KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Wednesday, December 29, 2010

School Irfan, Beday celebration..

CIMG3326 

CIMG3325

Dah selamat daftar. Apa nama tah school dia. Muslim kid’s school ke hapa..bantailah ipan dah tu je mama mampu..tak dapek nak sekolahkan sekolah tadika glammer zaman sekarang. Sekolah start 8-1pm. Lama giler. Skang ni tengah problem transport lak. Aku budget balik kol 11, leh soh van ain amek. Satu jalan jer ngan sekolah agama akak ain. so now, kene carik alternative lain. Dah le sibuk budak sekolah rendah balik time tu, nak amek dia pulak..dah dia jer paling kecit. Lagi buat kerisauan..takut tertido kepenatan dalam van..huhuuuuuu. Tengah tggu teacher dia carikan alternative van lain. Mintak dipermudahkan..aminnnn

 

CIMG3365

 CIMG3369

 CIMG3372

Meraikan beday mak mentua, pak mentua, ngan laki sendirik. Semua bulan dobelas. Amek ko..sekali 3. Makan2 kat johnny alamanda. Pestime aku mkn kat jonny alamanda. Ada sekali bukak posekat jonny OU.

CIMG3377 Cik organiser dia. Merangkap kasir..heee

CIMG3379 Kasir jugak kot. haa..iyeee en kasir

CIMG3383

ni kasir bungsu..hiks..tade apa nak bagi kat mak mentua. Bagi selai blouse jer. Leh la pakai g pasar kot. :)

CIMG3351 Kemeriahan ber steamboat. Tp agak seriau. Ada budak tecit kan..

CIMG3349

::bersimpang siur memasing::

lahhh tu jer gambar. Tak de sgt dah. Gmbar kek pon tak hamek. huhuu.. Kamera lak adek yg sibuk nak pegang

jadik ada gmbr selipar dia lah, kuali jonny ni lah..tah apa2..

“Selamat hari lahir yea buat mentua ku, somi ku..semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan urusan harian..amin…”

* bile nak buat beday menantu/isteri ni pulaks?? ahakssss

::Cuti-cuti Kari::

Jumaat 24hb sampai 26hb December

Lokasi:  Nibong Tebal (Kg CheIsa) & Parit Buntar

CIMG3280

Sungguh kesian adek, demam pulak. Jangkitan kak Ain lah tu. Nak tak nak cuti2 kari diteruskan jua..sian dia.

Merangam jer, yg kene buli adalah mama..

CIMG3286 Ni dah kat kg emak. Nibong Tebal. Budak2 leh jakun tengok ayam.

Cam tgk hapa jer! Tergelak org kampung..hehehe

CIMG3287

Kiri org kampung, kanan org KL. Sesi interbiew. Yelah…lama dah tak balik kg.

Bile mak balik jer, sorang2 datang. Mule2 mak2 dia, pastu mak dia soh panggil anak2 dia.

Pastu jiran2 dia, pastu jiran pangil lak anak dia, pastu org lain lak. Aku? lost..tak henggat pon

mana taknya. Memori time besar2 ain sajork. Yang bestnya, ada kenduri kawen. Depa pon buatlah

makan2 sikit, dapatlah merasa mee bandung org penang. Pastu depa buat kerang goreng special.

perghhh! Sumpah sedap..Terus jakun tahap dewa. Makan tak henggat. Nantilah aku cube try test.

Rase cam senang, kalau ok..apa lagaaaa..juallll lahhh. Malatopppp!!

 

CIMG3290Ni nak balik dah. Dorang nak tangkap gambar kenangan. Feeling artis gituh..Seriyes aku tak kenal nama..kekee..

Kalau nak tya nama, kene pi bisik2 kat mak. Anak2 dorang ada dah dok KL, belajar Johor.

Dapat jugaklah contact n dorang. Ala2 jejak kasih gituuu.

Malam tu balik umah arwah Paklang. Jumpe Mak lang anak beranak dia. tak de la gmbr dia.

Kamera pon demam, battery loww. huhuuu

CIMG3293 25hb December. Naik Feri menuju ke George Town. Adek dah sihat sikit dah.

Baru ceria sikit. Ni baru bangun tido. Kepala weng2 naik lak feri. Sib baik tak buekkkk!

Ayel, maintain..

CIMG3298 Ni anak dara ranggun.

CIMG3299 Okeh. Dah sampai. Nak makan malam dah pon.Dok The Gurney. Ramai gilesssss. Nak naik turun lip pon berjinggut

pastu cam tak puas hati, lampu terbakarlah, curtain bilik air rosak la..Lembsss lak tu. Kene sebijon, baru terhegeh datang.

Kene2 pon tak de diskaun u. hikss

CIMG3302

Posing model di tepian tangga. Jadiklahh

CIMG3305

Rock bebehhh!

CIMG3310 Eiii. keji betoi tudung. Kelepot2. Lagi keji tuan dia, malas nak gosok. Tp org baju biru tu lagik keji.

sib baik tak nmpk bulu2wan ketiaksss dia. Pedulikkan. Ketiak dia. aku pya tertutup..hahhaa

CIMG3311

Meja geng bas sekolah. Sedap je dorang pesan, roti, maggi. Tak pekena lagik sup khambeng..

Sekali terkena, ngan Aqil2 jugak gian. Oh, ni kat Sup Hameed depan hotel Msia. Aku dah naik hafal lak jalan.

Yelah dulu bulan 3, sejam tau nak mencarik kedai ni. pusing2 tempat sama..tension! skang tidak lagikkk!

Sangat terror aku menjadik co-pilot. Syabas Shaz… (sapa lagik nak puji kan…)

CIMG3313 Mak makan nasik kandar ikan, aku pon. Sodap lak kari dia. Takde cam line clear tajam menikam perut.

Dulu2 mkn line clear, sekali balik jer toilet yg femes. Beratur2 tunggu turn. CeritsssCIMG3316 Pengemar sup jugak budak nih. Sup Khambeng okkk. Pas makan, cheom dia dah cam cheom khambeng!

Licin lecan mangkuk!

CIMG3312

Dorang ni sapa tak abes makan, pass kat meja nih. Kompem abes.

 CIMG3318 Ni diaaa supnya. Cicah roti lorrr..Tp aku slupppp jer.. arghhhh…Sedapnya..klu dekat mmg aku pegi hari2.

Eh Chokit ada apa...

CIMG3321

Ayel pon sukakk..’mana sup saya’, mana sup saya’…kikikikk

Sup ayam sajork, acik pantang makan daging! ahaks

CIMG3324

Sukerlah tu baju itam tu..kkekee..dapat mengambeng!!!..hehe…2 mangkuk selamat!

26 check out, singgah balik Nibong Tebal. Singgah org kawen tu, pastu jumpe ngan anak menakan mak yg tade ari kami sampai 24hb tu. Kak ani nama dia. Jumpe2 abes kene kene gomol..Rindu dia kat aku..hehe..pasannn! Yelah dulu2 aku rapat jugak. Balik sana jer abes dia bawak ronda satu kg..bile org tanya ‘sapa hang bawak tu’?? anak cu lah ni (cu tu emak aku ler)…dr KL..wahh bangga..KL mari…paling chomey lah dalam kg la kata kan..ahakssss!

Ok tu saja..insyaallah, ada waktu dah kesempatan, kita berjumpe lagi wahai org kampung.. :D

Tuesday, December 28, 2010

Mood bercuti2 masih terasa

Masih mood bercuti-cutian..
Padahal cuti sehari jer semalam.
Selesai sudah cuti tahun 2010.
Jumaat pon dapat cuti gantian sajork.
Cuti2 kari pon selesai sudeh.
Nantilah malam kang ai bongkar piccas yea..
Sesi celebrate beday pak mentua, mak mentua, sama laki dah settle.
Sekarang sibuk sesi kembali ke sekolah pulak.
Tak sabar tengok abg irfan masuk tadika.
Dah besau anak mama..
Tapi sekarang ni sesi kembali ke pejabat
masih hilang ke laut..huhuuu
Timbunan kertas makin meninggi..
Makin nak dekat cuti, makin malas lak rase..
Yeahh jumaat cuti free lagik!!
Jumaat ni nak bawak emak pegi check up
Pastu nak berjimba ngan anak dara ai lah..
Saja nak kuar berdua2duaan ngan ain
Sedar tak sedar, dah masuk darjah 3 dah.
Dah anak dara sunti dah.
Rase cam baru jer semalam dok dodoi2 dia..
Sekejapan masa berlalu..
Oklah tu jerlah..
Nanti ada masa, ai hapdet kejadian2 kelmarin dan semalam..

love..
shaz..

Tuesday, December 21, 2010

Irfan berABC

Tadik Irfan main lukis2. Pastu soh mama lukis macam2. Tetibe dia kata..

Tengok ipan tulis ABC ekk maa…

ok siap…

tgk2 CEO..hehee

tak jadiklah ipan..tu huruf lain..

21122010296

Apakah bakal CEO nnt??

Jap2..ipan tulis ABC lagik..

 

21122010299

Ni betoi tak ma??

owh?? OITOX???

Nak tulih atok kot tp buat bahasa canggih budak sekang..jadiklah atox.

Windu Atok Ajak dia kot. hehhee. siap ada macam bentuk love2 pulak tu. :D

Adek Demam..

Dak masham mama demam lak tengah malam tadik.
Mama tido tak sedar. Masa buat susu ada rase dedar sikit.
Ingat sbb bangun tido ker..heehe..tak concern punya mak!
Pas bagi susu, mama dia pon landing la balik
pastu tetibe dengar dia jerit mamaaaaaaa!..
apa lagik..membuak sikit atas katil
Sempat jugak aku mengangkat dia bawak masuk bilik air
Dah le tembun minah tu, aku lak tengah mamai2 bangun tido.
Selamatlah jugak dia memuntahkan sisa roti malam tadik dalam toilet bowl..hiks..
Lepas tu terus kasik makan ubat demam sama tampal cool fever.
Kesian dia..dah mengigil2 dia..terkejut + sejuk dalam kot.

Pagi ni, lewat sikit masuk keje, anta bambam pegi klinik dulu.
Suhu badan dia 39. Panas jugak. Ala..risau mama..
Nak berjalan ujung minggu ni, dah sakit pulak. Cepat sihat ye cayang..
Sebelum pegi keje, aku dah pesan dah kat bibik
Kol 10am, kol 3pm kasik ubat..jangan tidak2...musti. Arahan gituk!
Bibik angguk paham. Doktor kasik ubat demam, tahan muntah sama antibiotik.
Ubat tu standby jer, yg perlu ubat demam tu jer. Klu tak baik, esk baru kene mkn antibiotik
Harap2 oklah..tadik tipon umah, dengar ceria jer mamain sama akak dhia dia.
main cikgu2..hehe..

Ok yang...shepat shembuh yer..nnt mama bikin sushu kat adek... :)


Muke redho kene terjah klinik pepagi. :)

ala2 nak senyum maleh nak senyummmm :)

Monday, December 20, 2010

Aksi awek syampoo

 

20122010289

mule2 buat begini. Cam ala2 pocong.

20122010287 Pusing kan puan2..ughhhh..sampai terpesong2 cik pocong tadik :)

20122010290 Pastu selak towel tu..(abes nmpk pusat terbojehhhh)

 20122010291 Jongketkan puan yea..kasik kemas yea, supaya tak mudah tercabut.

20122010293

Dannnn..begini lah hasilnya…senang kacang, pas mandi mmg nilah keje anak dara ni!

pandai kan adek?? hehehe

Sunday, December 19, 2010

Daging Black Paper

 

19122010285

Ain cakap macam gambar mama carik dalam internet. Sowie yea. Mama masak n snap sendirik.hhe..Gune skil Hp saja. Maleh nak kuarkan camera panjang mama tu.

*nanges tak mampu beli

Semalam, kan pegi umah Kak Zura, pas berenang dengan riang gumbira, balik terus masak2 n makan. Tak delah masak apa sangat. Ai siap belikan sup meletop, pastu tapaukan kari ayam yg ai buat smlm tu. Kak Zura, rebus tulang, buat sup jugak. Pastu goreng ayam. Sudah..

Masa tengah tunggu ayam goreng masak, tetibe jer terborak cam ne nak lembutkan daging. Tak payah rebus dah. Cam best jer. Sbb, selalunya ai rebus dulu, pastu baru hiris nipis2, goreng pulak kejap. Cam lama giler penyediaaan dia. Lagik satu, membazir gas jer. Kedekutsss

Ok, cara2 nya adalah…potong daging nipis, basuh, pastu gaul ngan garam, kunyit ngan tepung jagung. Panaskan minyak..tunggu sampai betol2 panas. Dahtu sile masukkan daging tu. kacau2..tak payah lama pon. Agak2 tak melekat daging tu kat kuali, dah leh angkat.

Hari ni aku pon mencobaaa…nak buat daging black paper. Pas angkat daging tu, aku masukan bawang besar, bawang putih, halia. Di hiris2. Pastu tumis, masuk sos black paper. Aku letak kicap sikit. Saja nak bagi itam2 sikit. Pastu tambah air. Klu nak likatkan, bancuhlah tepung jagung sikit. Klu tak nak pon tak per. Ikut sukaklah tu. Then, humban daging tu dalam kuah tadik. Biar didih, angkat. Untuk nampak lauk ko tu encem @ cun ko taburlah daun sup sama cili hiris.

Dah siappp…tadik pas masak. Teruslah aku merasa…Ha’ah laaa..sungguh lembutttt..cam magic pulak. Gumbira rase. Sebab…cepat jer penyediaan dia. Tak sampai 10min masak dah siap. Dah yg penting…Gas pon jimat!!!! Gas mahal skang nih..huhuuuu…

Ok nnt cube lah yea.

*malulah, tak de sapa nak coba..

 

19122010286 Ni pulak sayuran. Ain, Irfan sama Aina sukah betol sayur ini. Cili kata mereka..ahaks..konon2 gagahlah makan ‘cili’ tu..hehe

Senang jer masak dia, tengok gambar pon tau camne nak buat. Kalau tak tau..hrmmm tak tau nak cakap..ayat sungguh keji melantun. ahakss

KopiJanda

Semalam, dalam TB ada iklan kopi janda. Kol 11 lebih kot. Ipankan lambat tido, tengok TB. Pastu dia pon nyanyilah ikut iklan tu. Pas abes dia meleseh2 kat tepi ai.

mama..belilah kat abah kopi janda.

buat per? aku tanya..

abahkan suke Janda…selamba jer dia jawap..

hah?? aku heran + terkujat

pastu dia gelak2…

tak..ipan nak cakap…abah kan suke kopi..

tapi tersebut janda pulak dia. hiks

ahahhaaaa..

kelakar!

nota kaki: kok betoi abah suke janda. mama suke duda..opsss kopi duda..

ahaks..Jemput minum kopi janda bang…..

Saturday, December 18, 2010

Makan, makan, makan

Harini nak citer makan saja.

Jap g nak kuar, nak kuak lentang kat umah kak Zura  :D

ok, menu hari ni adalah ikan jeket sumbat kelapa, kari ayam, sambal udang ngan kangkung belacan.

 

18122010275

2 ekor arwah ikan jeket. Pestime buat, selama ni mak jer salu buatkan.

Tadik masa bawak mak beli ikan sempat tya resepi. Senang jer mak jwap.

tumbuk serai, sama jintan kasar.

tu jer ke?? lain?

lain tu bwang merah putih tu biasela…kunyi serbuk, cili blend, garam

ooo.. besar O dia..hehee

jadiklah tadik..

tengok..terangsang tak ..ahakkkkkk!

 18122010280 Kari ayam ada tomato. Tgk acik buat letak tomato, masa kat umah dia. Sebelum ni klu mkn kat kedai tak de pon, yg ada kentang jer salu org letak..hehe..

Pastu ai tya mak..buleh ke letak tomato?? pastu kene herdik ngan acik..asallak?? berdosa ker? siot jer..

tak delah..rase cam tak kene jer. hiksss.

tp skang, aku pulak yg mengikut..muahaahahhaaa….

 

17122010272Lokasi, Cozy Corner, Ampang Park. Di taja oleh Kak Aida. Saja open table dah lama tak jumpe.

Dia kata ada sebulan setengah tak bersidang. aku lak cam..eh ye ke..tak pasan pon..ahaks! tak senonoh punya kawan.hehe

Masa beratur nak msk kedai, semua rase nak makan, kotiaw kungfu dia la, mee kari la, fish n chiplah.. bile dah makan tak ingat, pastu mulelah komplen, dah pejallll semua benda..huk!

Ujung2 order kat kapten, nasik goreng ikan masin sajork. Sedapppp!

::melintang2 tangan jugak memasing

 

17122010273Ai, pilih nasik goreng bandung. Memang dulu lagik, zaman berchenta suke pegi sini, mencarik Nasik goreng bandung dia.

Ada ayam goreng, telor goreng, salad. pergghh mana tak bolattt

tak tau apa rasional nak posing ngan garfu cam nak mencucuk..ahaks..eiiii gemsss lahhh! huhuuu

 

17122010274 Ni Kak Zie, dialah dulu tolong dapatkan bibik Ratna. Tp sayang, jodoh tak panjang sama Ratna bengong tu. 6 bulan je keje, pastu buat perangai. Kak Zie, perot kecik. Meratah jer. Ayam gajus sama cili kering.  Lauk glammer kedai tu. Sedap sangat.  Di sebabkan perot dia kecik, weolls lah yg jdk DBKL dia..hehehee..

Pastu order seefood tomyam dia. Buat basah tekak kata Kak Aida..Motip?? tak basah2 lagik ke tekak nyahh???

Tomyam dia pon sedap. leh tersedak makan klu tengah pelahap..

ok tu saja. sekian dulu update jalan2 carik makan saya.. :P

Thursday, December 16, 2010

Sesi Mengada

 

14082010148

Adakah anak anda mengada-ngada? Suka merengek, menangis apabila permintaan tidak dipenuhi, suka membantah cakap anda dan suka merajuk. Apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini dan berikan tips-tips anda untuk membendungnya kerana perwatakan ini haruslah ditegah kerana akan menjadikan anak-anak tidak berdikari. :: FB PAMA


Jawapan saya adalah:
Iye anak2 saya mengade2. Klu sudah nanges, pening kepala. Tp so far, klu kat luar rumah, keadaan terkawal. Buleh di bawak nego. (alhamdulliah).Takdelah nanges golek2 hentak2 kaki, mintak meynan ker, tp klu golek2 pon mama tinggal jer kat situ! Nangeslah korang!


Tapi klu kat umah, dorang tunjuk skil tak henggattt: nanges n muncung sangkut baju mereka. Nak tu nak jugak, kekdahnya. Saja nak attention dr mama kot, sbb seharian dok ngan bibiks..klu malas nak dgr kebingitannya, layan jerlah, wpon, kadang2 amatlah geram hati mamaaaa…huhuu

 

14082010147 Ni tengah hazab marah dia! tenong cam nak telannn

 

14082010149 Ni sesi mari bingitkan umah. sekali meraung siap ngan tampau2 segala, sapa dekat abes kene sepak, kene libas.

Tuesday, December 14, 2010

Hati tak keruan

Ain mlm tadik panas2 badan. Sebelum tu Aqil sakit gigi. Ain yg soh Aqil makan ubat demam merangkap tahan sakit. Dia suap Aqil. Pastu tak lama..badan dia yg dedar..mulot dah merah2.
Aqil lak paksa dia makan ubat. :D
Bile rse dahi, wahhh panas.  Ain lak rase seram sejuk.
Pagi ni, sebelum pegi keje tadik, rase lom kebah. Panas jugak.
Dah pesan, makan ubat kol 9, kol 2.
Malam kang pegi klinik. Skang ni demam bukan leh buat main.
Demam alaf baru. Baru2 ni suami sepupu kat kg, diserang demam.
Pastu terus masuk ICU, dah tak sampai bape hari dah kembali ke PenciptaNya.
Alfatihah.
Insyaallah, 24hb ni nak pegi malawat mak lang kat Parit Buntar..
Hari ni nak balik awaiii..Lantak lah kau keje..
Tak settle2, pening kepala.
Anak gue lagik fentingggg.
Tak saba nak tunggu jam 5.

Eh, Aqil baru tipon pagik ni. Ngadu sakit gigi laks...hehe..ucu merangkap mama kot, sejak dia tido umah ucu. hikss.Tunggu petang kang ye yang!!

Monday, December 13, 2010

Cengkodok gergasi

13122010270
Sabtu, acik bagi pisang setandan.
Wah!! setandan gitu..Sesikat jerlah, hasil tangan bibiks dia.
So pagi ni ai bawak opis goreng pisang.
Ada balance lagik, ingat sok pagi nak buat bfast utk anak2 ngan mama di opis.
Masa bancuh tepung lak tak mencukupi. Dah lembek sikit.
Pastu tak puas hati, try, test goreng, nak tgk makan minyak ke idak cekodok nih.
Ai mmg tak retik sangat naK sukat tepong, agak2 jer dahhh..
Ain mintak goreng besar, nak cam cekodok bommm.
Mana nak jadik, serbuk penaik pon tarak.
Ini lah ghupernya. Besar, gosong, lembek2, lonjong2 jerk..tp rase ok jugak…ahaks
habes sudaa..budak2 makan pas makan malam.
Bercokodok weols memalam nih. :D
nota kaki: bilelah cekodok aku buat ni nak comey bulat2? takut nak jemput kat minyak panas!.

Sunday, December 12, 2010

Pahal lu minah????

 FB

Apakah tujuan anda ber FB?

Aku mencarik kawan lama. Rindu lah ngan kawan sekepala.  Pastu leh beli barang onnline :D

Ok. Tadik petang bukak FB dapat message dr sorang budak ppuan ni. Tengok nama cam kenal. Tgk muke cam dah lain dah. Yelah zaman dah berubah. Mmg rase2 kenal lah ngan minah ni. Sekolah Kosas dulu. So permulaan dia pon agak kureng. Salam hapa pon takde. Tak mesra. Tetibe terjah tya anak. Aku pon balas2 ala2 biase.

'*Leh baca kat atas tu

Masa dia tya mana gmbr ko..dah rase cam hape. Teruja nak mengutuklah tu kot.. Dah friend, tengok jerlah photo.

Aku pon balas cam ala2 tak mesra jua. Ahaks.

pastu dia balas….

fb2

Cam Cipan! Eelehhhh..mmg nak carik pasal. Aku tgk gmbr ko ada tak aku ckp hapa2???

leh pulak dia komen dulu kat sekolah dulu sikit pya cun..so skang ni nak kutuk aku tak cun lah tu..???

deyyyyy!!!..apa hal lu?? nak bergurau senda sama aku kah? tp nada cam tak mesra, tak de pon icon2 smiley pon..hiks. klu dia tulih ujung tu ada “hehheeee” aku pahamlah..bergurau budak ni..ni tak…so aku baca ngan nada seriyes jelah. :P

Malaslah nak panjang2 kan citer, aku terus tak balas dah. Kang klu aku balas, lebih kurang cam nilah kot : oh ye ker..abes ko tu? lawa sgt ke skang??? make up sepoloh inci teballl! mesti ko pki brand indon kann??  terus gadoh pulak kan..

nak je aku carut, camlah tak tau backgound ko dulu kan.

Ko jeleskan noks…aku mmg digilai ms sekolah2, kannnn?? ko pon tadik ngaku aku sikit puya cun dulukk..ko tak de sapa pandang kan…cam sawi layu dalam peti ais, cukup masa kene humbannnn.!!

eiii..geram jer..padahal dah umo 30an. Dah mak2 org, masih nak berperagai cam tu kan. Jeles tak abes2! Tak matang lagi?? Pelik..Vavi betoiiiii.

Tak koser aku nak simpan kawan klu cam ni punya pe’el!!

remove ajer!! padannn muko! bape minit jer friend aku. keke..Jgn salah paham. Aku remove dia bukan sbb dia kata aku cun dulu, skang dah tak..bukan..sbb aku tak suke org msk FB aku, just nak tengok penghidupan aku.

*Tak ikhlas pon nak berkawan balik senor nya..

Laki kau keje apa, hensem tak, boroy tak, kaya tak, umah apa aku dok, pinggang aku dah bape inci, naik jerawat tak, anak comey tak, hidup bahagia tak…gitu..Tahikkk!

Aku rase, dah 2 org budak sekolah kosas buat cam ni. Ppuan lah.Dulu2 kat sekolah, anti giler, skang add dlm FB, pastu komen menjengkelkan hati org, cam tak reti nak beradab, tak retik jaga mulott!. Lainlah ko dulu kamceng giler, bertepuk tampar bagai ngan aku..aku pahamlah klu ko nak kutuk2 manja ngan aku, sbb lama terpisah tak jumpe.. kan…

Ada sorang tu dulu, dia buat aku ni musuh jer masa aku sekolah sana. Padahal aku tak kacau pon dia. Tapi declare aku musuh dia. Bengong. Pastu time pegi tusyen, aku pakailah vest, dia terjumpe aku kat KL.. dulukan ada pesen vest2 ni. hehe..pastu leh pulak mintak kat kawan baik aku, mintak sampaikan kat aku, nak pinjam vest aku. Nak pegi beday kawan. Poyo giler.. camlah aku bodow nak bagik…huh!

Sbb tu skang ni dalm FB, klu kawan ppuan Kosas add, mmg kene bertapis. Cam tak mau accept pon ada. Tak macam sekolah keramat, mmg aku suka..rindu bangattt ngan kawan2 lama dulu…tp sampai skang tak berpeluang nak berjumpaan..huhuuuu..nntlah satu hari, Insyaallah..

ok dah.sabar shaz sabar…. :)

nota kaki: salah sorang pereka tari mari menari adalah pendengki jugak ngan aku. hrmm..tah apa2..rase aku tak de la buat perangai geletis msuk sekolah tu, aku kan pemalukk..tp tetap dicemoh….lantak kau lah..malas nak berkudis di hati. Byk benda lain nak buat.