KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Thursday, October 29, 2009

o'owwhhhh

Pagi. letih giler..bangun gaklah, tingat tak de coti. Lagi pon committed kejalah kununnn. Bersiap ala kadar jer. Antar ain, jumpe tokwan tengah melepak beli sarapan buat atok terchenta.Terus jer tokwan datang dekat, bgtau berita sedey merangkap, terkujat. Mentee abg ai yg dok ostolia kene strok.

Dalam kol 11 pagi kot, mak ngah lak tipon update kata dah ninggal dah.. Innallilahwainnalillahhirojiun..daripadaNYA kita dtg, kepadaNYA kita kembali..agak terperanjat gaklah, hari ahad baru datang umah mak, ziarah mak, sekali hari khamis dapat berita sedih. Lagi sedih dah tentu akak ipau ai..mau rase nak terbang sendiri smpi Msia. Dorang dijangka balik terus sini bulan dec ni. Ai lak tadik terus lah amek EL wpon dah sekerat hari keje, kata nak ziarahkan..sekali dah smpi bangi kol 1 gitu, mak ngah kata jenazah dah otw balik Ipoh. So klu ke Ipoh, dah kol bape lak..takperlah dah tersurat cenggitu.. AL FATIHAH kepada arwah SHAMSIAH (eh betol ke??) sukehati jer?? confident betol..

Dah tak jadik tu, kenelah buat2 kerja2 tertunda iaitu : a) beli tiket bibik b) beli barang2 anak. Lepas makan terus zaazzz balik umah. Balik2 jer, terus darah naik ngan bibik. Elok je melepak kat depan umah berborak sambil menggendong adek yg tido berpeloh poloh sambil cium celah ketiak dioo. bule??? Abg Ipan landing baekk kat lantai..wahhh.. Emo jap, terus hangkut anak2 bawak sekali kuar umah.

Kerja A settle, Kerja B pulak. G Alamanda. Tak de apa yg menarik. *sbb sen kering*. capai2 susu, pamper utk baby dan baby tua. Ish bilelah abg pan tak pki pamper malam ni...pas tu terus balik umah..kaki dah krem2. Penat berjalan. Akak ain pon dah tunggu kat umah. mesti tension kene tinggal. hehe
Masuk umah tengok2 umah dah siap kemas, turun sikit suhu ai..klu tak, muncong sedepa lah ai. :> Nak buat cam no.. dah nak balik dah..sabar yea shazzz!

buruk giloss..hahaha!

Tuesday, October 27, 2009

Cut Cost!!

Potongggg..!!!
Mulai sekarang kene cut cost apa2 yang perlu.
Kenapa? untuk menjana duit dalam purse ai semula.
tak bulehlah ai berhappy hour bersukeria buat sementara waktu ni...


Sunday, October 25, 2009

Weekend Special

Sabtu adalah hari membeli belah. Beli apa? ikan daa...soping2 kena stop, gaji ai tggl ciput jer. Tulah padah mendapat advance raya. Ai tak mintak, tp company bagi, ai amek..Sabtu juga hari sukan akak ain. Pepagi anta dia pas tu zazz ke pasar kajang.



Tengah hari, pas akak ain balik dr sukan, sesi penghantaran special delivery bibik. Singgah jap umah baru kak aida. Wehh besar umah dio..rase tak moh balik jer, nak angan2 dok sana jer. Nantilah ada duit, ai pon nak beli jugak umah besauuu..

Ahad hari kebersihan umah, kan bibik tade. Baliklah ke rutin asal. Tak leh lah jadik mem hari ni. Pepagi dah kemas2 umah, basuh botol susu, sapu sampah..kain jer tak leh basuh. Paip rosak...tp setelah membuat muke kesian, cik abg ai pon buatlah keje2 bob the buildernya. Dah setel..ai suke, setel keje ai.

adek pon gigih nak tolong kemas umah; gambar hiasan ;)

canggih tak paip ai??? muahaha

Bfast, buat yg simple dimple jer. Hotdog sama omelet. Feeling omputih sikit today. Budak2 pon suke. Abeh 13 ketol uollss.. tamat kesah pagi..

opsss..tadik mak ndak roger, kata dia on the way ke kajang. Ada mee kari.. selamat tengahhari ni, tak yah ai masak2. Pas tu lak, ai nak itut lah cik abg g umah kawan dia. Rase malas lak nak itut. Pas tu nak amek bibik balik sini. Irfan pon dah asek soh amek darik tadik, pahal tah... okeh adek dah hangin..nak makan. So, roger ke umah atok..jalan2 carik makan..arios

Friday, October 23, 2009

Sekadar Di Pinggiran

Mmm apa yek..lama dah tak uppss..sibuk sikit, tak sihat pung sama. Tapi alhamdulillah dah ok dah. Skang ni tahap kebuhsanan melanda. Sbbnya… entah..tp mmg buhsan gilerlah..

Lagi…kerja melambak. Mid year appraisal pon dah kene buat. Sedih lah tgk, tak capai lagik target, camno nak dapat rating 2 ni..fenin2. Takpelah ada lagik 6 bulan utk kejar..fikir, apa inisiatif ni..???Smlm balik umah lepak2 jer sama anak. Adek dah pandai cakap dah. Pandai mintak pegi jenjalan. Tp pelat lah..nak “memen” (rase nak pegi taman or g main2) Klu nmpk mcd, darik jauh dah gumbire, ingat nak pegi memain playground dlm mcd tu..
Irfan, mcm tu gaklah..agak buas sekarang ni. Tp dalam buas tu manja gak..nak dukung lah. Pagi klu terbangun darik tido, seperti biaselah. Mintak chiummm..Petang selasa ari tu, ngamuk nak sekolah. Nak ikut akak dia. Tak sesabau..jaga kang..tahun depan klu tak moh poie sekolah, mama piat tinger..
Kakak, sesekali liat gak nak bangun pagi. Kene tarik jer masuk bilik air. Mana taknya, kadang2 tido kol 8, kol 10 bangun..kol 11 segar lah lagik. Performance ujian fasa 3 mcm dah menurun sikit. Sains lak naik. Kene lah pastikan ujung tahun punya periksa betol. Minggu ni kakak sibuk berlatih Sukan. Giler semangat nak sukan, haha.. Mama dulu stok dok ujung2, panas ..ish malas jer nak masuk sukan tu..hahaha..Minggu ni bibik lak nak coti2. Coti dibulan2 terakhir perkhidmatan dia. Nak dating kot..huhu.. Antar bibik, pas tu singgah jap lah kat umah kawan, Kak Aida. Umah barunya. Ahad, tak de plan lagik, tp kata cik abg ai, nak pegi umah kawan dia..ai tak kesah, follow jer.

Monday, October 19, 2009

Last Kopekk!!

Last kopekkk raya! Tolong jangan pikir "kopek" lain yea! Tadik ada jamuan lagik kat opis. Macam2 ada, sampai sentat lah perut memasing. Mee bandung, nasik ayam, laksa, roti jala, pulut sama kuah durian, eskrem, kuih muih tah apa2 lagiklah..aku pon tak makan sampai semua menu. Giler meletop perut lak malam kang.

Syioklah..meriahhhh



Satu Hari Di Hari Raya

Jumaat adalah hari coti ganti sempena Deepavali. Sonok leh bermalasan2 di rumah. Macam biasa, aku beli barang2 keperluan, ada kawan nak datang Jumaat malam. Ahad lak mertua ai datang..

Tengahari, Ahrolsela yang janji nak datang tu, kata cancel lak. Loh....laki kroje sampai malam. Sib baik ai tak rebus ayam sampai 2 ekoq. Kalu tak, kenduri nasik ayam lah temannn..
Yang jadik datang Noi jer tau. Tu pon suspen gak, kot2 lah noi buat skil, tak datang. Harus lah aku meraung, haha. Dekat kol 9 gak baru lah cik Norlina sama cik abgnya sampai. Cun kan kawan ai ni.. Abg Ipan kemain manja lak lagik sama anty noi. O'ohhh..
Sabtu adalah hari santai, g jenjalan ke umah kengkawan cik abg kat Shah Alam. Biase2 jerlah. Dah kawan cik abg, yg meriah tentulah cik abgkan. Dah petang sikit balik Kajang semula. Singgah lak kat umah kawan cik abg lak lagik kat situ. Makan lagik... Malam, gi umah achik, terjah2. Mamam soto.. tapi mcm tak besh, tak official raya..kakaka..
Ahad hari yang sibuksss, pepagik lagi ai dah bangun. Nak masak nasik ayam. Buat relex jer.. Kol 11 lebih dah siap lah semua. Tunggu lah mentua datang. Mule kawan cik abg berkunjung balas datang. Kol 2 lebih kot barulah muncul mertua ai. Pas tu sampai lah si Ahrolsela tu kat umah ai. Tapi tulah.. lupa lak nak amek gambar. Gambar anak2 jerlah. Petang, ipar ai lak sampai. Sampai terus soh Adam sama Gina posing sesama.
Dorang balik kol 8 lebih, terus kemas2 umah. Gosok baju untuk kerja esoknya. Urat tegang2 ni.. Tapi memandangkan ada jamuan raya, ai gagahkan jugakkk. Tekak pon sakit.. adoiii.. klinik lagik.. :(

Tuesday, October 13, 2009

Sembang Sejenak

Sabtu, planning raya tak jadik. So duduk umah jelah. Jalankan rutin2 hari sabtu, beli ikan, masak apa yang ada. Beli ikan pon dah petang2. Seperti biase, bawak mak sekali. Ahad, akak Hawa kata nak dtg. Sampai umah aku tengahari, duduk kejap jer. Anak ngamukss. Sian rayyan. Ngantuk..pas dorang balik tu, aku lak kuar beraya kat umah kawan sekolah. Ahrolsela kat Ampang sanun. So hari jumaat ni dorang balas kunjungan kot.

Semalam pas keje, ingat nak terus merendek sama cik abg carik pampers adek, tapi tingat lak kat anak2. So balik umah dulu pas balik keje. Pas makan malam terus kuar. Pegi manjaku bangi, misi utama nak beli pamper. Tapi terjeling2 lak kat beg budak, rase nak beli. Nak tengok2 dululah kat Warta jap. Tak jumpe, takde yang berkenan lak. Last2 masuk Bintang, rembat lah beg baby yg biase2 jerk seperti kat Manjaku tu.

Singgah jap kedai ikan2 kat belakang warta tu. Sonok lak adek tengok ikan2. Macam nak masuk ke dalam kolam tu terus. Tengok hamster, semua takut lak..tp nak membela, tapi takut..cam no..??
Sesi kerja, macam biase..melambak2 lak tetibe. Smlm bos dah update, kene standby bulan 12 ni ada dealer insentive program. Kene buat paper seperti biase. Ok jugaklah. Baru meriah sikit kerja. Pas tu jdk committee utk program brand utk tahun ni bagi division aku. Terkejar2 sikitlah skang ni. 1st program tu lak ujung bulan ni..sekali sekala tetap gak berYM2. Ilangkan tensi.. ;) apa lagik? Oh yes..Jumaat coti. Coti ganti sempena deepavali..sonok2..leh rehat2 kat umah..yeahh!

Pagi ni, sebelum g keje, abg Irfan dah bangun. Terus mintak mandi. Layan gaklah..pas tu nak tgk CD..dah bukak, nak kuar umah buat “pasal”. Nak CD lain, TV tak moh tgk. Dah bukak CD, tetibe menghamukk…saja je nak melambatkan mama eyyy..kuar gak, malas nak layan. Wahh terus meloncat2 sambil nanges..mintak salam. Dah salam nak dokong..dah dokong, nak ikut lak..adoiii…letak jugaklah, pas tu kata nak salam..dah salam, nak chiummm…pas tu baru lah lepas g kerja..polohh mama pepagi..hrmmm..

Thursday, October 8, 2009

Sessi Tunjal Kepala

Apa ekk nak upp..tak de apa pung yg menarik, hari ni ada raya gathering utk staff. Syiok gak nak pegi, boring terkepam dalam opis. Carik abg teksi jerlah jap g sama geng2. Nak tumpang2 org agak lambat dorang pegi, aku nak pegi cepat, makan2, pastu balik.

Apa lagik yea..keje pon mcm banyak jugak, tp dah agak terkontrol berbanding balik dari raya ari tu. Keje terkejar-kejar mcm hapa utk event 7hb (semalam).. sib baik dah selamat semua. Klu tak, tido pon mimpi ngeri jer..sekarang ni sibuk update report2 jela lagik. Oktober musim staff transfer, satu2 satu email nak transfer sampai..sian I buat satu2 ITQ. Nak buat camner..tarikh orang nak pindah tak sama. Pas ni relex sikitlah kot.. sok bulan 3 baru huru hara balik gaknya, sbb semua department nak abeskan budget tahunan.

Anak2..hrmm dah makin baik dari selsema, adek mulut bising skang ni, tapi asek panggil abahh jer..mama tak panggil pon. Sedeh jer mama. Tp klu time tido, tengok abah pon dia nyampah, cik abg nak chium (pelat Ifran) pon dia marah giler, wpon dia tengah nyenyak tido, dia tau bau, abah sama mama lain.. keke. Irfan minggu ni asek bangun awai pagi, nak soh chium dia dulu, klu tak, nangess.. pagi ni dia bangun lambat sikit, ingt mcm tak bangun lah, nak kuar umah jer, terus dia jerit..mamaaaa..lahhh patah balik. Chiumm dulu, kepala, dahi, pipi kiri, pipi kanan, mulut, kening dagu..smualah..chiumm jerlah..anak jantan smpi bile pon nak chium2 ni..sok2 tak moh dah.


Ain, mggu ni angin agak baik, bangun tak nangis, tp tetap gak lah mama mandikan, nak soh dia mandi, berjembek lah.. ngan nangis lagik. Tragis betol pepagi nak pegi keje. Tak kesah, janji jgn nanges, spoil mood mama nak g keje, kang terus jadik tarzan pepagi buta.

Bibik lak, smlm menunaikan hajat kot, buatkan rempeyek kacang. Aku tak suruh ekk..dia yg volunteer sendiri, aku rela jelah. Tepat jam 10 mata dah kuyu, aku terpaksalah tinggalkan bibik kat dapo sorang2.. tp aku settlekan botol2 susu budak2 masuk dalam bilik dulu. I kan prihatin. Lain2 kerja. Macam biase, kadang2 ada lupe, menjawap tu dah biase, aku buat pekak jer.

Pagi ni agaknya mata dia kelat kot, buatkan susu adek dalam botol susu yg dah pakai. Haiii..cam ner tu? Harus tak hangennn?? Tp sib baik bekas susu tu baru jer adek licinkan. Dah dia buat lagik susu.. abes cam no..tak ke membazir jer susu itu?? Susu dah ler mahai..dulu rm69 klu promotion kat isetan..la ni..rm92 nokkk.. giler mahall.. tak nanges ke tgk susu terbuang.. huaahuaa. Tokeh susu tak pelah.. ok stop!!

Cik abg? Dia dalam proses pemulihan kesihatan. La ni dok telan vitamin. Harap2 berkesanlah hendaknya. Nak pulihkan kulit muke kot.. kekeke.. Kegiatan Sukan dia masih lagik bergiat cergas. Thanks ye sayang masih rajin hantar i pegi dan balik keje. Bawak i kesana kemari. Muahhh...


Apa lagik?? Open house..tahun ni tak buat kot. Sapa raya tingat nak raya umah I, datang jerlah..colling2 dulu, klu tak telan biskut cicah teh jerla yea. Umah kawan2 pon tak sempat nak beraya lagik, hujung mggu ni baru nak berjalan, tu pon pegi umah kawan dekat2 jer. Tadik dah janji sama akak hawa. Dah lama tak date sama dia. Rindulak..semua org bursi.

Owahhh panjangnya entry sesaja ni…dah ler tu…dadaaaa!!

Tuesday, October 6, 2009

Menaruh Harapan

Apakah??? Dapat kah aku transfer ke Bangi?

Apasal lak nak transfer? Banyak sebab: higher gred, dekat ngan umah, senang nak balik cepat, senang amek anak, masalah bibik settle. Tak payah amek maid baru dah kot (buat masa ni). Leh balik masak masak jumaat tengahari (ke balik tido??), dan nak kejar loan facility. Fuiii banyak benefit oo.. berbaloi2 bak kata celcom.

Kalu higher gred aku pegi tapi kalu transfer atas gred yg sama???

Tadik update sama Manager aku, katanya promotion dia no hal, tapi same gred tu yang tak dapek nak release.


So..tunggu jelah.. tah2 aku kat sini jerlah sampai lemau…auwwww


ada rezeki, dapatlah aku berlegar2 kat lobby PERMATA

Monday, October 5, 2009

Hari Sakit Sedunia

Sabtu hari untuk ke klinik. Hari sakit sedunia sudah mariiii. Jumaat tu aku dah pegi amek ubat siang2 lagik kat Twin Tower Medical Centre. Selsema, sakit tekak, ada tonsil. Saja jer tonsil nak interprem. Tak pepasal kene makan ubat kurangkan bengkak. Ok balik citer sabtu, pegi klinik, cam biaselah, kene bertapa dulu barang 2,3 jam. Lambatnya wehh.. Pegi kol 11, kol 2 baru settle. Tengok2 aku org kedua last.

Selsema batuk sebab jangkitan doctor kata, bukan alahan. Tekak merah. So kene take care lebih lah. Settle bab adek, ada lagik 2 orang lak. Kakak sama abg pegi klinik panel jerlah. Sebab dah lambat, muak tunggu kat klinik, aku balik lah umah mak dulu. Makan jap. Tengah makan mentua achik sampai.

Dok umah mak sampai petang. Misi utama nak bawak mak gi beli barang. Tunggu putera dan puteri2 tido dulu. Kusut tau kalu bawak dorang ni. Nanti tau2 penuh jer bakul dorang sumbat barang, kang tak bagi buat skill lak kat depan kaunter.

Malam, ingat nak carik rabbit utk dorang, kunun nak menjaga rabbit. Ishh, diri sendirik pon org yang jaga ekk. Dah ler taik rabbit bushukkk. Tengok jer kot, tak moh beli. Sebelum tu pegi lak klinik kakak sama abang sekali lah ngan bibik. Dah le dia yang mule kene virus. Dapat ubat selsema, batuk sama antibiotic seperti biase. Sib baik murah jer kene. Dah le majikan rebasss, pas abeh raya katakan, hahaha.

Masa check bibik, doctor kata takut bibik kene TIBI. Adoyaaiii seriauuu..
Simptom2: batuk kering berpanjangan, penurunan berat badan, peluh masa tido. Harap2 bukanlah..

Ahad gi umah abg kat keramat, melawat kawasan lah konon. Dah lama gak tak pegi umah dia, asek jumpe kat umah mak jer. Pas tu gi umah akak opis lak, kat Kg Batu. Ada kenduri bertunang anak.

Balik tu singgah jap umah abg sulong kat sungai besi. Dah lama tak jumpe. Adek kene la melawat abang dan kakak kan. Dah besar2 anaknya. Windu lak sama anak2 dara dia, yang dulu kira rapatlah ngan ucu ni. Yang salu basuhkan berak dorang masa kecik2. Wahhh tetibe claimmm, kakaka. Masa peluk dorang tu, rapatlah sangat, rase nak picit2 geram jer dorang tu. Kejap jer dah besar. Pantas masa berlalu, tak sedar dah berlalu bertahun2, huahuahauaha