KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Wednesday, July 29, 2009

Bibik oh bibik 2

Balik keje, bibik terus update kata susu abg Irfan dah boliyawww. Terus aku sentappp. Sehari suntuk aku kat KL, susu bersepah buleh beli, petang tu pon aku ada tipon bibik, tapi tak cakap apa-apa. Tersengih2 cam kerang busuk kata lupe.. buleh?
Baru jer sampai kat gril pintu dah hangin satu badan. Nak beli kat mana nih? Kat kedai depan takde. Kedai ubat depan umah pon dah tutup. Keta takda, jam dah dekat kol 9. Ishhh, tension mak taw! Mandi2 terus kejutkan Ain, soh teman mama pegi Bintang. *Hati masih panas lagi ngan bibik* tak paham betol aku! Dah hari2 dia yg bega2 susu takkan tak reti nak budget bile abis. Dah nak keringgg lah sangat baru nak bagitau!!!! Hish!!! Berbuih mulut pesan kata tinggal separuh susu bagitau, kalau stok susu dah takde dalam kabinet tuh.

Aku, Ain sama Irfan jalan kaki ke Bintang, udah ler gelap jer, tawakal jerlah. Tak perlah anggaplah ni satu pengalaman untuk Ain sama Ipan: pengalaman berjalan kaki di waktu malam ke Bintang Hypermarket. Tensionnnn.. Sampai Bintang, terus grab susu Irfan. Upah budak2 jajan sebab menemankan mama. Irfan gule2lah.. sakit gigi tanggung sendiri. Ain, keropok dan biskut cadbury (kata untuk bambam)
On the way balik tu, singgah jap beli burger, malas nak masak dah. Sakit hati punya pasal. Makan burger sorang satu, Adek aku beli donat coklat dari opis tadik. Melepas Guga2 Erra malam tadik. Ceh.. hahaha. Pas makan tu nak basuh mulut bambam, Irfan sepantas kilat berlari masuk bilik air. Tak sempat nak pesan jalan perlahan, dah gedebooommm.. Aduhhh.. benjol! Irfan oh Irfan.. Sib baik tak kene bendul pintu tu. Kalau tak aku tak taulah camne.. huahuahauhahua

Tuesday, July 28, 2009

Camar Yang Pulang

Semalam cik abg outstation. Tadik dia sms kata tak balik jugak hari ni. Aisey, kosonglah umah tak de orang jantan. Yang ada jantan kenit, ipan. Ni sessi sembang2 sama Ain masa makan malam tadik.

Ain: mama.. mana baju tido abah yang abah salu pakai dulu2 tu?
mama: yang mana.. mama dah lupe lah..
Ain: alah, yang dulu masa takde ipan lagi, abah suke pakai baju tu.
mama: Ohhh yang tu...yang biru tukan, mama dah buang.. dah koyak rabak dah.
Ain: ha'ah.. Oh dah buang ke..abah suke sangat pakai baju tu..masa abah takde pegi outstation, ain cium baju tu.
**Ain demam. Poyos rindu sampai demam2 **

Ain: Abah sekarang ni asek takde umah jer, umah kita dulu abah ada jer kat umah.. Ain tak sukelah pindah umah sini.. dah tak dapat jumpe selalu, abah sibuk jer.

(Hah kau..anak pon dah pandai komplen..) sapa nak jawap tu?? So semalam dia kata dia tak jumpe abah masa abahnya kuar rumah semalam. Sian rindu upernya. We miss u abah!!!

Monday, July 27, 2009

Opocott mak kau!!!


Tokojut borukkk...

Jalan-jalan Carik Makan

Weekend ni aktiviti yang terancang last2 minutes adalah melawat binatang2 di Zoo Negara dan makan2 kat Umbai, Melaka. Sabtu tu pegi zoo dah tengahari dalam kol 2 bertolak dari umah. Anak-anak semua bersemangat nak ke sana. Si bambam pung sama, asek meow2 jer sebelum kuar umah tu. Err, ada ke kucin kat zoo tu dekk, hehehe. Dalam perjalanan, semua lentok dalam keta. Charge tenaga agaknya, karang nak meronda satu Zoo. Dah sampai, semua bangun ngan ceria sekali. Baru masuk enterance dah berbau segala. Ish..busssukkk! Bermule dengan tengok gajah. Gajah tu menari. Nak soh pelawat2 bagi makan tebu. Sapa nak bagi makan, bayar rm3 dapat sekerat tebu. Buat duit betol kan..


Bambam tak berkelip tengok binatang2. Ipan pulak banyak soalan, akak Ain pon cerialah sekalikkk. Sampai tempat singa, Ipan yang suke sekali. Bambam plak dah buat bunyi singa. Aummm!
Dah penat berjalan tengok hewan, gi makan jap. Dah takde KFC or Merrybrown kat Zoo tu. Restoran cap ayam jer ada. Tah aper2 tah. Makan lah sikit, sebab tak makan lagik. Ipan memang tak mau makan, semangat nak tengok beruang pulak. Last sekali tengok ikan. Hahha.. macam kedai aquarium jer ikan-ikan situ. Bila masing-masing dah kepenatan, masa untuk pulang. Sepanjang jalan, anak2 dah keletihan. Zzzzz..


Ahad, pagi aku ke Alamanda. Carefour buat promotion, nak buat stok susu adek bambam. Dapat 2 tin dan pamper dia. Carik kasut kakak ain tak der pulak yg berkenan. Balik, nak beli ikan pulak, singgah jap g kedai jamu. Bibik kirim set Natasya. Hoho...dah pandai dah bibik aku nihh. Lantaklah duit dia. Beli set Natasya. Pastu singgah kedai kasut, jumpe jugak kasut Ain untuk sementara nak raya. Beli ikan. Selamat..
Tamat kerja dah kol 3, cik abg baru balik dari beli hadiah sama kawannya. Bawak balik jambu Pak Ucu, terliurlah tu agaknya, hehe.Terus kami bersiap. Nak ke Umbai. Bawak my family, Mak bapak, mak ngah, achik semua. Semua plan last minutes tipon2 tanya semua ada umah, terus on. Iyelah kalau dok plan bagai, pastu tak jadik kan ke frust. Tak moh frust kali ke 2 lah kononnya, kekekeke.
Lagipon minggu ni jer yg pree, minggu depan memasing dah penoh plannya. Wahh macam penohhh lah sangat, hehe. Sampai Umbai kol 6 lebih, orang pon tak ramai lagik, terus posing maut kat kedai makan tu jap. Eh sapa lak nak order bagai? Aku, mak ngah, achik yang pegi order. Makan ikan, udang, sotong sama ketam. Standard. Perrgh sedap! **Ala, tingat balik rase nak repeat lagi ler, opsss ada ker RM nya lagik** Hrmmm sabau jer lah.

Semua makan sampai sentat2 perut. Si kenit bambam pon dah pandai makan seafood. Jangan rashes yea sayang mama. Kol 9 lebih bertolak balik Kajang. Otw tu punyalah jemmed jalan. Adehhh sampai umah kol 12. Mak aiii, sok nak keje pulokkk. Tak buleh jadik ni, len kali kene gi sabtu, baru relex sikit. Tapi bile yea???... ** wink wink kat cik abg**

Saturday, July 25, 2009

Happy birthday Awah!

Semalam akak zura datang ke umah. Saja jerlah. Ada wat makan2 sikit. Dia call masa dah petang. Katanya nak buat besday anak daro dio Intan Rahawah kat umah aku **betol ker ni nama Awah, nyah? kalu salah tolong sms mak yea nyah!** So balik jer keje, aku pon masaklah lauk pauk untuk makan malam merangkap besday party. Aku buat sambal udang, kangkung belacan, telur dadar sama beli sup gearbox. Kemain berat lagik sup tu tau. Lengoh2 tangan cik abg mengusung sup lutut tu! Aku ni bab2 makan memang cam cerewet sikitlah. Kene pastikan semua cukup untuk dimakan. Nak2 kalau ada org nak datang umah. Bukan ape, takut tak cukup nanti. Buat malu kompeni jer. Kenalah buat betol2 kannn. Pada aku biar berlebih, jangan tak cukup. Kan orang yang datang ke rumah adalah rezeki untuk kita. So janganlah takut nak kuar duit untuk menjamu tetamu. Atau kata lain, jangan kudukut nak menjamu sampai tak cukup makanan! Sentap hati tetamu yang datang tu tau kalau tengok lauk dan makanan semua ciput2 jer. Kuih-muih pon ala-ala RM2 jer. Sadissss..
Ada jugak orang yang macam tu. Aku pon pernah alaminya, pengalaman lah ni kononnya. Orang tu ajak datang housewarming party. Dah katanya housewarming, aku pon kosongkan lah perut. Sekali bila sampai sana, ala2 keropok jer semangkuk. Adakah patut? Kalau banyak bermangkuk2 oklah jugak. Hi tea bersama keropok, haha. Ada tu buat Open house katanya, tapi bila sampai, makanan dah abes. Mana tak abes, tengok2 bagi sedara mara tapau. Ada jugak orang gitu eh. Hentamlah labu.. dah duit kau kannnn.

Ada tu pulak buat makan2 bday anak, ajak tetamu agak ramai tapi makanan ciput. Tinggal yang atas meja tu jer tak tambah2 pon. Agaknya memang soh makan sekali sorang jer kot. Ala-ala bihun dua bungkus. Panggil 30 orang makan. Hrmm tak perlah. Tak reti buat budget agaknya. Takdelah bukan apelah kan. Kalau saja2 datang nak singgah jer memang la paham. Datang serbu jer, teh bujang lah jawabnya. Ini yang kata ada party siap wat jemputan makan2, sekali datang.. ciput jer. Tinggal saki baki buat segan orang jerk, huhu..


Insyaallah aku tak macam tulah. Dah kata ada makan2, kene cukupkan budget, so boleh makan sampai membuntat okeyyy! So semalam pesta lutut lombulah kami. Pandai betol farah makan gearbox. Aku pon tak pandai nak makan sum2 tu. Bau lembuuuu.. tak suke mak tawww! Ngan belon-belon yang akak zura bawak, meriah tau. Meriahuollsss.. hahaha. Anak2 pon bebaslah bermain meynan, ada yang nangis berebut2.. *sofia sama ipanlah tu* Dah nama pun bebudak. Lantak la ko kat situ. Kang penat salah sorang beralah jua. Tapi ada rase macam kureng je. Kak zura dah takde bibiknya! Sabar jerlah nyah yea, mak dah pueh rase dulu. Tah2 sok bibik mak balik, tongkang pecah lah mak! Jam dah kol 10 baru akak zura beransur pulang. Balik bersama anak beranak dia. Nanti datang lagik yea nyah, mak sukooooo..

Friday, July 24, 2009

Kejelitaan Adalah Milik Setiap Insan

Mana nak carik tailor baju raya nih.. Tulah sapa soh beli kain last2 minutes kan. Padan muke! So raya kena beli baju ready made gamaknye yea. Semalam baru terbuke hati nak carik kain. Cewah.. padahal sebelum ni sen kureng. So memang tak selera nak tengok kain, walaupon semeter RM0.50! haha. Dapatlah 3 pasang beli kat Jakel. Tu jer standard aku. Kedai lain mahal bebenor. Penjelajahan seperti biase ke tingkat 2 Jakel. Pastu rase macam nak jengok jap tingkat 4/5. Nak jugak usap2 kain yang harganya RM5K per meter!
Aku pegi ngan ipar ku Eliza. Penat aku meronda level tu, tapi takde sorang salesgirl pon datang entertain! Poyo ingat aku takde duit agaknya. Geram tauu.. Kang report kat manager on duty baru tau. Sib baik budak yang entertain Eliza tu agak menyenangkan. So aku pon terjumpelah sepasang. Ha kan...ada orang entertain, senang2 jer aku beli. Kan dah untung Jakel tu. Pastu jumpa lak sepasang lagik. Ha untung lagikk. Dah penat meronda, memasing nak angkat kaki nak balik sebab rase dah lama sangat kat situ. Macam2 kain ada. Sampai kat tangga, bleh lak terjumpa lagi yang berkenan. Wahhh ni kena hangkut jugak ni. Corak menarik dan tertarik. Rembatttt! Malam makan malam kat Seksyen 7 Bangi, sementara nak tunggu cik abg eliza jemput dia. Lepak situ sampai kol 11 cik abgnya sampai dan terus memasing balik. Hari ni akak hawa belanja makan apa. Biase ler, Lamb Shoulder Chilis ler. Nyam2.. Akak tenkieu yea. Ada pesanan penaja ni dari akak zura. Tak mau banjer dia sekali ker? kakaka.. Boleh banjer orang yang berdekatan sajork tau, hahahah... Saja yea akak yea. Adek melawak tau. Jangan mare. To nyah zura: kalau nak dibelanja, jadik staff dulu k? hahaha.
Hari ni tujuan meraikan kejayaan akak hawa dapat performance bonus. Bestnya lah. Aku pon dapat jugak, tapi ciput jer. Bukan tak bersyukor, tapi bile kita mengharap sesuatu yang lebih, ujung2 tak dapat seperti yang dimimpikan apa rasenya? Sedangkan list perbelanjaan banyak dah beratur dalam otak nih. Sedihhhh sangat, keciwa, terguris, pahit maung, manis masin semua cukuppp. Tak tau nak cakap camana. Nangesss sampai sedu sedan, sampai orang opis yang concern pun tertanya. Napelah minah ni, gadoh ngan cik abg ker? Takkan nak cakap sebab frust dapat RM ciput. Aku cakap lah rindu kat cik abg sebenarnya. Logiklah tu,kan.. hahaha. Takpe lah, asalkan aku lega melepaskan perasaan yang amat frust tuh!
Ok dah..takmoh emo2 lagik. Redha ngan rezeki yang ada, dah dapat tuh pon dah cukup baik, dah tertulis rezeki aku banyak tu. So, aku kena usaha lebih keras lagik supaya tahun depan pon dapat lagik. TQ kepada Cik abg, akak Yus, akak zura dan akak hawa yang telah memberi kata2 nasihat semalam. *err tu yang balik tu laju jer memborong kain..* Berbalik citer lunch, akak hawa gi rembat kasut. Nak rembat bagpack takde stok baru pulak. Sian. Sabar dulu ye kak. Aku, tengok2 sling beg, harge pon buleh tahan. So relax dulu, survey lagik kot2 ada yang lagik murah. Pastu ada yang buat aku happy, akak hawa belanja compact Bobbi Brown idaman kalbu. Yay yayy!.. suke sangat. Tima kasih yea akak.. moga2 akak sekeluarga dimurahkan rezeki. Aminnn.. (p/s: laki akak tau ker? kang marah pulak kang cik abgnya..) tapi dah selamat kat tgn shaz pon. Takpelah cik abgnya yea..makaceh lah jugak yea!

Thursday, July 23, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Eh..Tak sengaja ler...

Rabu janji sama emak nak bawak gi hospital. Bursi. Seperti biase, jalankan rutin biase dulu: anta Ain g sekolah agama. Pastu baru amek mak dan meneruskan perjalanan Ke Hospital Serdang.

Kol 8 dah terpacak ler kami (achik sama bapa pon ada) kat sana nak amek no giliran. Kali ni nak jumpe doktor orthopedic. Sib baik tak ramai orang. Dapat no 6. Walaupon 6 tapi lembab bagai nak giler. Kalau nak cepat pegilah Prince Court yea..tak mampulah pulakkk..nangess.

Sementara nak tunggu tu, breakfast lah dulu kat cafe sepital tu. Dulu2 macam tak okey kat situ. Tak de pilihan. Makan pon tawar jer rase, tapi tadik ada banyak pilihan makanan.. ada 2 kedai. G kedai yg pertama tu ajer.. nak tau i jumpe apa? Khambengg...wahh pepagi breakfast khambeng grill. giler sodap.. kononnya lah kan..makan ngan daging burger sama hotdog. Okey lah rasenya.. hati tingat lamb shoulder kat Chilies jugak. (ada dadah ker kat Lamb Shouder tuuu?).. Sok yea akak Hawa..kita enjoyyyy! Hoyehhh..

Jumpe doktor kali ni rase amat bertuah sangat, sebab doktor tu suggest ubat untuk tulang emak yang pernah kami beli kat Hospital An Nur dulu, Fosamax plus. Harga agak mahal. RM160, 4 biji sahaja. Makan seminggu sekali. Doktor tu kata kene makan selama 3 bulan berturut-turut untuk nampak dan rase kesannya. % kesan ubat itu hanya 10% jer, tapi aku rase 10% tu pon kira baguslah tuhkan. Doktor juga suggest belikan back support macam corset utk senang nak berjalan-jalan jauh. Hrmm.. macam minat jer.. nanti satu hari bersejarah aku hadiahkan kat mak. Harap2 rezekiku murah, manalah tau dapat duit terpijak. Aminnn.. Bendanya dah lama aku survey, tapi sebab doktor tak suggest, rase emak pon tak nak guna kot.. hari ni mak dah dengar sendiri, moga2 dia naklah pakai. Dapat vitamin sebakul, stok 3 bulan punya :)

Balik tu dah tengahari singgah makan kat Medan Makan depan PERMATA Bangi. Nak makan ikan bakar. Pas makan anta mak balik, lepak jap umah mak. Pas tu nak merendek ngan Achik kat Alamanda. Nak beli susu adek lah kononnya. Lain2 tak de..window jer lebih. Jalan lah kami sampai letih kaki. Nak beli, tak gajik lagi..takut semput nak menahan esok..

Last2 sampai kat kedai kemera, ada kamera offer jenis Samsung. RM399. Teruja lah tengok sebab kaler pink..bukan tengok function! Tah macam mana, bukan tengok yg Samsung, sbb tu kedai lain. Aku tanya budak lain, dia kata ada yg lain jugak.. so dah belek2 mcm tingin lah Casio ni..(jenama jam tangan)..bedal jerlah..tgk mcm menarik dan tertarik sebab pertama dia tahan gegar (yg ni tak pasti..semua kamera ada kot..) Tak kesahlah..janji aku dah sukooo, leh tangkap gambo bambam yg asek bergerak sana sini tuh. Lagi..sbb senang nak bawak g memana. Sian kan..baru nak beli kamera..dulu kena curik tau; asek pinjam kamera opis cik abg jer, tak sedap jugaklah.. lagi..sebab Prof Hanim@ Halim kata belikan sesuatu apabila kita mencapai sesuatu kejayaan. Utk dikenang di kala kita kesedihan kemudian hari. Bile teringat pesanan ni kan, rase tak bersalah jer nak beli tu yang rase hari2 aku buat tu *nak membeli jer* dah larik konsep Prof dah ni yea..hahahah..alasan jer tuh, bahaya Prof shaz oii!! hari2 ke berjaya tuh? berjayalah kan...huhuhu


Tuesday, July 21, 2009

Elergi Sepi

Petang kelmarin keadaan Ain macam pucat jer, kaki tangan sejuk. Apahal pulak nih. Irfan pung demam jugak, tapi bibik kata naik gegata. Lahhhh.. apa cerrr nihhhh. Sama kejadian ngan Ayell kah? So terus bawak dorang gi klinik feveret. Encik doctor periksalah sorang2. Irfan bukan pasal ubat demam dia tu. Mungkin pasal pemakanan. Ahad tu kan makan kat luar, makan sup tulang. Agaknya elergik daging kot. Salu okey jer. Agaknya daging kotak, tu yg buat alergi tuh. Aku pon pernah kena jugak, salu makan ok, tapi ada sekali tu, terus bengkak muka makkk taww! Serem tengok mukaku yang bengkak itu.
sasa tak badan abg?

Ain pulak, doctor kata takde apa2..sihat. Dalam proses pemulihan, memang lah tak lalu makan, letih sikit. Lega aku dengar. Balik klinik, terus bagi makan ubat2 yang sebakul lagik. Penuh peti ais ngan ubat2 dorang. Ain seksa nak makan ubat, tak abes2 cakap rase pahitlah, tak sedaplah. Memanglah nak oiii, ubat namanya. Irfan, doctor bagi ubat elergi, ubat demam sama "calamine lotion". Masa taruh tu tak nangis. Dah kering losyen tu mamat tu melalak soh basuh. Sakit dia cakap. Yelah kot, losyen tu menarik kulit dia, tu yang pedih. Aku basuh sikit. Tapi dia masih marah2 lagik sebab kat muke dia mama tak basuh. Aduiii.. bilelah nak baik nih. Seksa mama tengok!
Pagi ni Ain ke sekolah macam biase, ada Ujian Fasa 2. Harap2 dia okay kat sekolah. Kang main panas, makan eskrim balik kang demam lagik. Ain ada bagi aku satu kertas. Ingat kertas apalah kan. Aku bukak tengok2 dia buat lukisan gambar family berbaju raya ker tuh? So sweetttt. Selamat hari raya Aidilfitri 2009. Haaa.. aku dah dapat kad raya. Belum posa lagik tu...* terase diri ini dihargai*.. Mama suke sangat. Mama tampal kat partition opis yea Ain.

Irfan, bangun2 badan panasss. Rase mcm tak nak keje, tapi memandangkan EL aku dah amek 4 kali. Maximum 5 kali jer. Tak maulah rekod buruk. Esok dah coti pulak, nak bawak emak gi check up kat sepital. Turn anak2 perempuan bawak pulak. Masa nak kuar rumah, tengok Irfan dah berpeluh dah, rase okay kot, insyaAllah.. Aku cube pujuk dia kata mama kena keja. Nanti petang kita beli otomen (tu standard nak memujuk) barulah dia salam *tanda izinkan mama gi kerja* Irfan mintak cium dia. Abahnya pon kene cium jugak, barulah tenang hati Irfan. Macam-macam perangai.. Cute tak? cute kan.... Sok dia besar tah2 dah tak moh dah cium mama dan abah lagik.. uhuk.. uhuk..

Monday, July 20, 2009

Semakin Asyikkk

Sabtu, terbelenggu ngan kebuhsanan pagi tu. Nak memecahkan belenggu, aku ajak cik abg balik Seremban. Saja jer dah lama tak balik. Dengarnya mak mertua pun kurang sihat. Jadi balik melawat jap. Kami doakan uwan cepat 'sumbuh' (kata Irfan).
Peace mama!

Balik ke kajang pada petangnya. Sebab biase ler..ada badminton kan. Ish2.. Malam emak ajak makan kat umah dia. Abang dari Keramat datang. Aku syioklah. Coti memasak untuk hari Sabtu. Ahad, achik pulak ajak meriuhkan umah emak. Lakinya balik ke Ampang, menemankan abahnya yang tak sihat lagi. Emaknya balik melaka, melawat sedara sakit juga. Sampai jer, mak ndak dah buat kuah durian, nasik goreng utk makan pagi.
Dulu dua budak itam, kini dah cerah

Tengahari, achik ajak merendek ke Manjaku.Nak beli bekas air kat Ayell. Aku no hal, janji tuang minyak yea nokk, hahaha (ujung2 bulan la katakan..) Cik Abg masih beristirehat kat umah lagik. Bawak budak besar2 jer. Ipan dan Ayell tinggal. Gi warta dulu, beli kasut sekolah Abil. Pas tu pegi Manjaku. Aku tengok jer lah. Terkulat2 menahan.. huhu. Semua rase tak lawa jer baju2 kat situ *padahal poket kering*. Kalau tak rembat jugaklah, walauponn sabun basuh baju jer ke, puting susu ke, losyen ker... gituuuk.

Balik tu tak mau rase bersalah sebab tak tolong mak ndak masak, belikan jambu Pak Ucu kat depan sekolah Ain. Borong kat gerai Pak Ucu tu. Kalau Irfan ada, mesti dia pelik, sebab kadang2 bile lalu kat situ aku cakap kat dia tu jambu Pak Cu. Dia ingat Pak Cu dia yang jual jambu tu. Pastu dia jawap balik "mana ada Pak Cu jual jambu" ..kekekeh.. Ingat dia sorang jer ada Pak Cu. Borongggg. Sedap tu.. Rase lepas ni, memang muke ni jerlah singgah beli jambu setiap sabtu.
Jadik minggu ni riuh rendah ler umah atok, tunggang langgang budak2 mengerjakan. Dah punggah bawah, naik atas pulak. Lepas tu ke depan pulak. Tapi sebelum balik, masing2 dikerah kemas dulu. Atok tak daya nak turun naik tangga. Petang tu semua beransur balik. Achik paling last, tunggu laki yg tak kunjung tiba. Sian.. :) Malam tu, aku dan cik abg bawak Ain gi klinik. Kena cirit birit pulak. Demam dari Jumaat ari tu. Lemah jer tengok tak lalu makan. Makan ubat demam dah. Risau ler, macam2 penyakit sekarang ni. So semalam dapat lar ubat sebakul. Jenoh nak makan. Hari ni MC tak sekolah. Lepas jer jumpe doktor, ain tanya.. "mama, kita tak gi makan ke? Ain lapar lah..." Ewahhh barulah lapar. Tadik tanya asek tak selera jer. Dah agak dah! Nak makan luar ler tuhhh. Hai la budak2 sekarang..