KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Tuesday, September 29, 2009

Doa dan Harapan


“Ya Allah berikan lah daku anak yang baik dan soleh. Murahkan rezeki mereka. Permudahkan jodoh mereka. Jodohkan mereka dengan orang2 yang soleh. Lindungi mereka dari perkara2 yang tidak baik dan fitnah dunia akhir zaman. Amin..”

Aku risau tengok budak zaman sekarang ni. Macam2 citer ada, serem aku dengar. Zaman dah berubah. Sekarang lebih mencabar. Anak-anak terdedah dengan seribu macam kelalaian dunia. Marilah sama berdoa utk kebaikan anak-anak kita menempoh zaman penuh dugaan ini.

Apa yang aku beri pada anak-anak? Pelajaran. Wang ringgt jer tak cukup. Apa2 pon tetap agama no 1. Biarlah anak2ku start sekolah tadika Islam. At least dapat dia baca fatihah, ayat kursi, doa masuk tido, doa masuk tandas, doa kuar tandas. Time ain dulu, secara tak langsung, aku pon buleh refresh doa yang tak terbuat. Doa masuk tandas..i lupe u..auww

Masa ain mula sekolah agama dulu, rase macam kesian dia sekolah sehari suntuk. Pada aku, biarkanlah. Dari dia dok mengadap tv 24jam, baiklah pegi sekolah agama. Ada manfaat jugak. Now dah nampak sikit, dah buleh baca jawi, bahasa arab. Sok2 ada jugak anak-anak nak doakan mama sama abah bile dah takde kat dunia ni. InsyaAllah.

Lelain tu akan datang kemudian. Tuisyen dah banyak, sedia jer RM setiap bulan.

Monday, September 28, 2009

Seminggu Sudah Berlalu..

Raya dah pon seminggu berlalu. Sekejapan jer, coti pon tak terasa dah abes. Raya ke dua balik pilah, Raya ke 3 jenjalan kat seremban, malam tu dah balik Kajang. Raya ke empat, raya kajang, raya ke 5 pegi melaka anta joe bertunang, jumaat raya umah mak ngah, sabtu g open house, ahad kenduri kat paroi lak...Senin??? KEJE...huhu....keje sudah menanti!!!

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga.

RiZaL RiZaM AbD RaZaK

ShAzRiNi AhMaD

NuRaiN bAtRisYiA

iRfAn HaFiY

NuR aInA aMaNdA



Saturday, September 19, 2009

Balik kampung O'ho ho Balik Kampung

Alhamdullilah sekarang dah sampai dah "kampung" cik abg aku. Tengah malam tadik sampai. Orang balik jauh2, Kedah, Pahang, aku? seremban jaya jerkkk...hahaa..ok lah kan..ada gak kampungnya..

Bertolak smlm lepas buke pose, hujan lak renyai2. Singgah umah emak jap. Mintak ampun mintak maaf jap kat ibu terchenta. Selesai, bertolak lah kami ke tempat di tuju. Dalam kete cik abg bagitau, nak singgah umah mak tam. Cik Abg ada beli stok bunga api..wah, ala2 meriah gitukk. Plus hiway padat katanya, so lalu kat hiway Lekas. Sempena namanya Lekas, mmg amat lekas lah kami sampai.
Sampai2 terus lah dorang main bunga api, Ifran, terkujat dengar ada bunyik mercun. Kocut t*l*r kah anak den tuh? Puaslah dipujuk oleh unclenya.. Nangesss.. terus posing diam2 dalam umah, sembang2 sama Uwan Tam sama Atok Tamnya.. Adek, ok jer, tak notty, mamam alwaysss.

Lama jugaklah melepak kat umah mak tam tu, dah lama tak jumpe, sonok lak sembang2, ngumpat2 dan sebagainya... ;) opsss!! Balik kol 1 pagi dr umah mak tam. Semua dah ngantuk2. Adek dah lentok dalam kete. Sampai umah mertuaku 15min lps tu. Ingat semua nak titon dah, takkk jugak..main lak lagi..kene paksa bergelap barulah nak tido..Pagi ni ngan aku2 dah tak terbangun sahur. Sib baik malam tadik dah kenyang makan mee goreng kat umah mak tam..
Hari ni pose last, pas tu raya..sedih lak tinggal kan ramadhan..sempat lagik ke pose tahun depan??..Yang bestnya tahun ni tinggal pose sikit jerk, tak delah huru hara nak mengganti nanti.

Ok, apa2 pun kami ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir & Batin. Oh ya..jap gi cik abg nak buat lomang kat umah mak tam..nilah buat pertama2 kalinya nak makan lemang cap tangan laki sendirik, selama 8 tahun kawen ni...salu beli lemang tunjuk, rendang tunjuk, kuih tunjuk..harap2 menjadiklah hendaknya
projek lemangnya sama Deli nanti!

Tuesday, September 15, 2009

Mood Raya Kembali!

Tinggal 3 hari lagik nak raya, insyaallah. Apa lagik yg belum settle?

Baju raya – tahun ni macam terkocoh2 beli kain, sampai tailor yang biase dah tak amek tempahan. Dapat siap 2 pasang jer, tu pon tailor bidan terjun. Lagi pon bukannya orang pasan ke tidak baju lain tu baju opis ke hapa..bedal jer. Syukur jer dah ada 2. Tudung pon dah dapat semalam. Cargas aku ke Jln TAR yang sesak nak gile tu.

Kuih raya – Tahun ni order paling minimum yang pernah aku buat. 2 jenis biskut raya, 2 kerepek. Balang pon ada 4 jer, 2 dah pecah. Tahun ni tak mau beli. So cukup lah tu..kalu orang datang buatlah char kueh tiaw udah…*skang macam giler masak char kueh tiaw..so nilah menu berbuke jap g..*

Kelengkapan rumah – Tahun lepas dah sengkek make-up umah, tahun ni macam tak de apa nak touch up apa. Redha jerlah apa yang ada, walau poonnnnn, hukhukhuk. Beli lampu lip lap jerlah kekdahnya.. encem sikit umah tu kan.

Langsir – Dah siap basuh, dah gantung. Tak beli baru pon. Pakai lah sampai sapolohh taun gitu. Kata riban2 kuar duit beli langsir, lenjan kasik hancur ler..

Ni yang last dan amat berat…

Duit raya – Stok ujung2 last minute nanti baru tukau.. ke takyah bagikkk?? kekeke...

Monday, September 14, 2009

Happy Besday To Me

Sabtu..My besday. Happy besday to me. Kejap jer dah 30an. Dah kene tukar pencuci muke kena carik yg anti aging, huhu. Pagi tu dapat Surat dari akak Ain. Dia buat sendiri. Sila tengok. So sweet,kan? Walaupon murah, yg penting ingatan ain pada mama tetap utuh!!!
Ni sampulnya..

Isi kandungan surat. Sila abaikan kesalahan grammer dia..
(ain budak baru belajar)


Tengok bawah…apa catatannya...

Mama luvs u too Ain..

Sangat aku tersentuh bile dapat surat ni sehingga merembes air mata di pagi hari jadi ku. Irfan pulak, tepat kol 12mlm, ketuk pintu bilik mama dan nyanyi lagu hepi besday versi pelat (inisiatif dari abahnya)..

To anak2 mama..mama cayanggggg sangat semua

Tengahari tu pegi KLCC beli kasut budak2, punyalah ramai orang. Kasut adek jer yg tak dapat, tak de saiz. Lepas berbuke kat keramat, terus cabut ke Garden carik kasut adek, sib baik ada saiz, terus hangkut. Pandai memilih lak dak cuk mama ni..putih2 tak mau, nak yg kaler2..baru meriah yek dek.

Friday, September 11, 2009

Tanya Sama Itu Hud-hud

Wah..kejap jer dah hari ke 21 kita berpuase. Pejam celik dah 21 hari bangun sahur. Rase macam baru jer. So, persiapan camner? Aku macam biase jer. Mujurlah aku proactive, beli baju raya anak2 dari awal hujung bulan 7 lagik. Yelah kan dah 3 kan. Jenoh tau nak beli. Baju budak bukan murah, baju mak budak jer yg murah2 tau.

Tapi macam rase tak meriah jer tahun ni. Entahlah apasal. Tak de feeling nak beraya. Rase sama je, raya tak raya. Baju budak2 pon belum mencapai sasaran. Tahun lepas selamat 10 helai sorang, tahun ni baru ada 6 helai. Tahun lepas rezeki murah, belilah lebih, tahun ni rezeki mahal lak, tak leh nak beli banyak.

Nak citer jugak, tahun lepas bonos banyak, tahun ni ciput jer. Ala2 celah gigi gituh. Nak buat camnerkan. Er, tahun lepas cik abg takde bonos, Pandai2 aku settlekan anak2. Tahun ni, dengarnya cik abg dapat. So nak amek kesempatan lah ni..

Bang, list yang tak settle lagik : kasut budak, suar jeans sehelai 2, baju tido, kalu murah hati, belilah sehelai dua lagik baju raya dorang *klu tak keberatan* hehehe.. Untuk mama, takperrrrlah..(senduuu)..kalu baik hati, hulurlah sikit..

Raya tahun ni kat Seremban. Ikut turn kaedahnya. Tapi kali ni hari raya ke 4, “dek Joe” bertunang. Semalam cik abg kata nak balik seremban hari jumaat tu. So mari kita kira, Jumaat sampai khamis, dah dekat seminggu. Waaa..sian I… Nak jugak beraya sama emak. Walopun umah mak sepelaung jer, tapi kan hari raya. Kan? Kan? Abg pon salu kata tak kesah nak raya memana. Tapi nampak cam kesah jer? Iye ke bangggg??? Apa kata raya ke 2 or ke 3 kita balik kajang, pas tu raya ke 4 terus ke Melaka. Pas tu abg nak balik lagik semban semula pon I relaaa… Amacam bang???

Eh sessi luahan hati lak. Jan mare ye abg. Abgkan suami mithali. Kene adil dan saksama. Ok..macamlah tak buleh cakap sambil urut2 memalam kan. Tak nak, nanti spoil mood. Harap abg baca kat sini jerk. Opss, tak lupe, Selamat hari raya maappp zahir dan batin. Luv u, muah2..

Thursday, September 10, 2009

Cintaku Tertinggal di Hotel Nikko

Semalam…(asek word ni jerkan..) ok..semalam kan weolls buke pose kat hotel Nikko. Ada kontraktor belanja. Maceh yea Atuk..uppsss Datuk! Aku bawak satu family plus Kak Yus a.k.a Mak Lang Yus.
Aku balik rumah amek budak2 dulu, bibik tak moh ikut, nak buke sorang2 kat umah. Kitorang sampai kat hotel Nikko kol 7. Siap tersilap masuk ballroom lain. Buat malu kompeni jerk. Wakaka..
Berangan nak join group datuk dan datin konon. Tu yang sampai tersilap masuk ke Ballroom yang penuh dengan datuk dan datin2 sekalian alam. Wahhhh, apakah cik abg aku akan jadik Datuk di kemudian hari??? Atok mebi la kot… huhu
Ini first time kak yus berjumpe dengan bambam. Salu tu tengok2 gamber jer. Tulah sapa soh taknak datang umah. Siap bagi present baju raya kat bambam, projek 2 helai jer? Kata projek 40 helai. Demand lah pulaks..ahakks.
Seb baik adek bambam baeek jer, tak noty pon. Dia tunggu jer food disuapkan ke mulut. Ayat dia paling glemer, "Nak!! Nak!!" Masa sampai, meja-meja banyak dah fenuh, terpaksalah weolls dok semeja ngan anak2 dara kat opis ni. Eh..aku pon anak dara jugak apaaa..*mak dara perasannn*
Abg ipan dilayan dengan penuh mesra oleh sekelian anak2 dara tu, terus la ipan tunjuk macho. Tak moh makan sampai kesudah. Adek bambam riang ria jer, ke sana ke mari menegur orang. Sama mak lang yus pon tak takut. Macam sherashi jer.. bile lagik tu?? wakakakakakkaa

Wednesday, September 9, 2009

Sessi Meroyan

Ain tengahari col kata tingin nak makan Nugget. Mintak belikan petang nanti.Sampai umah, adek sambut ngan tidak cerianya. Muke mashamm jer. Bile tegur dia nangis. Pahal lak ni.. Tak sempat aku letak beg, terus dengar dia uwekkkk. Adek muntah, tak lama pas tu Abg Ipan lak berhamburan. Abes sofa aku!..Ish mule aku cuak. Apahal lak ni. Salah makan ker.

Lepas sorang, sorang muntah. Apa yg dorang makan ni. Bibik kata tadik pagi ok jer, ni sejak bangun tido petang ni lain macam jer. Aku balik keje dorang terus muntah berlahak semua. Paling teruk irfanlah. Dah sampai kuar air hijau buih2 jer. Dah lembik aku tengok. Dah dekat 10 kali dah muntahnya. Belum sempat bersihkan kat sini, kat sana dia muntah. Baju dah berhelai2 salin.
Tak buleh jadik ni, kene gi klinik. On the way tu pon, aina muntah lagi. Abg Irfan, akak dia jagakan. Bibik aku soh duduk umah jer bersih2kan umah sama standby untuk berbuke. Sib baik kat klinik ada doctor, takde patient lain. Tengah daftar tu pon membuak lagik.

Doktor cume bagi ubat tahan muntah jer, sbb tak de pon tanda ceri beri (amek ayat nina buleh?). Aku pon okay jer, sbb takyah bagi ubat yang bukan2. Buat pening kepala jer, budak pon tension nak makan. Kena baikkan muntah dulu. Kalu berlarutan malam tu, sah lah kene masuk sepital. Abg Irfan dah pucatttt sgt mukenya. Mulut dah putih. Adek dah macam nak purple (bak kata kakak Ain). Sian sangat tengok. Dalam hati berdebar jantung, semua rase tak sedap jer. Alah jgnlah sampai kena warded. Mak tak relaaaa… kuar bilik doctor, muntah lagik.. Haru betol tau!

Sampai umah, terus bagi makan ubat, muntah lagik..adek selamat masuk ubat, Irfan repeat sekali lagik. Bentang toto kat depan soh dorang baring. Umah pon macam bau tak besh jer. Irfan tertido pas minum 100plus, adek leka minum 100plus.

Kol 9, abg Irfan bangun, tengok mulut dah merah2 balik, dah buleh dah duduk2. Lega kepala lulut mama. Adek? dah selamat dah.. Sibuk makan buah tadik. Lagilah lega perut mama. Aduhai lega sesangat!

Kesimpulannya? Rase sebab salah makan kot. Makan apa yek? nak kata keropok bantal, aku pon makan kelmarin, ain pon sama..tp ok jer.. Rase mesti pasal benda yang sama dorang makan. Makanan pagi or tengahhari. Lauk masak kicap tu ker? Cik abg “cube try test” masa berbuke. Malam tu dia sakit perut ceri beri n rase nak muntah. Iyelah kot. Sebab kicap tu aku tgk bibik tak tutup penutup dia. Tah2 dah msk telur lalat dalam tu, pas tu dia buat masak kicap lak. Wehhhhhh..nak marah pon tak gune, terus campak jer sebotol. Dah penat dah cakap kat dia, basuh, pas tu simpan ler dalam peti. Tak jugak buat. At least tutuplah kicap tu, ni terbukakkkk jer sepanjang masa, aku ternampak, bulehlah tutup. Gituklah kan org dah takde hati, ingat boypren kot. Kene kat org lain tak per, ni kene kat budak2. Sian sgt.

Eh, sebenarnya malas ler nak citer pasal bibik ni, buat sakit jer rasenya dan dia pon tak mintak pon jadik mcm ni, tapi benda2 ni buleh elak. Lagi pon tak baik kan, dia ok ngan anak2 cume tulah..hai susah nak cakap. Cam ner tuh..aku pon manusia biase, ada jugaklah time meroyan kan, nak nak tengok anak2 yang kena. So meroyan sikit pagi ni kat sini je gamaknya..cube gaklah, tak moh cerita2 lagik..cube, cube, try..ok..chow

Tuesday, September 8, 2009

Semangat Yang Hilang


Weyyy apahal ni…kebuhsanan tahap cipan mabuk!!
Kerja melambak, tapi semangat lak hilang.
Mana dia larik ni…mari balik sini meh…
Rase nak…tidddoooooo…………

Monday, September 7, 2009

Masak Apa Ek?

Masak apa ni jap g?
Kari ayam, kangkung goreng
Ikan goreng cicah sos (irfan sama ain suke- berebut2 mkn)
Sambal bilis kering.
Sambal jugakkkk

Settle bab buke..
Bab sahur lak…nasik goreng lagik????
Tadi pagi bibik buat nasik goreng, sedaplah jugak, tapi kan macam tak kenan, banyak minyak.
Fail lah tekak nak makan. Tapi sebab malas nak tegur makanlah jugak.
Nak masak sendiri malas. Hentam jerlah makan.

All About My Bambam

Ngantuk giler pagi nih. Ni semua gara2 adek tau. Smlm kol 10 malam dia dah selamat tido. Tapi dalam kol 11 dia buat skill…..

Opss nak citer jugak.. semalam waktu siang, bibik nak tidokan dia, tapi misinya tak berjaya, adek nangis nak kuar buai. Carik mama jugak. Bestnyalah time tu..ha baru tau si bibik..ingt adek asek nak cium ketiak dia jer. Buat susu, adek terus carik mama jugak. Ketiak mama lg mabeles tau. Tengahari tu macam tak de masalah tido lah dia. Aku masukkan dalam buai, dodoi2 jap jer dah lena.
Dah kol 2pm, bangun..makan, pas tu main..mata mama lak ngantuk, lelap lite2 jer. Adek ni dah pandai memanjat lak..ikut aksi lagak ngeri Abg Irfan dia. Ade sekali tu, aku terjaga, tengok2 dia tengah berdiri atas sofa, posing ala2 nak terjun kepala dulu, adui haiii nak guguqqq jantung ni. Carik pasal jer kang nak raya ni. Kol 4 lebih, adek buat “kueh” lak. Terus mandi kan jer, samalah sibuk ngan abg irfan. Nak mandi sama adek. Hari coti semua mama jerlah..susu pon mama, mandi pon mama, tido pon mama..bibik? terkulat2 jer tengok.. dalam hati dia jerit gumbiraaa!??? Yehaaa..kakak ain coti2 ujung minggu kat umah Mak Ngah dia.

Lepas mandi, adek pimpin tangan nak masuk buai. Mcm baru jer perasan kepandaian ni, berbuai, terus hanyut. Mama nak hanyut, dah nak petang, kene masak lak. Masa dia tido nilah aku masak jap. Masak sempoi2 jer..bebalik sambal. Boring jer. Tp tu jer yang buleh buke tekak. Buat jerlah. Masak Cili Bawal, Sayur kacang panjang. Lepas masak nak p beli kay epp cee, cik abg ngidam ngan amek kakak kat umah Achik, posting kat umah achik lak dia.

Lepas2 berbuke, kakak Ain ajak lak main congkak. Layan kan jugak. Mata dah nak terkatupp jer ni, perut dah buntat. Kol 10, adek dah ngamuk2 nak tido. Dah selamat tido, aman sikit negara. Lepak2 jap, abg irfan lak nak nasik pulak, tp mcm sedih jer, kata “nasik lauk kicap je maaa..nak suap sendirik.” Dah makan semua, ain dah masuk bilik, irfan pun join akak.

Barulah mama nak merebahkan badan, dan danler adek lak terjaga, terus segar bugar mata tak moh titon lagik. Kol 11, kol 12..sabar lagik..kol 1, temper dah naik sikit..kol 1.30..hangin..soh cik abg lak tengok..cik abg siaplah dia bentang tilam kat bawah nak tgk adek sambil baring kekdahnya. Tak jugak tido..main lak air panas, minum air suam. Aku? Lite2 jer tidonya..bagilah cik abg tu keje sikitkan.

Dah buhsan, adek kuar bilik g bilik bibik, ketuk2 pintu. Sabar jerlah..jap g terus mama jadik tarzan kang. Malam2 memang mama garang ni, nak2 tengok jam dah kol 2.30am dah..agaknya tak selesa baju kot, aku dah tukar, tak jugak tidonya, kembung ke? Dah sapu dah minyak Yuyi kat perut, pinggang, kaki2. Belakang tinge jer tak taruk. (ni teknik mama) klu tak leh tido, letak minyak angin belakang tinga, barulah nyaman leh tido..
Pastu try lak bagi dengar lagu kat HP, dia layan lah lagu Putuskan saja pacarmu. Layan sampai nak abes bateri tak tido2 lagik. Tengok2 dah kol 3 pagi, tak buleh jadik ni..kepit jugak budak nih tau..tak tau kol bape dia tido, aku sedar2 bibik dah colling2 depan pintu dah kol 5.15am, kejut sahur..

Ketat sungguh mata ni. Makan nasik goreng seciput, kurma, air suam terus sambung boooom..makanan tak turun lagik, tak baik org kata, tapi aku tak peduli. Mata aku lagik penting, kang pagi nak merempit. Kena angin2 pagi kang mau layu atas moto..layu jer tak per, kang tercicir lak kang..

Saturday, September 5, 2009

Pneumococcal ~ Part 2

Pagi ni, menyetelkan project injection adek bambam. 2nd dose utk cocoal tu. Cepat abes, lagi bagus..rebass RM.. Anta kak Ain kat umah achik. mintak tolong antakan sekali english class dia.

Smpi sepital terus g naik tingkat 1, sib baik tak baper ramai orang. G soping kot org2 lain tu. Sampai turn, adek masuk sendiri. Tau pulak tu nama dia. Timbang berat, estimate 11kg jer, last month 10.9kg. Konon2 tak naiklah kot beratnya tu. Sekali, umanggg aii dah 11.4kg. tinggi 80cm.

Alhamdullilah, semua sihat. Tak kesahlah berat tu, janji tak obess sudah. Dorang ni mmg, kecit kemain buntat, dah besar, keding jerlah tu..tgk si Abg Ipan..sama naik kecik2. Tp yg maintain kurus, akak Ain ler. Stok model jer, kesian..takpe, janji sihat! Yang fentingggg..kan. Kali ni adek nangis lak time kene inject, salu mcm takde perasaan jer. Pas inject tu dia tenung jer muke doktor tu. Pelik agaknya, asal jumpe, kene inject. Bulan depan last inject dah dek!.

Kat sepital achik sms nak ajak buka sama kat umah emak. Ok jugaklah, since dah kehabisan idea nak masak apa. Aku booking nak bawak sup tulang jer, beli jer jap g. Malas nak masak. Hari ni berbaring jer dari balik sepital smpi petang. bestnya...hollllaaaa..



Sedih, lps kene inject.

Wednesday, September 2, 2009

Ranjau Sepanjang Jalan

Minggu lepas turn bukak pose kat umah emak cik abg. Mertua akulah.. senang citer. Balik sabtu, plan nak buat soto untuk buke pose. Tengah hari, saja jer achik nak meracun col kata dia nak buke umah mak. Pastu punyalah nak meracun supaya aku teruja, dia kata dia belikan baju kat abg Irfan. Weh..tak sabau nok nak tengok.

Macamlah takde teknologi canggih yang lain kan, haha. Kata nak meracun, gitulah. Achik nak soh tgk secara live! Tak dapeklah nak tengok sampai lah ni. Belum jugak lagik si achik bagi kat aku baju tu tau.

Sabtu tu, sampai je kat umah mertua, aku teruslah jadik the iron chef. Masak soto. Berpeluh gaklah mambuatnya, sib baik mendapat kerjasama yang jitu dari ipar ku, dan jugak bibikku. Kira sabtu tu sibuk dok dapo jerlah. Tak g memana. Jalan pon jem gak kat seremban tu, orang sibuk soping kot.

Ahad, posing kat umah jer. Dah tengahari barulah paksa gak cik abg kuar umah. Round situ jer. Bambam macam moody jerk. Tak cukup tido agaknya. Buai karen dia tak bawak. Malas nak perangkut, dah le bonet kecik. Klu umah buleh lipat2 kan best. Mmg aku lipat nyer, bawak sekali. Senang. Adek tido sekejapan jer, balik round2 tu bagi makan. Agaknya sebab makan lambat kot, tu yang hangin jer si kecit tu. Kalu kat umah, dah selamat dah perut dia yg gendut tu kenyang. Petang, Irfan dah membuas sama Adam, biaselah dorang tu, kalau tak jumpe asek menyebut2, kalau dah jumpe, 4 jam, mule lah dengar pekikan. Salu irfan lah yang tukang pekik. Senjata dia tu, kakaka. Sabar jelah. Budak2 memang gitu..

Bukak pose macam biase, tapi adek masih moody lagik. Sian lak dia, tapi mama isik dulu perutnya. Tak kira.. lapauu.. Pas makan aku dukunglah adek, tetibe jer membuak2 muntah. Apesal tah. Terlebih makan ke masuk angin, tak pastilah. Dua kali jadiknya. Pastu tengok dia macam ngantuk nyer. Berbuai jap. Tido sikijap, barang sejam jerk. Pas tu bangun dengan cerianya. Lega hati aku. Malam tu bertolak balik ke Kajang, ngan harapan nak tengok bunga api kat Putrajaya, tunggu punya tunggu, tak de pung. Buat penat jer. Tak pelah, balik ngan kehampaan..

Nak wish jugak sempena 31hb ari tu, kepada kak yus a.k.a kak darling, Happy besday, semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki ekk. Kalau dah dapat title datin nanti jangan lah lupe lak ngan I ni…kann, eh jap dah adak calon datuk kah? muahhh3x..

Senin, kol 11 lebih, adek bangun terus tunjuk dapo. Tanya nak susu ke, dia geleng kepala, tunjuk periuk nasik. Lapauuu… Makan ngan gumbiranya. Kenyang perut suke hati, ceria hari Isnin. Aku amek kesempatan tukar2 langsir, nak basuh. Tahun ni tak de budget lak nak ganti baru. Lagi pun baru jer tahun lepas tukar langsir bagai, harus pakai sampai reput ok..

Senin buke pose kat umah mak aku lak. Aku bawak rendang sama sambal kerang bagi meringankan kerja emak. Emak buat mee, sama bubur nasik. Ain suke, abes sambal kerang sama bubur. Licin..