KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Sunday, January 30, 2011

Sejuk beku

 

RainyDayInJuly

Hujan dari pagik sampai ke malam. Terus hari ni posing2 lemah depan tb.

Nak masak pon maleh. Rase beku kaki tangan. hiks

Nak ups pon tak de idea.

Idea pon beku jugak

dah..jom tido..

aiyooo..asek membuta ria jer hari nih. huhuuuu

Saturday, January 29, 2011

:: Kerang Special ::

 

29012011434

 

Tak tau nak makan apa malam ni. Beli mee, beli kerang. Mee siap..bile makan rase kapor sgt. Potongg!. Buang sepelastik. Kang makan sakit lak perut..keke..

So kami hanya meratah kerang goreng ni ajer. Dulu kan makan kat kg emak masa bulan dobelas. Tadik baru jumpe bahan2 dia, dan rajin nak mencube.

Ain ckap dah sama dah. cume pedas sikit. Yelah..aku terlebih cili kot. Tak tau nak sukat2. So xpe..next time aku cubah kurangkan cilis dia..heehe

Resepi ada lah rahsia..ahaaha.tp kene tabah nak kupek kerang..abes kuku2 ku abes tak cun dah..hehe

Cam ner nak niaga nih? buat utk makan pon abes kuku2 ku itewww???

Munggilsss

 

28012011425

Saja tak de keje..Bos takde, keje byk. nak ilangkan stress. Sebelum bercanda ria bersama zura.

 

28012011427

Lunch ngan Azura. Lama dia tak terjah kat KLCC. Makan2 kat Chilis dulu sambil bergosip riang. Pas makan baru meround di isetan. Hajatnya dihati mencarik perfume. Dapatlah dia Daisy Marc Jacob limited edition. Aku lak tak de benda nak beli. Just teman. Teman lah sangat…

Bile dah lalu kat ‘area’ bahaya aku..tempat jgn sesaja singgah kang mulelah tak leh tido malam..Ni yg parah nih. Hati sudah terpaut sama itu liptik. Mule cube control, tak nak, tak nak..pastu lemah jugak iman. Test2 cam cung jer rase..ahaks…

Apa laga..rembat lah jwp jer..oklah tu..liptik aku pon dah stok korek2 da..sebatang jer, tahan setahun gitu..*sedap kan hati..reward your self okey… :)

Jadik, harini yg gumbira..zura dapat Daisy Marc Jacob sama liptik burberry, aku dapat liptik itu jugak…

Best tau texture dia..satin, smooth dan memunggilkan bibir… :P

so..senyum..tak payah kata apa2 ..senyummmmm…

imagesCA32RBL7 gambar ehsan dr pakcik google..

Thursday, January 27, 2011

Renungan

Mutiara kata dr isteri Eizlan Yusof...Lapang kan dada, kosongkan minda, berfikiran terbuka. Sebagai pengajaran buat suami isteri... :)

Yang baik datang dr Allah s.wt..yg buruk datang dari kita..

Vie terpanggil untuk menulis satu tugasan yang agak penting yang telah menyetuh hati Vie untuk membincangkan hal ini dan menjadi santapan mata hati buat para pembaca yang sudih memberi ruang pada Vie kali ini untuk sama-sama saling ingat-mengingati antara kita. Kisah yang bakal Vie kongsikan ini dipetik dari pengalaman yang Vie dengar dari insan-insan yang berada di sekeliling Vie. Moga menjadi panduan mahupun iktibar untuk kita semua. Insyallah…

Biarlah Vie berbicara bagi pihak seorang sahabat Vie yang telah menjadi isteri dan sering merasa bahawa kehadirannya bagaikan hanya untuk melengkapi kehidupan si suami sedangkan si suami selalu mengabaikan dan memandang remeh terhadap perasaan dan hak isterinya.

Kita kebiasaannya terlepas pandang tentang apa yang kita ertikan sebagai ‘keluarga’. Bagi kita bernikah itu cukup untuk dianggap sebagai keluarga sedangkan ‘keluarga’ itu diibaratkan dua dunia yang bersatu dan bersedia untuk sama-sama memikul apa saja tanggungjawab, tugasan dan permasalahan yang bakal kita hadapi di masa akan datang bersama-sama dengan pasangan kita (baik ia datang dalam bentuk yang positif ataupun negatif). Bak kata pepatah 'ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' begitulah yang diumpamakan dalam konsep kekeluargaan yang sebenar.

Allah SWT Berfirman :


'Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir'..

Kita selalu diingatkan tentang tugasan seorang isteri tentang bagaimana untuk menjaga hati, hak dan amanah suami kita dan amat jarang bagi kita melihat bagaimana penegasan hak dan amanah kepada seorang isteri yang wajib diadakankan oleh suaminya (mengikut kemampuan masing-masing). Memang benar, nafkah zahir dalam islam itu adalah si suami kena memberi tempat teduh (tempat tinggal), makanan serta pakaian yang cukup kepada isterinya, manakala nafkah batin yang selalu difahami adalah nafkah seks semata-mata sedangkan batiniah ini berkaitan dengan hati, perasaan dan naluri wanita yang mahukan perhatian, belaian dan kasih sayang.

Vie tidak mahu menyentuh panjang soal tanggungjawab seorang suami kepada isteri ataupun tanggungjawab seorang isteri kepada suami kerana bagi Vie kita sudah terlalu matang untuk mengetahui hal itu, dan cukuplah Vie menyentuh soal ‘hati’ dan ‘perasaan’ seorang isteri kepada suaminya dalam topik kali ini memandangkan hati Vie betul-betul terbuka untuk berkongsi satu teladan kepada kita semua.

Wahai para suami, dengarlah leteran isteri kamu kerana leterannya itu adalah sesuatu yang keluar dari jiwanya ketika dia merasa kosong dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa selain cuba untuk menerangkan sesuatu kepada kamu. Bukankah isterimu itu asalnya dari kaum yang dilahirkan dengan membawa sifat kelembutan untuk mendidik anak-anakmu nanti ? dan bukankah kaum dari isterimu itu yang memberi ketenangan kepada jiwa dan penyejuk di hatimu. Mengapa mesti kau abaikan apa yang sepatutnya kau berikan kepada dirinya sekalipun melapangkan pendengaranmu untuknya?

Wahai suami, usah memandang remeh pada keluhan hatinya, walaupun pada dasarnya hati itu Cuma seketul daging yang tertanam dalam jiwanya. Dari keluhan itulah hatinya akan mudah rapuh, menangis, kecewa dan merasa binasa jika sering kali kau goreskan permukaannya. Bila hati telah ternoda maka yang seputih jernih pun akan kelam jadinya kelak. Dan ketika hal itu telah berlaku, jangan pula disalahkan dirinya tapi jawablah pada suatu persoalan yang kau bina sendiri dari setiap kali kau mengabaikan persoalan pada kelukaannya.

Wahai suami, tidakkah kau merasa bersalah dan berdosa apabila setiap kali kau membelai jemarinya yang bersedia untuk mempersiapkan apa saja tugasan sehariannya sebagai isteri untukmu lalu engkau sewenang-wenangnya membiarkan saja dia tercari-cari dan ternanti-nanti ketulusan sebenar kehadirannya dalam hidupmu ? apa sebenarnya dia untukmu ? siapa dia dihatimu ? dan apakah kehadirannya benar-benar memberi kebahagiaan kepadamu ? atau adakah dia sekadar hiasan dalam hidupmu ? atau sekadar pelengkap kepada kemahuan hatimu, impianmu dan cita-citamu ?

Ketahuilah ! bukan wang ringgit semata untuk memberi kebahagiaan, atau mempersiapkan kehebatan dirimu untuk menjadi keagungannya dimata masyarakat tetapi naluri seorang wanita adalah semata-mata mengharapkan belaian, sokongan dan perhatian untuknya. Bukankah kaum seperti kami ini sudah ditakdirkan menjadi pedampingmu, pengubat laramu, dan amanah Allah SWT kepadamu. Sesungguhnya hawa seperti kami mempunyai hati yang mudah rapuh, perasaan yang lemah dan jiwa yang lembut. Dan semestinya kami senantiasa menuntut hak kami untuk dibelai dan dimanja dari sedetik masa yang berputar. Jangan salahkan perasaan ini, sebagaimana kami kaum isteri akur bahawa kami bersedia mentaatimu dan sebagaimana kami maklum bahawa kamu wahai kaum suami yang Allah SWT ciptakan sebagai pemimpin, ketua yang menjadi pelindung dan tempat teduhan kepada kami.

Kita takkan mampu bernafas jika cinta itu telah hilang dari tempat letaknya hak si pencinta kepada tuannya. Maka peliharalah apa yang telah dihamparkan dan diriwayatkan kepadamu. Sedang kita asyik mengutip kerang ditepian pantai, lalu kita lupa bahawa mutiara yang berada digenggaman kita telah jatuh dari celahan jemari kita. Usah biarkan ini terjadi. Jagalah hati isterimu, kerana dia telah ditakdirkan untukmu.

Sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang terbesar Allah SWT beri kepada hamba-Nya. Jika cinta itu tidak dijaga dengan baik maka ia akan ditarik balik lalu diberikan kepada yang lebih berhak dan sudih untuk menghargainya. Jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita akibat kealpaan kita sendiri maka jangan salahkan sesiapa kerana semasa mula kita memilikinya, kita yakin bahawa dia adalah pilihan muktamat yang terbaik untuk kita dan jika suatu masa ia akan hilang, hilangnya kerana keegoan kita sendiri. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Syukur alhamdulillah kerana Vie tergolong dalam individu yang paling bahagia. Vie telah melalui hidup yang terlalu sukar pada suatu masa dulu, menjadi individu yang sering kali mati sebelum ajal menemui jasad Vie dan kali ini, Allah SWT memberikan kebahagiaan yang berlipat kali ganda untuk dinikmati. Ya Allah SWT, betapa indahnya cinta suamiku EY yang rela berkorban zahir dan batin untuk kebahagiaan Vie. Vie ingin dia tahu bahawa kehadirannya adalah ANUGERAH TERBESAR DALAM HIDUP INI. Syukur sekali lagi, kerana Vie mengenal apa itu bahagia setelah mendapatkan ANUGERAH (EY) dari Allah SWT dalam hidup ini.

Vie harap, tidak keterlaluan untuk Vie katakan bahawa kehidupan Vie amat sempurna dengan adanya Eizlan Yusof dalam melengkapi dan menutupi setiap kekurangan diri pada Vie Shantie

Wednesday, January 26, 2011

Awan Nano...

Kebizian sebenornya.Tapi otak bersabut. Skang ni musim PPA. Appraisal untuk tahun ni. Aku report pon tak hapdet2 nih. Last update utk mid year review je. Adalah sampai bulan 9 jer. Dah 2 -3 hari ni aku paksa jugak buat filling dulu. Pastu baru nak buat report. Adeh ..malas giler. Adalah 2 kotak tak filling dan hapdate. Rase bisa2 jer jari nak taip..hehe..tp..bos nak hari ni..jenoh gigih ni..hehe

Hari ni rase sedih lak tinggal anak2 pagi tadik. Semalam masa mkn malam. Borak sama Ain.

'Makan apa tengahari tadik'?
'Roti telor jer'..
'aik?? bibik tak masak ker?'
'masak...tp goreng ikan jer...'
'lor...takde buat kuah2 ke? kan ada sayur, kentang...'

hati dah cam lain jer..sabar jer..tutup mata kekdahnya...padahal..sakit nau hati..

ok..tak per..jom kita makan cepat..mama masak sedap ni.. (memujuk)

Aku soh makan, smlm mlm..sedih lah..kok tak de idea sgt..msklah sayur air ngan goreng ikan ke. atau  ikan singgang..pastu goreng sayur pon cukup..takdelah terkontang kanteng jer ikan tu dalam pinggan ngan nasik sama kicap jer..

Pagi ni saja tipon bibik

'bik..bik masak apa utk tengahhari ni?'

'goreng ayam....'

dah agak dah! Senang betoi keje ko ekk??

'kan ada kentang..buatlah sup2 bik..ain tak leh nak makan lah klu kering2 je nasik dia...'

'ooo..ok..' sore pon lemah..tanda sentil!

Rase lepas ni, pagi2 bagi jerlah arahan masak2 apa..senang. lantaklah dia nak sentap ke, nak sentil ker..
janji anak2 aku kenyang time balik sekolah, nak pegi sekolah. Atau buat jadual. Tp cam lemau lak..
Hrmmm..camtulah..dah dok ngan bik..adoihai..pastu cam catu2 lak..takut nak masak..kang majikan kata dia makan..tah apa lah pya pemikiran..tak de keje aku nak kira udang tggl bape ekor hari ni, ayam tinggal bape ketol hari ni..janji jangan menbazir jer dah la...lagi pon anak2 yang nak makan. Bukan org lain pon..

Oklah..keje byk nih..klu lah ada rezeki..benti keje lagik best..dok umah. Tp bile benti keje masalah lain lak..huhuuu..redho jerlah... :)

::agak2 PPA aku dapat rating baek tak?? huhu..cam susah jer nak dapat dah wpon rase mmg aku patut dapat..ahaks..Perasan! Rase nak berhijrah ke department lain lak lah..tengah riki martin dulu..klu ok, bos nak lepaskan, bos baru nak terima..ai berhijrah..tp rasenya hrmmm....doa jelah...

Monday, January 24, 2011

Hadiah dr seberang

 

24012011414

 

Surprise!!!..Akak Ain dapat hadiah dr sepupu kesayangan dia. Dhia. hheee..

Sempena besday dia 5hb aritu. Dapat buku novel budak2 cam dia. Tima kasih yea Dhia. Nanti beday Dhia akak ain surprisekan lak yea.. hehee.. hapa bendalah nak beli pulak nih..hehe

Ai nak update psl makan. Saja jer. Sebab smlm testing2 amek gambar..nmpk menarik lak..hehhee. Nak amek gmbr ikan tu. Konon2 ikut patern ikan kat Bumbu Desa. Sekali bibik terlebih potong..potonggggg betoi..keke

Ok jerlah tu. Klu aku yg potong, kompem jdk fish n fillet..hiksss

23012011411 Ni sambal sotong Abah, Akak Ain, Abg Ipan, Adek Manda..

23012011412

Ni tempe mama. Utk awet mudo kata nya..ahahaa…Jawa world!

23012011413 Ni diahh..Gurami tak de..talapia ajerlah. Beli murah jer. Mkn kat bumbu desa sekoq ni RM 50. huhuuu

 

Sayur? Ulam2 sajork. Ok..tu saja feeling2 ala2 bandung mggu ni..

Sunday, January 23, 2011

Bila Esok

 22012011401

Entry tak de kene mengene. hehe..Ada lah sikit2..sbb aritu plan nak pergi umah Imah ni Sabtu lepas lagik. Semalam barulah janji itu di kotakan..Imah adalah kawan di zaman kegemilangan di Lion. Skang ahkak tidak gemilangkah?? keke

Sabtu tu akak Ain ada Road run pagi tu, merangkap cuti gantian sempena raya cina. Abg Irfan lak cikgu soh dtg sekolah soh tgk preview pembelajaran kat taska. So pepagi sabtu tu pas anta ain bergegas lak ke sekolah Irfan lak.

Ok jugak preview tu. Dia tunjuk apa plan drg utk mendidik budak2 ni. Program2 yg dia ada. Soh mak bapak implement kat umah jugak. Ada CD utk mengenal huruf. Mintak mak bapak berkesinambungan lah mengajar anak2 ni kat umah. Tak delah drg jagik melayu mudah lupe..heee

Tengahari tu, Pak Ngah lak invite weols g kedai makan baru dia. Sup Santai kat Bangi. Dah la kelam kabut nak arrange program. Amek ain, terus pegi jengok2 jap kedai Pak Ngah. Lepak2 jap. Tolong2 jap tok wan masak. dah settle kari ayam, ai pon zazz balik, siap2 barang, terus menuju ke umah Imah.

Sampai terus tak malu terus makan. Imah masak beriyani sama kek cekelat. Sedap. Buntat tau makan. Kenyang smpi ke malam. Malam cik abg pegi amek mak ayah, adek dia kat LCCT. Dorang baru balik Kuching. Balik tu barulah pegi makan.

Tadik, lepas mkn tenghari weols dah balik Kajang balik. Ikang2 tak beli lagik utk esok. :D

Tak de apa dah. Lagik gmbr2 di umah Imah n masa weol singgah JJ Sban 2. Tak de bende ekk JJ Sban 2 tu. Ke sbb aku yg “tak de” benda dalam purse…hehheeee

22012011402 Adek Manda ngan Abg Asyraf 22012011403 Siap buat pusing princes lak Adek abeh nmpk kedai kopi dia. :)

22012011404 Mama shaz n mama Imah yg gojes. Ahaksss

22012011408 Ni kat kota keriangan drg. Tah bilelah nak bawak drg naik kota keriangan Genting ke Bukit Tinggi ker.. :(

Thursday, January 20, 2011

Peninggg

Wel, wel, wel, wel....Harini ni cutik, bangun pagi kepala weng2. Bangun2 jer terus carik baju2 ain yg lama. Turunkan kat adek manda lak. Jumpe. Byk jugak. Seb duit mama dr belik bj baru..hehe

Cuti, ingat leh lah berjimba2 ke mana2..OU ker, Sunway ker, Pavilion ker...tp membuta ria jugak yang best. Pas masak, makan2..sidai perut jap..melayang. bangun balik..semayang duluk..melayang balik..pastu tengok2 adek dah melayang kat sebelah mama.. Mama pon bangunlah cepat pegi Giant jap. Ain nak beli serkop, ai lak nak carik towel adek.

Sampai Giant, masuk dalam. Terus kepala pusing2 cam angin pusing dalam badan. Rembat apa yg nak beli jer. Bayar n terus balik.

Balik, membuta ria lagik. Adoi..smpi pening2 kepala..tp klu bangun lagik pusing2. Baiklah tido baringgg..

So itulah kesah hari ni..tido, bangun, kuar pening, tidoo....

So bosan kan???? huhuuuu..asal ekk? sbb mkn 2 suap jer ke? tak de napsu nak makan lah harini..masak pon tah apa2 jer. Siakap kicap jer. Cam buhsan jer. asek kicap, cili, kicap cili..keke..ke sbb dah 30an?? Tak daya nak diet2 dahhh..

Tuesday, January 18, 2011

Pagi yg terang

Pagi yg indah, kini sudah terang.

Memang terang benderang tadik aku bangun kau!!..tu pon dengar sayup2 sore bibik panggil2 Ipan soh bangun sekolah. Padahal nak soh majikan bangun kerjahhh..hehe..tak per2..

Pastu sebab dah lambat, soh budak2 tak payah sekolah jerlah. Sbb akak Ain dah rugi satu masa pelajaran. Setakat nak anta Ipan, alah..tak yahlah..bialah dok umah..Pastu Ipan terjaga. Ckp kat dia..tak per tido..tak sekolah hari ni. Langsung melalak mamat tu nak sekolah. Keke..Semangat gituk. Hehe

Antar jugaklah dia kat sekolah. Masa antar tu kawan2 dia semua dah beratur dah. Ada puji2an dulu. Bacaan doa2, pastu nyanyi2 jugak. Ipan kat umah, sikit2 nyanyi “ ketam jalan senget2” smbil dia pon jalan senget jugak. Pastu ikan renang2, sambil tgn buat liuk lentuk, pastu tetibe ‘Heyyy heyyy!’..hahaaa

Cute jer byi. Tadik ms smpi pon tetibe dgr dorang ber’hey’ tu…hehe..Ipan muke dah frust jer..lagu kegemaran dia tuh..hehe. oklah tu kan..dia skang tengah semangat waja nak sekolah. Alhamdullilah..



Adek jelah, skang ni dia pon mintak sekolah jugak. Buhsan kot dia tgk bibik, bibik tengok dia. Pas akak balik, abg balik baru dia ceria. Hari ni dia separa cerialah. Akak ain dia tak sekolah agama pagi ni. Tengahari ada abg dah. Skang dia pulak ganti Ipan, asek tya “mama keje tak” klu tak keje, dia suke. Klu cakap keje, terus melalak. Bising jer. Terus mama pon cakap tak kerja. Masa nak kuar kerja lak, dia pon buat hal. Buat2 nak salam, nak chium nak tutup visor helmetlah. Pastu bile dah salam mama, org lain tak leh sentuh dia dah. Kang aura mama abes. Gitulah peel dia. hehee..

Last sekali..bile dah bagi mama pegi kerja dia mintak lah adiah dia…’adek nak gule’ or ‘adek nak chewing gum’..harini dia pesan..’adek nak eskrim’ eskrim hitam2 tu yg ada kacang2 tu..eskrim top10 tu..huhu..

Aku lak bile dah pesan, kesian lah klu tak beli. So muke aku bile balik keje, mesti singgah kedai aceh depan umah aku.

Kaya dak aceh tu kan..hehee

 


Ain citer, smlm masa dia tggu bas sekolah. Pakcik guard tu tya aina nama apa..pakcik tua dah. Suke tgk budak kot.

Aina jwp..”adek manda”

Pastu pakcik tu hulur duit singgit2 dua keping.

Ain ngan bibik pon ckp kat pakcik tu tak yahlah..

Pakcik tulak beriya2 dia bagi..siap ckp tak pelah rezeki adek tu..

Adek pon amek..sekeping dulu..

Pakcik tu tya dia cukup ker satu??

Tak cukup..haha..jujur dia jawap..hhaaa

Terus pakcik tu bagi lg selai, senyum jer aina..

Adoi hai…kecik2 lagik dah pandai.

Ain ckp…ain amek singgit, aina singgit…

Hahhaaa. Buat beli gula2…aisey….pandai komplot dedua beradik ni..

Aku pon pesan kat dia. Ok len kali dah tau..klu dia bagi duit ke gule pas ni klu ain sorang2 jgn amek tau..

Bukan apa kan..bukan nak buruk sangka kat pak cik tu..kita tak tau hati org..

Berhati2 lagi baik..Ain paham…

Tp nak tergelaklah..adek ckp tak cukup selai duit tu..hehhee..cute jer.

Ni ms sabtu lepas. Buat beday ain sama anak zura. Sue Yee. Party buih, berlaksa2 di USJ. Best. Kelakar jer. masak penoh gosip n gelak ke tawa. ahaks.






Thursday, January 13, 2011

Mulut manis??

Harini mood adalah sebal. Sakit hati pon ada. Takperlah..Sukehatilah org nak cakap apa kat kau shaz. aku tak kacau kau, ko jgn nak kacau aku.

Hidup perlu diteruskan. Yang lalu biarkan berlalu. Kalau tau perangai cam tu, tak hingin aku nak dekat n tolong settle keje kau, faham?? Fitnah2 ni lumrah alam. Alhamdullilah...moga rezeki aku makin mencurah2 utk keluarga aku dan anak2 aku khasnya.

Dah mulut dia tak de insuran..nak buat cam ner kan..sib baik kerja2 aku dan dia sudah selesai. So lepas ni babai ye..Jgn tegur2 aku lagik dah. Ko tiada dalam list hidup aku dah. Tak kenal pon aku tak rugi! Nak jer mnecarut2 ni..sabar ye sabar.!

Ok dah..lega..thank u blog..

nota kaki: mmg korang tak paham..hehee..tak pelah citer celah kertas di opis saja.

Wednesday, January 12, 2011

Hari yg tak ceria

Broadband masih lagik rosak, geram mak uolss.
Tadik pegi Celcom, abes merata2 dia mencampak mak.
Kejap kata Jln Ampang, pegi sana dia kata pegi serbis Centre dia kat Jln Pantai.
So jawapan dia adalah beli modem baru jelah.. hukhuk..
ok2..lama sudah tak kucurahkan cerita2 sensasi ai..

*pasan very sensasi - pedulikkan.

Oh.. tahun baru adalah sakit. Jadik, duduk umah ngan penuh kesakitan demam.
Abes sakit tulang temulang. Kawan Lion datang umah. Imah. Lama tak jumpe
Last jumpe masa zaman berdara, skang tak berdara, baru jumpe.
Time kasih imah..sudi datang jumpe aku!
Cute2 anak dia..tp semua lelaki....oklah tu imah..nnt ko kumpul stok menantu ppuan.
Gambar ngan imah sangat 'hangat' so tak leh publish. Yang leh publish cume ini sajork. :D
aiseyyyyyy..tak leh pulak!!!!
Camera pon memory kad pon ilang sudah. Tah apa lah malang asek ilang2 jer..tensi tau!

ok cerita lain..

Akak Ain  dah selamat berbeday ke 9 tahun pada 5 Jan aritu..Ai belikan dia kek barbie.
Kan...wpon dah besar, dia tetap teringin. Ai orderkan jugelah. Tak de pon party2 buih.
Beli KFC, panggil sepupu geng bas sekolah bangi jer. Makan itu saja. lagi pon mama time tu dah stat
sakit mata. Lagiklah harus malas nak masak2 kan..

'Selamat Hari Lahir yea sayang. semoga menjadik anak yg baik..berjaya di dunia dan di akhirat..amin..'
Tensi kali kedua..tak leh nak upload gmabr lagik. haiyooooo!!

Lagik..Baru balik berbandung..8-10 januari aritu. Rombongan che kiah gitu.
Ai, tujuan jugak adalah soping. Pegi satu beg, balik beg beranak 3. Ikut tuan dia..Ahaks.
Dapatlah bj raya dorang skit..mak aiii awainya...senang..sediakan payung sebelum hujan.
Alang2 sampai ke Bandung, baik abeskan semua yg ada..gitu...
Tapi mak sodih jugak..tak leh nak membelek lama2. Waktu terhad. Apa yg nmpk, aku kaut.
sampai kaunter bayarsoh budak kaunter tu kirakan.
saya mahuk 3 juta sahaja.. ahaks..
nasib baik...kira2 cukup2 sahaja...
yg sedapnya bawak 10 jutahhhh. baru puas soping..hehe









Irfan, selamt jugak pegi school. Ok dia. kelakar pon ada tengok gelagat dia. tp yg penting,
Irfan bersemangat waja. Jumpe dah van dia. Sib baik ustaz tu mahuk anta dia di luar kawasan
ustaz tu..Balik sekolah jer, mintak nasik, susu pastu terus membungkang sampai petang.
bangun pagi okey jer. Senang jer, tak byk cerites..Adek..dia tinggal sorang ngan bibik
sian lak dia. Pagi ni dia ngamuk nak ikut mama g keje. Nanges sedu sedan. Sian betoi
mintak school jugak. keke..


Hai tensi!!!. susah nau buat time skang ni. ni gmbr dalam Hp, camera kan demam.
ok dah sudah. haiyoooo...hhuhuuuu
mana mau carik modem baruk??

Monday, January 3, 2011

modem rosak!!!

 MODEM ROSAK. CITER TERBENGKALAI. UPS DR HP SAJORK. J