoh lagik, tunggu raya ni. Tu pon sesekali tengok si bambam meragut gak meynan si Gina. Soweii yea Gina, adek ni excited tengok menda baru tu.. :) Kol 3 kami berangkat ke umah Mak Tam plak, dah lama tak pegi umah Mak Tam. Ada durian katanya. Sampai2 jer tengok Mak Tam buat bubur kacang. Wahhh langkah kanan. Goreng bihun, eh rendang pon interpremmm.. Pehh sebijik dah macam open house hari raya. Perasan kejap maktam buat untuk aku, haha.

Menantu dia balik ler, tengah bawak perut, so ngidam macam2. Baiknye mentee, suke aku tengok! Aku pon tumpang belasah lagik. Ipan sibuk main game dengan layanan yang superb dari uncle2 sana. Bambam plak salu ok jer ngan orang, ni agaknyer dia sampai terus jer disergah2 oleh uncle tu, terus jadik moody! ditambah ngan ngantuk dia. So buat perangai ler minah tu. Asek nak tengok kolam ikan buatan Pak Tam jer keje nya. Bile soh tengok ikan, dah mengeliat nak turun plak, nak terjun kolam tu. Lawak jer.. Kol 5 aku ngan cik abg nak balik, dah meragam sangat si bambam, nak tido.. Masuk kete, terus hanyut.. ain, irfan n bambam..

Monday, June 15, 2009

Good bye honey!

Alah...cian bambam, ipan ngan ain, esok mama nak gi teambuilding. Balik keje aku, cik abg dan anak2 gi umah atok jap, kata kakinya macam bengkak sikit, sebab terseliuh kot. Haii..risau lak aku. Camner nak buat ni yekk.. Lepak sampai kol 8 lebih, aku pon ajak dorang balik. Sampai umah aku malas nak masak, makan jerlah apa yg ada, goreng ikan jer. Goreng pun sodappp.. Lepas makan, layan budak2 jap. Suap makan ain dan ipan, adek bambam bibik yang suap.

Then ain kene siapkan homework english dia. Sian first day sekolah kemain banyak lagik cikgu dia bagi. Aku plak kene berkemas barang untuk bawak esok. Kang tertinggal barang, susah jugak. Bibik seperti biasa kene menggosok baju sekolah. Adek bambam ikut sibuk sama aku mengemas.

Masa tengah2 kemas, ain bagitau dia pening kepala sejak balik sekolah tadi. Aku rase mungkin pasal baru bukak sekolah ni. Sibuk memain sama kawan dialah tu, atau dah makan aiskrim kat sekolah tadi. Dah abeh dia buat keje sekolah,dia ngadu pening2 lagik. Aku rase dahi dia, tengok2 dah panas dah badan dia. Lerrr demam ke anak mama ni. Buat risau je nak gi esok. Aku bagi ain makan ubat. Owh kene tinggalkan kad medical dorang kat cik abg ni.


Tadi achik sms, kata ayell masuk sepital, kene angin pasang. Tak abes dugaan si achik tu, baru nak mengembangkan sayap ke blognya my3aheros, dah siaran tergendala plak (tapi tak per..leh buat entry dalam blog tuh!)

Sori ayell, ucu tak sempat nak gi melawat, malam ni rushing sangat. Nanti ucu lawat kat umah jerlah yea. Cepat baik occay, kan nak gi picnic ujung bulan ni.. Jadik jangan tak jadik , okeyy bebehhh.. muahhh

Sunday, June 14, 2009

Menggapai Sinarmu

Ahad takde aper2 yang menarik, pagi aku masak nasik lemak. Malas nak masak tengahari dah. Makan untuk tengah hari sekalilah tuu. Cik abg plak, turun ke gelangang futsal, bagi sokongan pada pasukan dia. Sampai postpone balik seremban. Poyo jer.. kekeke.. Tengah hari aku gi Bintang, carik bahan basah untuk seminggu seperti biase. Alah.. selasa ni kene berangkat ke Teambuilding tu pulak.. huhu..

Lepas makan tengahari, aku pon lepak2 jer tengok TV. Marathon citer Intan, hehe.. layannnn... Bambam dah selamat berlayar dah. Cik abg balik lebey kurang kol 3, ipan lepak sama abah dia. Tengok dua2 dah selamat belayar gak. So aku layan tengok Intan sampai kol 6. Ain buat keje2 dia lah. Menyepahkan umah. Dah abes layan Intan, barulah dorang2 yang belayar tu bangun. Aku, kene pikir lak nak masak aper untuk malam. Ain nak kari ikan. Okey gak tu. Lama tak makan kari, asek sambal jer..buhsan!
Abih masak lebih kurang kol 6 lebih. So juadahnya, Kari Ikan, Kailan goreng, Ikan masin Pari. Sodapppp!! (eksyen la kejap..) Ain layan 2 pinggan, ipan lauk standard dia kicap sama kari ikan, bambam ikan masak kicap. Cik abg, konon yang tak baper suke kari...kononnya lah...abih gak 3 pinggan aku tengok! Betol punya lapauuu tu ;p

Saturday, June 13, 2009

Sekitar Cilik Bersama Petronas

Pagi tadi seawal jam 8.30 kami dah bertolak ke KLCC. Kan hari ni kakak Ain ada audition Petronas Cilik, yoyokkk jer. Jam 9 lebey dah sampai, terus ke DFP. Daftar nama. Tak ramai sangat dalam 30 orang jer yang datang. Geng aku dah sampai, akak Aida.
Ain sempat bergurau dgn ipan sebelum show

Tunggu punya tunggu si Jozan ni, dari kol 10 ke 10.30 barulah dorang sampai. Eh takde pon Zizan. Ala melepas nak tengok si zizan tu. Dia ganti ngan si Angah. Ntah aku pon tak kenal. Layan jelah. Si ipan yang tak kene mengena tu pon riuh. Dalam senyap2 dia carik geng. Wah dah dapat geng!!! Terus dorang cabut belon kat keliling dewan.
Bergambar dengan geng-geng cilik

Audition macam aper jer. Tak bape pandai Jongah tu amek hati budak2. Soalan macam tuk budak 10 tahun gitu. Orang first yang di audition, abg ipan. Dah ler tak masuk list, tapi mamat tu interprem slumber derk jer. Lain ditanya lain dijawapnya, hahahha.. lawak betol! Gamat suasana, ngan budak jerit main (ipan lah tu).

Ipan dikepit Angah dan Johan

Sampai turn kakak Ain, dia dah nervous. Jawap ala malu2 nak nangis, kekeke. Kata hobi membaca, bile tanya buku apa yang dibaca, semua tak tau. Nyanyi pon tak tahu. Laaa..padahal kalau dia nyanyi lagu besday kat adek bambam pon okey, haha.. Takpelah janji berani tadikk ekkk.. Lama gak nak abih, sampai naik letih budak2 nak tunggu turn, cian.. Ipan masih lagik terlarik sana sini layan kepala dia jer. Masa nak abih tu, ipan pon dorang panggil sama, beraturlah dia.

Inilah anak-anak cilik petronas

Ada satu soalan. Saper perdana menteri kita sekang ni..Ipan terus angkat tangan, Johan soh dia jawap. Dia ngan muke selambe jawap "kita" (maksudnya dialah)..hahaha..suke hati jer. Dapatlah gule2 satu. Lepas tu dorang disuruh baca doa2. Wahhh Ipan pon nak baca.. kekekehh.. lawak je mamat tu..

Abg pan kena intebiu

Si Angah tu tolong ipan baca doa. Ipan dia soh ikut, tapi Ipan ikut perkataan belakang je. Nak tergelak mama, suke ati kau lah ipannn. Abes dalam kol 1, lepas bergambar beramai2, aku pon terus chow ke rumah akak Hawa, dia pesan belikan susu kat Bintang.

Friday, June 12, 2009

Sehingga menjilat jari..

Petang semalam dapat confirmation email pasal audition Ain sabtu ni. Yang terlebih sonok is mama dia, hehe.. Tengok2 ada 31 calon. Eh..ada plak nama ni, Zunaida Jamil (geng gue!) Ok cun, nanti sabtu weols together-gether tunggu kat Dewan Filharmonik Petronas ye. First time ni nak masuk DFP tu. Peraqqqq!!

Lepas keje, seperti dijanjikan, akak Yus datang sini. Nilah manager blog aku merangkap mahaguru yang mengajar aku membuat blog ni. Akak ni memang suka dok di balik tabir sajork, hehehe. Tengok gambar dia, di balik kipas jer. Layannnn.. Lama tak jumpe, sajalah nak borak2. Lepak kat KFC jer walaupon memasing pasang niat nak mengambengkan diri di Chilis, hehe (len kali okehh!)Surprise!! akak belikan baju buat bambam. Sompek lagi menyoping baju bambam, agaknya time dia soping baju anak buah dia, akak yus rembat le sehelai gaun buat bambam. TQ maklang.. maceh yea..muahhhhh!

Time to sleep. Masa nak tukar baju tido, sajalah try baju tadik. Chomeyy bambam pakai, nampak salju jer. Walaupon rase sekejap jer boleh muat;) Takper, len kali mak lang beli saiz 2 tahun yea, kekeke (demand lak mama dia nih kan...) Kat bilik dorang tukan, memang selama ni bilik tu dah banyak bebudak yang datang umah aku menandatangani kat sudut dinding ;p termasuklan si ayell (sib baik anak buah, buleh soh mak dia anta cat se tong!)

Aku tengok lain macam lak, makin banyak!! Ada nukilan terbaru kah??? Aku tanya akak Ain. Dah senyum2. Sape lak buat ni, abg ipan dah lama tak buat aktiviti "pendidikan seni" dia tu. Sekali tengok si bambam gigih merangkak pegi kat sudut dinding tu sambil cakap2 Jerman dia. Lahhhhh.. si kenit ni punya hasil nukilan upernya, kekekekeh.. Tapi ada gak hasil akak dia. Siap ada ABC lagik. Bile tanya, dia kata dia ajar ipan tulih ABC. Yarabbi..sabau jerlah.. macam takde buku latihan kat umah plak yea..

Nak marah pon dah malas, sbb rase mcm cute jer si bambam tu beriya2 cakap Jerman tadi. Alamatnya, raya ni kenalah cik abg mengecat bilik pulak. Ke biar jer dulu, biar penohhh dorang conteng, sampai satu tahap, bile angin mama tak baik, mata mama dah sakit. Lesung batu mama titikkk kat jari korang! Baru tau!

Aku plak balik2 rumah melepekk jer, akibat tragedi ngeri masa naik motor pegi keje pagi tu kot. Tak abih2 gigil, dan rase sengal2 jer sendi. Sendi2, urat2 semua terkezutt agaknya. Tak sempat nak adakan sesi mari belajar mencantikkan belog bersama mahaguru ku mlm ni, ahaksss. Lepas settle lebih kurang kol 10 lebih, aku pon terus masuk bilik sama bambam tinggalkan jer yang lain2 kat luar tu berhiruk pikuk lagi. Tak kosser nak layan dah. Terjaga dah kol 12. Dah senyap jer.. semua dah tido.

Thursday, June 11, 2009

ERA rentak muzik terkini

Pagi tadik nyaris nak accident. Tulah cik abg merempit tak ingat. Sib baik sempat break mengejut, tapi kena gaklah bontot kete depan. Calar cikit jer.. Aku lak tergelongsor terus ke seat cik abg. Eh sudah tukar ke jadik minah rempit?? Calar sikit lengan aku yg gebus ni tau. Gigil kaki ku nak naik tower pagi ni. Lemah seluruh lutut aku. Kusss semangat!


Sabtu ni iparku mengajak gi picnic di Ulu Bendul. Dari Yam ke Bendul lak. Sonok gak tu kan, rase tingin nak berendam2 lagik. Cam ne?? Tapi soweeiii sangat, sabtu ada program Ain bersama Jozan tu. Kalu leh tukar picnic ke ahad besh jugak. Leh bagi ipan, adam, gina sama bambam berendam sampai demam! kekekeh.. Tapi ahad maybe jalanraya agak padat, sebab dah penghujung coti sekolah. Yelahkan, takkan sebab hal anak beranak aku, dorang nak kene tunda lak kan. Tak baik gitu. Tak pelah. Tak dapatlah berouting sesama. Dah lama tak bergathering kan. Lenkali hoccay. Selamat berpicnic dan bergumbira yea!

Tadi saja jer taw akak yus forward gambo anak erra. Buat aku tingat jer kat si bambam ku. Skang ni bambam dapat "tebiat" baru, sebelum tido nak soh kita usap2 perot dia yg boyak tu. So comeyyyy.. Ada sekali tu dia asek nangis jer, nak soh dukung, tapi bile dukung nak duduk. Hai macam2.. Last aku baringkan dia selak baju dia. Baru dia senyum2 menanti aku usap perut dia. Terus dia ceria, leka, syahdu menahan kegelian orang main perut dia! Sejak hari tu aku pon buatlah masa dia nak tido, masa aku baru balik keje. Aku dah siap inform bibik, incase masa aku gi Teambuilding 16-18 ni, bibik tau lah nak handle bambam time tido malam. Kan tak pernah terpisah lagik bambam ku ini. Sure aku rindu bangaattt sama anak2ku yg bising amat tu.. alahhhhhaiiii...

Wednesday, June 10, 2009

Jozan show

Today, akak zura datang nak gi Aquaria bawak anak2. Nak pinjam staff kad, nak dapatkan corporate rate. Sapa mau pinjam?? Mari2.. ;) Upah dia senang jer, makan malam di GoldCoast, Morib.. kekeke.. Kol 11 kak zura sampai, ramai gaklah pengunjung Aquaria tu. Lepas settle beli tiket, masing2 pon menuju puncak memasing.

Lunch bersama kak Hawa, sebab dah lama tak jumpe, so melepaskan rindulah tadik (poyoss..) macam berchenta plak. Tapau kebab jer, ramai nau orang kat bawah tu, pening! Aper bendalah orang2 ni carik. (Buat per lagik, jenjalanlah shaz oiii!! Awak tu jer yang tak cuti time cuti sekolah ni..)

Kat opis tadi ada sample viewing, dah lama tak buat sampai rase ala2 malu jer nak jumpe vendor, padahal vendor tak kesah pung. kannn.. Sib baik kejap jer dah settle. Keje kene ada target, tak capai target jenoh mak! ..hhuaaa.. Fenin nak pikir apa inisiatif baru yang buleh diimplementkan. Macam susah jer nak dapat rating 2 ni.. tulunnnn!!!

Masa nak balik tadi, aku dapat call dari Kelab Sukan. Ain dapat audition untuk Segmen "Petronas Cilik bersama Jozan" untuk Hari Keluarga Petronas 2009. Sabtu ni, 9.30 pagi kat DFP. Abah,cepat.. kang tak on time.. Saja jer aku submit borang ingat tak dapat walauponnn audition, sebab ramai yang anta. Nak pilih 4 orang jer yang pandai bercakap secara selamba derk. Tengoklah cam nerlah si Ain nak berinteraksi sama Jozan. Tah2 tersipu2 malu kucen. Hadiah macam menarik, tu yang mama teruja lebih. Siap soh dress up, tak per mama jadik mak andam, kay!!! Go Ain go..

Tuesday, June 9, 2009

Kian jauh kian hilang

Ari ni aku gi keje sendirik, cik abg tak pegi keje. Domammm.. syiann dia.. Kol 6.45 aku dah standby tunggu akak aku (mak ngah) anta anak dia dok umah aku. Salu duduk kat umah achik, tp achik gi jenjalan Melaka. Uwaaaa.... ucu sentap tak dapat ikut nihhhh!! Siap bagi mms lagi kata best kat Puteri resort tuh! Saja la tuh.. Takpelah masuk list cuti2 later. Puteri Resort, tungguuuuu..

Oh, kol 7 baru mak ngah sampai. Aku pon bertolaklah ke opis ngan semangat waja. Sib baik jalan tak jem. Kalau tak, semput aku nak sampai KL. Ngan mata yang masih kelat. Pepagikan.. Salu bonceng je belakang cik abg.
Sampai opis kol 7.30am. Wallaweii !! Kalah GM. Salu dia yang paling cepat. Hoyeahh! Berjaya mengatasi track record dia.

Keje hari ni macam biase jer, takde perkara yg menarik atau teruja. Biasa2 ajer. Ahkak Hawa pon belum masuk keje lagi. Masih coti2 Msia. Masih sibuk mendobi sampai ber round2. (Ber round?) Suspen jer aku baca email dia tadik ;o Rindu lak kat idung ahkak yg mancung tuh!

Tapikan petang tadi, tetibe ada sorang mamat yang macho tipon aku. Macamlah aku tak kenal sore dia (wpon mule2 mmg tak) tapi bile dia intro kata dari opis gomen, terus jer terflashback muke dia. Alah si joe anak mak tam, sepupu cik abg aku. Ingatkan dek non rindu kat hakak, uper nak tanya pasal bodband hakak jer. Minat ke tuh? Tulah sapa soh tak pantas macam hakak ni, walau pon hakak tak keje gomen, tapi info sentiasa diujung2 jari tau dek nonnn, kekekeke..

Hakak mmg minat ngan promo2 yang berbaloi ni. Pedulik org nak kata hakak kedukut ker hapa. Janji melatoppp. Janji pakai duit hakak yg halal ni tau! Baik tau sepupu "nantan" aku sorang ni. Ala2 sapa dapat leh jadik suami misali gitew. Tapi awasss.. udah ada yang punya. Sonyap2 dah gi merisik yea dek non! Tak bagitau pon "perisik handalan" ni. Nanti bertunang jangan tak war2kan. Kalu tak nanti abes akak soh ipan fire ala atomen kat mejelis dek nonn tu tau!!

Anyway, thank youlah buat akak ceria petang2 ni, dapat gak sembang tadik, menghapuskan tensi akak yang tak abes2 dengar lagu Mawi dari pagi tadi. Naik pening hakak tau dengar jiran akak kiri kanan depan belakang bukak lagu Mawi sehari suntuk. Sure hati akak malam kang bernyanyi2 kecil sebab dah meresap lirik dia dalam roh hakak nih... walauponnnn... akak tak suke. Ok dek non, jangan lupa rajin2 lawat blog hakak tau, walaupon akak tau dek non tetap menjadik silent reader yang setia !!;P