KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Friday, August 28, 2009

Makan Luar

Seronoknyerrrr buka pose kat luar, tak yah masak, tak yah basuh pinggan.. ready to eat! Semalam balik jer keje terus gi order juadah kat warung dusun gearbox tu. Ujan lak tu masa nak pegi tu. Redah jugaklah.

Kali ni try ikan bakar, ikan 3 rase dan lain2. Banyak gaklah lauknya, sebab order time lapau. Penoh satu meja.

Thanks yer abg, banjer makan.. Sok2 banjer lagik yek. Semoga murah rezeki, mana tau angan2 abg nak dapat duit 5 juta termakbul..hehe..Aminn
*laki bini mmg suke berangan*.. ;p

Sempat gak akak ain curi2 snap adek!

Thursday, August 27, 2009

Terkenang Semasa Lalu

Petang lepas balik keje, nak pi beli Yong Tau Foo. Cik abg nak makan bukak pose. Ain semalam tak pose, mintak bukak pose. Aku pon bagilah kebenaran. Tak nak dia rase terbeban lak pose ni. Padahal niat kita nak latih dia. So aku bagi sedikit kelonggaran.

Kol 6, lepas aku lelapkan mata jap, (sempat jugak tu) pegilah pasar ramadhan. Niat tak moh bawak lah budak2 ni. H1N1 dah H wang N wang gitu. Last2 semua buat muke toncit. Bawaklah jugak. Naik motor ajer. Adek tinggal.

On the way tu hujan lak..cam ner nih.. jalanlah jugak. Dah sampai. Memang nak tuju kat kedai pakcik jual yong tau fu jer. Tak lama lepas tu hujan pon mencurah2. Abes basah kuyup semua. Ain sama Irfan suke lak main ujan. Kan tak pernah main hujan. Naik motor, kenalah kat muke hujan tu. Semua tunduk jer. Irfan rimas pon ada.. ”basah baju abg ni”.. Pas tu ain sama irfan gelak2 sbb hujan tu macam cucuk2 kat muke dorang masa motor bergerak.

Dah sampai umah, lagik lah lebat hujan. Amek kesempatan lah dorang main ujan jap. Masuk umah semua kene mandi balik. Kang ada plak yang domam.

Masa dalam bilik air tu, Ipan borak sama kakak dia..

Ipan : Kakak, bestkan mandi ujan tadik..tajam2 kene muka pan…
Kakak: a’ah..sakit kan..best kan tadik

Aku dengar macam kelakar jer, sian dorangkan macam tak buleh nak merasa mcm aku kecik2 dulu..

Teringat dulu kecik2 suke gaklah buat kerja nakal. Main kat umah jiran, pastu hujan. Dah kuyup balik umah, kene bebel ngan mak. Ada pulak, time hujanlah senyap2 nak gi check ada surat tak dalam post box, saja jer! Kadang2 tu emak sporting gak, bagilah main kejap kat tepi2 bumbung umah. Pas tu kenalah mandi balik. Rindu lak suasana dulu2. Adek badik pon ramai, ada abg2 yang sekolah2 lagik. Kadang2 dorang yang ngajar main ujan. Ahaksss

Mak Ngah time tu belajar lagik, tak banyak kenangan yg aku ingat. Yang ingat, bile tau dia nak balik jer, aku rase macam happy sgt. Sikit2 kuar tinjau2. Nampak jer dia turun bus kat depan lorong, terus jer kuar dari kawasan umah berlarik ke depan sambut dia. Jauh jugaklah, tolong perangkut beg dia. Kalau skang ni ain buat, aku rase aku bebel2. Marah lah jugak gamaknya :P

Lagi satu, dulu masa aku besar2 ain, ikut achik sama jiran g tarawih kat Masjid Keramat. Masa tu emak dok kat Pasar Keramat. Dekatlah masjid tu tp kenalah lintas2 jalan, lalu kat pasar keramat tu. Tp dulu kurang jenayah, elok jer mak lepaskan pegi. Aku pon ketegori budak baik. Taklah melencong g tempat lain, haha. Sampai sana, sembahyang nye kejap jer, main jer lebeh. Tunggulah smpi abes terawikh. Nak joint morehh tukan. Dapatlah makan bubur lambuk, kueh mueh. Tengok menu apa yg special hari tu. Tp yang tak beshnya, airnya teh halia jer. Hari2 teh halia..huhu

Tapi sekarang, Ain dah tak rase semua tu. Banyaklah yg dia tak tau, main teng2, main batu seremban. (baru ni dia beli, tp tak reti main). Main konda kondi, galah panjang. Budak skang ni meroyan nak mintak games jerlah, PS2.

Aku pon tak bagi dia nak g mana2 sorang. Nak turun pg playground kat umah pon aku tak bagi. Apa lagik melintas ke kedai depan umah atau ke Bintang yg dekat tu. Risau sangat. Sekarang ni asek2 jenayah jer. Macam2 buleh jadik. Tu yang suke nau smlm dapat main ujan kejap tu. Aku lak terus terflashback kesah dulu.. Nostalgia betol.

Tuesday, August 25, 2009

Sup Gearbox

Semalam kan puas dok pikir nak makan apa buke pose. Tanya cik asben, jawapan standard dia, “ apa2 jer lah”. Agaknya memang dilema semua kaum ibu agaknya time ni. Nak masak apa lah yea..

Tipon Ain tengahari, tanya dia nak makan apa. Dan dan jer keluar kata nak makan sup gearbox. Hrmm ok jugaklah tu kan.

So menu semalam :
Ikan sweet sour, Gearbox + sup tulang (gearbox takde daging sangat), telor dadar dan jugak sayur baby kailan goreng tiram.

Balik keje terus masak2 jap. Budak2 mandi dan terus keluar gi beli gearbox kat kedai kegemaran warung dusun. Beli gearbox satu jer sama sup tulang. Sementara tunggu tu tengok ada lak otak2. Sodap gak tu. Soh ain beli 10 batang. Tengok, adek yg sibuk pegang duit nak bagi kat brother jual otak2 tu.
Pagi ni nak g keje, bibik dah tanya nak siapkan apa nak masak petang, terus blurrrr.. Masak lemak cilis apiss ayam, sayur bapak kailan lak hari ni *baby kailan dah licin*.. Sambal tumis udang. Apa lagik eh.. Kuih-kuih? Jap pikir lagik.

Monday, August 24, 2009

Hari ni Berbuka Apa?

Selamat berpuasa. Sekejap jer dah hari ke-3 kan. Jumaat malam tu Abg yang kat keramat (pakndak and mak ndak) datang rumah mak. Saja nak bersahur dengan buke pose bersama Sabtu tu. Kali ni dorang bawak anak jiran. Katanya “puteri yg terbuang”. Umor dalam 5 tahun. Muke chomey gak. Kurus je budaknya. Makndak citer mak bapak dia dah bercerai. Sian dengar.

Mule2 dia duduk sama bapak kandungnya. Pas kawen mak baru, mak baru lak tak nak dia. Mak kandung lak dapat hak penjagaan, baru2 ni mak kandung dia kawen lain. Umor laki baru tu 21 tahun. Mak dah 28 tahun. Jadik skang ni dia tinggal dengan mak kandung dan bapak tiri. Yang peliknya, mak dia pun macam takmau jaga dia. Berkeliaran jer kat keliling kawasan umah dari pagi sampailah tengah malam. Bila lapar dia mintaklah makan kat umah jiran2 kat situ. Nasik sama kicap jer buleh. Termasuklah umah mak ndak.

Nama dia nana. Tah nama penuh tak tau. Aku bile dengar citer tu macam kesian sangat kat nana tu. Mangsa keadaan. Katanya dia pernah kene pukul sama getah paip ngan pak tiri dia, dengan kayulah..*mmg dasar otak letak kat lutut*. Makan pakai pon mintak orang keliling. Mak bapak tak peduli.

Ada ke patut soh budak tu beli makanan kat dorang kol 12 malam. Tensi jer aku dengar. Sangatlah bodohnya mak bapak dia tu. Kang dah ilang barulah nak nanges2 nak mintak tolong orang carik. Skang yang ada ni takmau jaga elok2. Cerdik budak nana tu. Baru umor 5 tahun, cakap macam makcik2, kalu orang pesan kat dia, cepat lak ingat. “Kalu nakal, papa (p.ndak) antar nana balik. Nana tak moh balik”

Apa pon aku memang emo sama mak bapak dia. Lebih2 lagik bapak kandung dia. Sanggup dia kan, nak diri dia bahagia dengan bini baru, anak dia yang merana. Jauhkan lah dari terkena kat family aku. Aminn..

Ahad masih lagik berbuke kat umah mak. Kali ni buat ikan bakar lak. Aku pagi carik ikan sampai ke pasar, tetibe jer ikan terubuk laris di pasaran. Terus naik harga, Sekilo rm16. Tapi tetap fresh lah. Nak makan punya pasal tak pe. Kol 4 balik umah mak buat apa2 yang patut. Buat cucur udang, goreng keledek. Mak ngah tingin nak buat pecal. Penuh meja. Bestlah..meriah makanan. Sentat perut!

Ain tahun ni nak cubekan dia puase selagi terdaya. Tahun lepas dia pose seminggu jer. Kali ni kalau buleh nak soh penuhlah. Dah 7 tahun, tapi kalu tak larat, aku bagilah kelonggaran. So far ok jer dia bangun sahur. Dulu kemain liat.

Tapi.. hari2 nak gi pasar ramadhan, ari tu Ain pegi sama tok wan dia. Aku pesan kuih pelita, sekali bawak balik, cendol, dadih, sama air cincau. Sabar jelah.. tak terkawal napsu nak minum lah tu. Semalam gi Bintang nampak buah, segala buah nak beli. Singgah kedai nak beli lak gule-gule RM1. Time buke, nak mug yang besar nak isik air. Pas tu kembong air. Ain oh ain.

Biaselah tukan, baru2 belajar pose, aku dulu kecik2 pon macam tu. Tak dapat kawal napsu napsi bile nampak makanan..

Hari ni nak buke apa yerrr… ;o

Thursday, August 20, 2009

Jangan Lupa Lirik

Aku coti hari selasa ngan rabu, saja jer. Petang Senin update status kat FB kata nak coti. Macam2 comment ada. Ada yang kata aku nak dating sama kekasih lama. Uishh mana tau ni.. kantoi.. kang asben aku baca, dah lain dipikirnya. Aku kan setia pada yang satu gitu..

Nilah citer dating aku. Port kali ni, biaselah.. the Gardens. Akak Zura nak carik baju raya princess dia yang 4 orang tu. Wah 4 sudah.. Aku lak, nak kata target baju taklah jugak. Ada menarik aku rembat, tak de, tak rembatlah kaedahnya. Tapi.. bile dah kata lagu tu, mesti ada yang berkenan dihati. Hrmm rembat sehelai kat Irfan. Nak jadik citer, aku lak tah macam mana leh terpakai kasut sarung lama. Sampai Gardens, terus jer kasut tu menamatkan riwayatnya. Tali putus. Nyampah aku. Tak pasal aku kene beli kasut. Adusss..
Rabu, seperti yang dirancang, nak tukar tampalan gigi aku, dah lama dah tu sejak derjah 6. Lama giler. Ain lak asek2 ngadu gigi dia terselit2 makanan, kadang2 sakit sikit. Tengok2 bersompek gigi susu geraham. Aku pergi kat Wangsa maju sanun. Begitu jauh. Macamlah Bangi takde dentist. Ada, tapi aku tak bape confident, dentist mude belia. Takut lak kene pegi 2x kat dentist tu. Akukan penakut. Kat Wangsa maju tu pun sebab akak hawa yang rekomen aku ikut jerlah. Harap ok kat situ.

Doktor tu terangkan, gigi ain tu macam tak tampal pon takper, sebab tu hanyalah gigi susu. Kalau tak tampal nanti2 dia akan rase sakit sikit2, sampailah gigi tu tercabut. Tapi doktor kata better tampal. So tampallah. Ain lak buat skill, nak soh mama dulu, tak tau mama pon penakut, haha. Doktor tu pujuk Ain, menyerah lah minah tu. Tengok tu, kejong jer kaki tangan Ain.
Tibe time aku, macam biaselah maintain cun, tapi dada berdebar2 gak. Doktor buang tampalan lama korek lubang gigi satu lagi, tampal simen. Taraaaa.. dah siap, macam magic lah pulak, 10min dah siap. Wah..ok tak sakit punggg.. Settle, tinggal cuci gigi jer belum buat. Nanti2 ler aku buat. Balik tu singgah IOI mall. Dengar ada wing baru situ, tak pernah jejak lagi. Singgah kejap. Ain sama Irfan mintak jam. Belilah sorang satu, jam RM10. Budak2 belum reti jaga barang lagi. So beli jer murah punya. Takper tangan anak2 aku tak elergi buleh le terima murahan.. kan yang kann
Pagi ni gi opis, akak2 kat situ kata rugi aku coti 2 hari. Ada orang belanja makan. Iye ker, rugi ker? hahaha.. Harus mak jelez. Saja jer orang belanja time aku tak datang tau! Sib bek pagi ni ada lagik orang belanja. Bekfast, lunch sama hi tea. Kenyang dan happy, save duit aku, lehlah soping benda lain. Kata hantu soping. Gitulah..ikat perut, pastu soping. Esok pun ada lagi. Bekfast jugak. Hrmmm bestnya.

Aku bile lak nak banjer dorang? Esoklah jugak, share2. Aku serah urusan tu kat akak opis merangkap ibu sebab dia dah 30 tahun berkhidmat. Paham2 jer lah nok yea, haha.. Yang penting bagi jer $$$$..selesai.

Monday, August 17, 2009

Goreng Pun Sodap

Jumaat malam, sesi hati ke hati sama bibik. Meletopp!

Aku saja offer naik gaji, tapi katanya bukan $$ dia cari, dia lebihkan family. Suasana aku ngan bibik agak tegang. Dia kata dia tension sama mak dia kat sana. Aku pulak rase dia macam dah tak seperti dulu, tak happy ceria. Semua muram jer, sikit2 sensitip, tipon pon asek berdering. Abesss dah ada cowok! Morning ada call, evening and night ada call.

Yang lagi sadis, ngan irfan pon dia nak sensitip. Tu aku naik pening tu, kalau dah sentap tu, muke muncung buleh sangkut baju. Budak2 biasalah, dorang ni very tulus, cakap yang betol punya. Tarak tipu. Irfan cume cakap tuala dah busuk, terus dia balas kata dah salin yang baru dah, ngan nada mcam bengkerk. Alahai. Budak 3 tahun dorang tau, dia cium towel dia, dia komen lah. Hai..tulahkan hati dah tawar. Aku ngan tak malu, tanya buat kali ke 4. Sama jawapan dia. BULAT. So NEKAD aku tempah tiket flight minggu depan!!!!

Sabtu pepagi dah anta bibik bercuti weekend. Dapat gak baca sms dia malam tu yang bibik kepong soh datang pepagi. Kol 9 aku anta, amek ko, nak pagikan. Bfast sila carik sendirik. Haha..taklah.. aku ngan loving asben ada kenduri bertunang kat kajang kol 11. So Kajang-Kepong-Kajang. Berape millage dah tu? Nak claim kat sapa tu? Kat achik buleh? ;)

Yang bertunang ni sepupu cik abg. Tak ramai sangat yang datang. Paling kecit si bambam ler. Happy jer buat sound kucing sama anjing. Orang sibuk buat majlis dia buat bunyi.. Lawak. Irfan jadik cameraman, tah apa gambar tah. Semua dia soh senyumm. Nilah hasil snap Irfan. Comey jugak.
Sebab bibik takde, memang aku coti masak. Malam tu pegi Alamanda, carik makanan ringan. Ringan2 jer kene rm 150. Dasat giler rege barang. Ouchhhh! Ahad, aku bangun sebelum anak2 bangun, salu bangun sesame anak2. Haha.. buatlah rutin2 biase, kan katanya bibik nak blahkan. Kenelah biasakan diri balik. Hukhukhuk..

Basuh2 botol, jerang air, basuh kain, angkat kain, lipat kain, selak kain..upsss…18sx ok.. Abeh satu umah aku kejekan, basuh baju 4 trip, takde sehelai pon yg tinggal. Begitu efisiennya aku!. Abes hanger dalam umah. Penattt. Gi makan kat ayam kampong Bangi, jumpe cik babah, haha. Sama menapau lauk. Osah malas punya binik memasing nak masak. Apa nak buekk. Janji siap jer $$$$.

Kol 3, aku tidokan bambam, harus sekali mama pon hanyuttt. Tetiba irfan interprem mintak susu. Pening2 bangun buat susu. Sambung jap tido, pas tu hujan pulak. Angkat jemuran lak. Weh, pening lagik. Hrmm tak leh titon, terus bukak peti kuarkan ikan buat asam podehhh. Tengah siap2, bambam dah terjaga lak. Soh ain jaga jap, sib baik ada kakak. Sempat masak satu lauk tu jer. Jadik ler.

Kol 5 dah nak gi perangkut puteri2 indon laks. Niat di hati nak singgah jap umah akak Aida a.k.a IBUK AIDA. Nak ngadu nasib yang bakal kehilangan bibik ;p. Sampai sana, kene paksa lak makan. Rezeki tak elok ditolak, tapi kepala ingat asam podeh ikan merah wa. Makan jugaklah. Ni Afra yg lebih kurang kembar bambam. Baju pon TERsama..
Sah balik tu simpan peti jerlah lauk tu. Pas magrib balik ke kat umah, anta bibik achik dulu, pas tu smpi umah. Lega..terus aku bebaring.. nikmatnya, sok lusa dapat lagik ke tidak bebaring sesukahati? Tah2 baring2 kat dapo jerlah aku. Ok jugak kot. Jarang orang buatkan…

Friday, August 14, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Kedatanganmu di nanti, pemergianmu ditangisi..
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Thursday, August 13, 2009

Rindu Itu Memanggil

Balik kerja semalam asben kata nak potong rambut, aku plak nak gi beli botol susu buat Irfan. Ain ketiduran, penat. Terus aku amek bambam sama Irfan keluar senyap2 tanpa kakak. Dalam perjalanan, Irfan buat janji lagi, kata nak potong rambut. Kali ni dia mintak coco crunch sebagai hadiah. *Buleh lak camtu ekk..* Lepas beli botol susu, terus pegi kedai gunting. Hujan lak lebat.

tengok ni abg tak takuttt

Mule2 cik asben potong dulu, dah siap turn irfan lak. Cewah kali ni tunjuk tak gentar. Selamba jerk panjat kerusi dan pose!!.. hahhaa… Dia yang carik fesyen macam mana nak buat. Hoho!

tak sakit pun.. geli jerkk

Aku ngan abahnya sangatlah happy. Dah mule dia berani, agaknya tercabar bile aku salu kata ayell kecik pon berani jer gunting rambut, ni abg irfan dah besar pun penakut..:) Mule2 nampak muka dia macam cuak gak, pas abg mamak tu mule keje, dia ok. Haruslah aku berbanggakan. Barulah buleh buat pesen2, hahaha..
dah siap.. encem tak abg?

Lepas gunting terus mamat kecit tu tuntut hadiah..huhu

dulu

kini dan selamanya

Wednesday, August 12, 2009

Photo Shoot

Today lunch wif my loving laling asben. Tetibe lak dia rindu nak ajak bini dia yang vogue ni (wahh perasan). Pegi makan kat Kg Baru, anak tekak cik abg nak makan Beriani gam kambeng. Aku, makan beriani ayam jer. Takde selera nak mengambeng lak tadik.

Lepas lunch dapat email yg ni. Hasil PS ari tu. Hahaha..




Tuesday, August 11, 2009

Balada Anak Kecil

Ahad sesi dok umah jer. Ain sibuk2 kata nak gi jenjalan. Mana nak pegi, mana nak pegi. Dah ler isu H1N1 tengah meletop, nak keluar ke mana. Nak gi jalan pon malas, nak ajak orang datang pon malas, kekekee.. Tido dan tido sajerk. So ni hasil akak Ain masa dia boring2 kot, hari sabtu masa aku gi sepital agaknya dia buat. Bangun tido agaknya ain terus capai kertas, lukis dan mewarna. Sabtu petang dah dia menampal2 di setiap pintu bilik.

Sunday, August 9, 2009

Carik Kawan

Pagi sabtu bawak adek g inject ~ Chicken pox. Orang ramai seperti biase. Tggu dari kol 11pagi, kol 1.30 baru jumpe doktor. Adek pon sampai naik boring, tp sib baik tak meragam, sempat jumpe kawan lagik.. Dah pandai berkawan dah anak mama nih..muahhhhh







Thursday, August 6, 2009

Transformer- Revenge of the Fallen

Ain semalam kata kene inject kat sekolah. Inject yang darjah 1 tu. Dua2 belah tangan dia kene. Aku tanya dia nangis ke tak? Ngan bangga kata tak nangis. Tahan jer sakit tu. Eh, memang kene 2 belah ker? Macam kesian jer, sakit woo.. sengal2 tuu. Lepas mandi terus dia makan malam, pastu doctor soh makan ubat.

Doktor bagi paracetamol yang pil punya. Ada ka patut.. Manalah budak tu reti telan. Lepas makan nasik Ain pon nak coba makan ubat tu, sekali tak buleh telan. Nangis2. Kekeke..lawak jer.

Kol 8 aku tengok Ain dah selamat berlayar. Rase badan macam panas2 sikit, hrmm sebab inject tulah kot. Kol 9 aku kejutkan Ain, makan ubat demam syrup punya. Then, sebab letih sangat aku masuk tido jam 10. Awal giler. Irfan macam bengang jer masuk tido awal, kejap nak tido mama, kejap ketok pintu soh cium2 dia, jap soh salam dia, jap salam mama. Ish macam2.. baru nak lelap dah dia ketok bilik balik. Sabar jerlah.

Pagi ni terlewat sikit bangun. Huhu. Terus tengok Ain. Panas dah hilang, dia kata bekas inject tu still bengkak lagik. Kene jugaklah pegi sekolah, hari ni ujian belom abes lagik. Tengok dia ok jer tu, oklah tu kan..
Hrmm lagi..4/8 ari tu hari jadik Aqil, hero ke 2 achik. Masa 3hb ari tu jumpe dia kat depan sekolah agama. Happy je dia. Nampak jer kami terus datang salam2. Cik Abg (uncle) tanyalah dia.

Uncle : Aqil, apahal ni, nampak happy jer?
Aqil : tak de apa…(sambil muke macam fikir jer)

Kami pon salam2 lah Ain..nak g kerja dah.

Aqil : Uncle, ada….(pasal happy tu)
Uncle : ha, apa?
Aqil : Esok hari jadik Aqil..

Sabar jerlah..dah siap hint2 kat uncle sama ucu, hehehe. Rentetan peristiwa tu, malam 4hb tu jumpe lagik kat umah dia, amek ain kat umah achik, sebab babahnya tolong jemput ain sekali.

Uncle : Happy besday, aqil..Aqil nak hadiah apa?
Aqil : tak taulah..apa2 jerlah..
Uncle: Pikir dulu, sok bagi bagitau uncle yea.


Sok pagi jumpe kat sekolah, terus dia datang kat kami.

Aqil : uncle, dah pikir dah..
Uncle : nak apa?
Aqil : Nak robot..transformer yg optimus…. (dia sebut, aku tak tau apa tah..)

Semalam pusing kat Isetan tak jumpe, semua robot laris dipasaran, tinggal robot yang tak best jer. Muke pon tak cantek. Hahahah. Mesti aqil tertunggu2 manalah hadiah ni. Sabarlah aqil yer. Nanti ucu carik lagik.

Wednesday, August 5, 2009

Duka Lara Nestapa

Anak semua aku dah update kat dorang kata nanti tahun depan, kalau tak jumpe gak bibik lain duduk jer nursery. Semalam jugak lepas balik kerja abg irfan dah mintak nak gi school..poyo jer.. hahaha. Agaknya bibik pon dah cakap kat dia kot.*betol nak balik, bibik ni! nekad ke tu?..* Balik keje jer Irfan ala2 manja mintak beg nak gi school. Selama ni kalau sebut school punyalah fobia. Terus jerit tak mauuu..

Lepas maghrib anta ain kelas smart reader dia. Nak bayau yuran bulan Ogos sekali. Aku naik sama Irfan sekali. Nak tanya performance ain sekali macam mana. Masa aku tgh borak2 sama teacher Ain, Irfan dah selamat duduk kat dalam kelas sama Ain. Beriya nak school nihh. Dah nak gerak, aku masuk kelas nak amek abg irfan, terus mamat tu tak moh kuar, nak school dia jerit, wakakaka. Bikin lawak jer Irfan.

Pastu, aku, cik abg gerak ke Bintang, nak beli barang2 dapo. Adek pon ikut gak. Abg Irfan ni macam kene cukai jer kalau bawak jalan, nak mintak meynan. Malas nak layan dah. Balik tu dia dah nangis2, nak jugak. Aku masuk kedai yang berdekatan, beli beg sekolah. Terus ceria... Pagi tadi, aku tipon Ain sebelum dia gi sekolah.

Ain : Mama balik awal hari ni tau.
Mama : naper?
Ain : Mama terus amek Ain, pastu kita terus gi daftar kat nursery PASTI kat umah achik tu tau..aina pon sekali dok sana.
Mama : Wehh..lambat lagiklah bibik nak balik..
Ain : alah tak pelah..bialah ipan sekolah sama aina, nanti dia pandai baca doa2..mama pon tak payah dah bayar duit van sekolah ain dah..ain jalan kaki jer g sekolah, kan dekat jer...
Mama : *tergelak2 rase nak tergolek kat opis*

Sempat lak planning anak dara aku ni. Tulahkan..bile dah share kat anak2 awal, dorang pon dah ada planning sendiri. Tak tau hati mama dia ni risau bagai nak rak. Camnerlah nak atur masa nak hangkut 3 org pepagi anta nursery, pastu patah balik naik motor, sempat ke sampai opis sebelum 8am. Hai..entahlah.. malas nak pikir lagik sebenarnya... tapi kene jugak pikir... huaaaaaa.. sedihnya...

Tuesday, August 4, 2009

Pinggan Tak Retak

Semalam lunch sama achik. Ada citer sensasi. Ahad lepas achik ada sesi "mari bersembang sama bibik." So bibik achik sudah terpecah rahsia, kata bibik aku tak moh sambung kontrak lagi. Kontrak dia 2 tahun jer. Memang kontrak yang dipersetujui bersama ialah selama 2 tahun, kalau lebih tu kira bonus untuk akulah.

Terus terkedu aku nak makan, KFC ku makan rase kesat kat tekak kauuu. Tapi lapau nyer pasal, licin jugak! Pahal lak kesah bibik aku lak yang hilang selera kan. Oh no! Sebelum ni dia memang plan nak sambung, nak coti pada tahun 2010 lah kononnya. So malam tadi aku saja serkap jarang. Tak sangka bibik kata nak balik, mak soh balik. Rasenya dia dah plan sama sepupu dia yang di Kepong tu kot, masuk sesama, balik sesama.. atau keje sesama, tak de duit sesama? Iyolah tuuuu..

Apa pon aku kene buat plan dari sekarang, sama ada nak carik bibik lain (risikoooo) or hantar je anak2 ku ke taska (risiko jugakkkk). Apa2 saje keputusan bibik aku terpakse terima. Dia pon takde langgar kontrak ngan aku. Datang secara baik, pergi secara baik. Aku tak halau, kalau dia nak sambung aku ok jer. Semua pada dia. Lepas raya ni aku soh dia bagi keputusan. Nak booking tiket kenelah cepat, kang lambat nanti tak available susah.

Kata2 semangat yang diterima pagi ni.
1) Jgn risau ye, pasti ade jln. Kite kan org baik. InsyaAllah. Kita doa semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin. ~Fidah
2) Iyelah, bak kata pepatah: pinggan tak retak, nasik tak dingin, orang tak hendak, haku pun tak hingin, kekeke. Ada le tu kena racun sama sepupu dia tu. Dio tu dah tuo pun, masih ikot telunjuk emak ke. Nih mesti ada plan tersendiri nih. ~ manager blog

Monday, August 3, 2009

Nian di Hati

Dah lama aku tak upps blog. Jumaat malam, ada kenduri kat umah my best friend, Suhaila Sulaiman. Adek perempuannya kawen. Balik keje aku terus hangkut anak2 dulu, pas magrib terus ke Ampang. Sabtu tak dapat pegi kenduri 'betol' adek Sela tu. Ada kenduri sepupu cik abg kat Pasoh.
Aku tak pernah sampai ke Pasoh, so terase jauh lah nau kononnya. Jalan macam ulau. Pening kepala aku. Dalam Negeri Sembilan lah jugak, kawasan Felcra. Sabtu petang akad nikahnya. Tak perasan nikahnya.. bising anak ku si Irfan tu, hehe. Selesai majlis, upacara menjamu selera. Food Negeri sembilan, Ayam Masak Lomak Cili Api, berasapppp.

Opss..anak2 dah tak terkawal, masa nak gerak pon Irfan dah sibuk naik kete Pakcunya. Dah bergeng sama Adam. Sampai sana jumpe lagik sepupu2 lain. Nak bagi makan pon susah. Ain dah besar, tau bawak diri, mantain cun. Bambam seperti biase, makannnnn.
Ahad, kenduri besar. Kami bertolak dekat kol 12, sampai ngam2 pengantin tengah berarak. Cuaca panas tuuuu.. Sesi bersanding. Aku ngan cik abg dah pegi ke khemah makan. Jamu selera. Lapauuu.. Kol 3, majlis dah berkemas. Sebab pakai jalan utama, tu yang sekejap jer tuh, tapi khemah kat dalam kawasan ada lagiklah.
Lepas makan, terus zazzz ke umah mak pengantin lelaki (makcik cik abg). Singgah lepak2 jap. Minum petang. Malam lepas maghrib dah nak balik ke Kajang. Ain, isnin ada periksa sekolah agama lak. Kaler pensil dah kontot2 katanya. Masuk highway, tengok kete punyalah bersusun. Mintak2 sempatlah ke kedai buku. Sampai kajang kol 9 lebih. Punyalah lama dari Seremban ke Kajang. Sabar jer lah. Ain gi beli ngan abah, aku ke Mydin nak beli susu Irfan. Pastu gi makan kat Warung Dusun. Tunggu makan.. lambat jugak. Ramainya orang! huk huk.. Adek bambam dah tak sabau nak makannn..