KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Sunday, January 24, 2010

Ain, Irfan n Aina

Dah lama tak buat chiter..(alah cam lah hari2 ada citer kan)..hehe..Apa yea..minggu lepas minggu yg agak sibuk. Keje sentiasalah byk, satu hal..keje lama tak settle2, satu hal. Masalah lain satu hal. Jadik committee satu hal gak. Khamis dah selesai,lega sgt.
Smlm, sabtu..pepagi dah mencarik barang2 basah utk umah. Nilah rutinnya. Balik tu nak bawak lah budak2 pergi OU. Lama gak tak ke situ. Nak keluar, kasut Ipan lak tinggal kat dalam kete Pak Ngah dia. Tipon PNgah, dia lak kuar. Hrmmm..

Smpi OU, pegilah carik dulu sandal utk Ipan..kan kot pki siper "coroc" jer ke OU kan..sib baik jumpe sandle morah2 jer. Pastu sorang lagi claim dia tak de apa yg mama beli..beli lak kat dia..bj tee n spender..pastu 'dak cit' mama lak..nak meynan laks..beli jugak..lelama byk..adusss.. :)





Pas tu semua cam monyok jer, nak mamam ler tu. Pegi kat KFC jer, sbb..adek pandai makan ayam dahhh...sekali 2 ketol drumstik dia makan..sangat terror..huhu..cute jer, tggl tulang..hee..


Skang ni, setiap sabtu klu nak soping kene lah bwk beg sendiri, klu nak plastik kene cas 20sen. tak pepe tah..so smlm, beli sayor tak bagi plastik..sib baik ada plastik2 beli kasut tadik..campur jer semua. Buleh jer beli sebenarnya..tp dah kempen kurangkan penggunaan plastik kan..kurangkan pencemaran..ikut lah serta kunun..ahaks

Mlm, akak ain soh ajar buat lukisan lak. Aku ni tak delah berseni. Tah apa tah instruction cikgu, aku pon tak paham pada mulenya..last2 baru paham..hehe..nak buat teknik poster kot. entah..janji siap. So janji sama dia pagi ni nak buat.

Pagi ahad, dia dah tuntut.. bangun gaklah sebelum adek2 yg lain bangun n kacauuu..siap jugak...lega ahhh tak de tuntut2 lagik. Nilah upernya..ahaksss..



Hari ni plan apa yea..dok umah jerlah..layan dorang2 ni sambil posing depan TV. Irfan klu mama ada umah, sangat kuat nagis. Klu tak, bik kata, cam tak larat jer..tidoooo jer..kasik susu, tengok karton..kejap dah tido..lama lak tu. aikkk...moskel gak nih..hehe..yelah tak de sapa layan gaknya. Hari2 ajak g Melaka..hehe..Asal nak kuar, tya..nak g melaka ke? ahaks

Kegemaran berfesyen amat tinggi. Hari2 mau pki suar jeans panjang jer. Kalu tak bagi, ngamuk laks. Suar jeans pendek tak layan dah. Semua nak kasik ayel (anak acik) wahhh3..Lagi..hari2 cakap dia piksa no 3lah, kejap no 6, lah kejap ni 1 lah..nak ke school lah kot. Tp rase cam nak meraung jer tahun depan..kekeke..

Adek..sib baik semua under kontrol sejak bibik balik. Tak de langsung tya2..tah2 dah lupe gaknya..bagi dia ada bibik lain kira okeh lah tu kan..senang ati..lain..aku dah tukar sushu..dari enfa downgred ke sustergen. hehe..mule2 minum terus suker. Bagi balik enfa dia leh kata susu enfa tu masin.."eeee acinnnn" chomell. Pas tu "untahhh mama.." heee..minum lak kemain laju, tipi ciput2 jer..abes nak lagik. Makan, mmg sendiri suap. Tak mau org lain yg suapkan. Nak dok atas kerusi makan sorang2 cam terror, sekali terjatuh ari tu. Langsung takut dah.

mmm..apa lagik..tu jelah..nanti klu kuar lagik idea, wa catat lagik..

Tuesday, January 12, 2010

It's time to say goodbye..

Hari ni..hari terakhir bibik kat Msia. Pagi kol 9 dah kuar umah. Pegi umah mak dulu pamitan sama mak. Smlm dah pamit sama achik n mak ngah. Sendu lak masa bibik pamit balik sama mak. Sedihlah pulak..yelah..dah 2thn bersama. Dah macam keluarga pon dah. Walaupon sesekali timbul gak perasaan yg tak besh ngan dia..tp dialah yg membesarkan anak2 ai..terutamanya adek. Sejak dalam perut lagik, ai ngandung 5 bulan. Banyak gak kenangan yg best time tu. Time ai nak pengsan dalam bilik air. Dia yg gopoh2 sambut ai. Time aku salah makan..muntah2, dialah yg ngelap satu umah, picit2 ai satu badan. Dalam pantang, jaga ai smpi dia yg cengkung. ahaha..sedih lak tingat semua tu.

Nak buat camnerkan.. Pertemuan dan perpisahan lumrah alam. Memang pada mule dia nak sambung, kata dalam setahun lagik pastu baru fikirlah nak balik terus ker apa..pas tu senyap2 jer dia tukar planning. Ai lak ingt dia setia pada janji..haha..tak pelah nak buat cam ner. Dia abeskan kontrak selama 2 tahun pon dah cukup baik. Dia pon ada family gak. Ai hormat lah keputusan dia nak balik tu walaupon berkali2 gak pujuk dia sambung.
Apa2 pon ai puas hati dia jaga anak2 ai.. adek la terutamanya..badan menjadik2. Mana tak, pagi nasik, tghhari nasik, petang nasik, malam nasik. bab tu mmg ai puji. Bab2 lain..ada gak yg tak kenan..tp tutup mata jer.

Masa nak masuk ke ruang tunggu, sendu agik. Terus bibik sama ai banjir kat situ... ahakss..Dia chium Aina utk lastnya. Adek lak jerit panggil bibik bile masuk kat dalam tu. sangat sedih time tu ai tengok. Bibik pon cium lama ngan adek. Pas masuk terus tak pandang2 belakang lagik. :)

Bibik baru..coming..harap2 dapat yg terbaik dari kalangan yang terbaikkkk..Amin!

Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Ain!


5hb.Januari. Besday kakak. Hari ke 2 sekolah. Memang dia mintak celebrate kat sekolah. Tp, memandangkan baru masuk jer sekolah. Tentu cikgu kelam kabut jugak. So tak mau kacaulah cikgu.

Petang ai balik cepat nak carik jam kat akak Ain. Jam morah2 jer. Tak reti lagik jaga harta benda si Ain nih. Pastu g makang2 kat Bangi. Tingin lagik nak makan satey.

Kek pon tak beli lagik sebabnya adek2 semua sakit. Selsema ngan batuk. Sakit tekak, ai pon terbabit sama. Pas makan zazzz ke klinik lak. Dah jumpe doktor. Ubat pon berbeg-beg dapat.


Hari ni, baru g beli kek jugaklah. Dah asek2 mintak jer. Naik kecian lak tgk. Kek pon kecit jer..sesuailah 4mulot makan. Ahaksss.


Tengahhari tadik dgrnya Ain dah mintak adiah kat achik kesayangan.. hahaha..tak cenonoh betoi..mama tak ajar yea...tp kalau achik baik hati, apasalahnya kan..ahaksss

Genap 8thn. Semoga menjadi anak yang solehah yea..aminn

semoga murah rezeki, terang hati, dah jangan lupe asal usul tau!

Monday, January 4, 2010

Darjah 2 ~ first day

Hari pertama sekolah. Kelam kabut sikit pagi ni. Dah ler stok bibik ujung2 perkhidmatan. Kenelah transfer Ain kat umah Achik jap. Sekolah agama pon tukar dekat umah achik jer. Sian lak nak sekolah dia sorang2 kat sekolah lama tu.



Ain tak banyak ragam, dari dulu lagik. Takdelah melalak bagai.. So cam tak de hal nak tinggal kan dia kat sekolah. Pagi sekolah agama settle. Balik ingat nak amek dia kat sekolah. Baru jer mule kuar umah, dah sampai dedua, Aqil sama Ain. Jalan kaki sendirik..dekat jer pung.

Tunggu tengahari lak. Nak jumpe ngan org van sekolah, nak tgk timing datang kol baper. Kiranya weolls pon berkampunglah kat umah achik ni. Dah jumpe van sekolah. Para mama sama babah terulah ngikut ke sekolah laks. Nak tgk lak kelas mana. Ramai budak tahun satu Tahun ni. Kata Ain sampai ke kelas K. Owhh..


Pas tu ai sama cik abg terus lah ke Putrajaya. Nak amek surat pelepasan utk bibik lak. Ramai gak org. Sempat lah ai senggok2 kat situ.. Tapi..dah settle..senang ati. 12 hb tamat riwayat kontrak bibik..huahuahua

Balik, rest jap. Pastu kuar balik. Nak tengok dorang balik sekolah lak. Nak tengok kat mana van tu benti. Kang ada yg salah naik van. Tunggu punya tunggu, tak gak muncul2 dak dua tu. Janji tadik kat depan guard house sekolah. Cik abg tgk kat van, baekk pya..sah selamat msk van. Upernya dak dua ni janji tempat lain tadik. Sabo jerlah..oklah tu..pandai gaklah dorang uruskan urusan dorang kan..be gud bebehh.. hehe..