KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Sunday, February 27, 2011

Lamanya tak jumpee..

 

27022011464

Rakan sekelas kat Sekolah Menangah Taman Keramat Form 1-2. Ni sama Wan Nahariah. Tadik jumpe dia ajak karok. Sore dia mmg best. Klu msk AF, leh juara nih…hehe..Terkesima masa hari guru dia nyanyi lagu Bosanova –Wan. Mantop. Meremang bulus. ahahaha..

 

27022011465 Ni, Herlina..Tadik nana senyap jer. Simpan sore. Sore latar pon tak nak dia. hehe..Dedua kawan rapat ms sekolah sana. Ai g umah, dia g umah ai. Bile ponteng pose, g umah nana. Mak dia tak de..hahahaa..Pastu dia mkn umah ai, ai mkn umah nenek dia. Syoknya tingat dulu..hehe..ada org cakap muke anak sulong dia sama ngan muke ain. Memang ada sikit iras, cam cino.. ;P

27022011467

Setelah kehabisan suare. Weolss minum2 kat Larkthai. Best tak de org, weols jer. Ni pon budak cashier tu yg tolong amekkan gambar. Masa jumpe rase nak nagis jer..jelah last jumpe form 2 jer. skang masing dah 32 tahun. Siap si naha picit ai, i picit dia smbil berpeluk. ahaha..

Nnt jumpe lagik yea, Nana n Naha… :)

Saturday, February 26, 2011

Macam2 soklan

 

CIMG3164

 

ahahah..Baru perasan, sampai meleleh2 air liuq ipan. Klu bibik dulu, time ipan melalak jer, dia ckp..udah lah Ipan, simpan kuah tu utk besok pulak. ahaha.. eh apasal aku tingat bibik lama wpon dlu dia ada jantan? huhu…aku suke kasih sayang dia kat anak2 aku. Klu ngan aina tu, dia gomol2 cam anak sendiri, time dema dialah gendong cam nak rak. Time ajak jalan, cepat jer siap, sampai aku lak tak sampai hati nak tinggal dia kat umah. hehe ok dah. klu nak meroyan bibik, 50 lai pages pon xsettle.

Ni emo sbb kemarin biks aku yg skang ni aku telah disyaki dia panjang tangan. Hiohhh..aku suke yg ringan tulang jer, panjang2 tangan ni, tak suker tawwww.! hari ni balik, dia cakap anak dia lak dah meninggal. aku pon tak taulah nak percaya tak.  tah2 perangkap dia jer. Nak mintak cuti n balik terus nanti. Sejak keje ngan aku, setahun dah..ade jer kematian berlaku. Mule2 mak mentee dia…selang sebulan tu, nenet dia kat Bali laks. Pastu anak dia jatuh sakit, operate perut, pastu tak sembuh2 cam nak mati, pastu tetibe sihat, nak mintak mak dia kirim duit nak beli motor..last dia kirim duit, dia sedekah buat lampu masjid….dasat uolsss…gaji rm450 leh simpan, bagi sedekah buat lampu masjid…tak heran dia nak beli bj2 raya time tu. aku jerlah tak sampai hati kang dia terasa lak tengok baju raya anak aku berbeg2..wah giler berbeg2..haha, aku beli tudung, blouse, sandal. kesian uols….selipar dah tunggu masa jer nak humban longkang…tp hati dia mulia kan??? hantar duit semata2 nak sedekah buat lampu masjid…

ok berbalik citer anak dia tu…kan dah sihat..baru2 ni..dia mintak kirim duit beli motor..aku ckp nak motor apa nya klu duit bibik ada rm450..tu pon kene tggulah ujung bulan. takkan nak advance kot. Aku pon dapat advance Petronas bagi pon setahun sekali jer. Tu pon time raya. Klu sesaja nak mintak advance sbb anak nak playstation mmg tak de uols.. haih..bengkek akuh tau.So aku lantakkan kau lah..ko kumpul duit sendiri, nnt baru transper. So balik2 tadik, dia ckp dia baru tau anak dia dah takde. Pastu sedih, cebek2 sikit. ahhh..malas aku lah bile cebek2 ni. Kang aku sadis, aku trasper lak duit gaji aku lak kang..hahaha.

Pastu dok terkenang..kasihan rosman..tak sempat nak beli motor dah meninggal. Aku senyap jer. Kan kot aku nak beli replika motoor, pastu bakar??? hehe..Kadang2 dorang ni, mati2 ni perkara biase. kita jer, bile dgr mati tu..sedih tak bertepian…terus lembut ati bagik balik. Aku ckp kat dia, yg tak de tu tak delah bik, nak buat cam ner..doa, sedekah al fatihah dan baca Yaasin. Insyaallah sampai lah kat anak kamu tu…aku bukan nak memain perkara nih tp…..dorang mmg cam tu….harap2 betoilah apa yg dia ckp tu…

Eh sebenarnya nak citer ipan. Tadik on the way nak g amek atok kat umah, nak g dressing, lepas ujan. So ada bekas2 hujan kat kete.

Irfan: Mama, kenapa Allah kasik kuar hujan?

ish..mule dah dia tya…hahhaa..ok aku try jawap..

Mama: Allah kasik hujan sbb nak kasik Irfan sejuk, sungai2 tak kering, utk air kita minum, nak kasik pokok idup semua lah..

Ifran: ooo..kenapa lak ada matahari?

Mama: klu tak de matahari..nnt kita gelap jer…malammm jer.. tak de siang hari..gelap cam ni jer..irfan nak? takut tak?

Irfan..oh. Irfan tak naklah malam selalu…nnt asek kene tido jer…

haaahahhaa

lepas. Pastu dia tya lagik…

Irfan: Mama..kenapa ada awan?

alah.. apa pulak aku nak kaitkan..terus mama tak de idea.

Aritu forum susu ibu kat pett ada jual buku utk menjawap soklan cam nilah. Sumbung.. tak nak beli. Nampak gaya pas ni aku keje carik balik email tu n order sebuah.

Macam2 dia tya skang, sib baik tak tya cam ne ada Irfan. Perlu ker aku terangkan X bertemu Y? hahaaa…ke cakap hasil chinta2 mama sama abah? hahha.

Tadik masa turun kete, kan ada wap2 bekas ujan tu. dia tulis kat cermin tepi. BIRD. Terkesima gue baca. Terrornya..haha. baru 2 bulan sekolah, dah leh tulis tanpa tengok buku. Ke mmg gitu tahap dia? ke aku yg perasan anak aku bagus? hehe..

apa2 pon..aku puas hati ngan sekolah dia. Semua seimbang.

Thursday, February 24, 2011

Letihhhh….

 

Letih arr..

kuar umah kol 7am

balik kol 8pm

smpi umah kol 9pm

baring dah kol 10pm

pose2 depan netbook dah kol 11pm

jap gi kol 12midnight

pastu kang kene kejut..

anak mintak susu..dah kol 3am

tido2 kang alarm byik…dah kol 6am

bangun lagik..pusingan yg sama balik

letihnyaaa….huhuuu

baby

Sadis

Senin. Ahkak MC uols..
matiklah tak de org nak tau pon..hehe..
Ahkak syg org yg pedulik akak.Org tak pedulik, ahkak tak sayang..hehe
*tetibe
Sib baik i MC hari tu. Mak tipon kata jari dia berdarah kene kaca mangkuk. Aku lak, time tu tengah masak utk Ain makan nak pegi sekolah. Sib baik dah nak masak dah. Tunggu didih jer lagik. Bergegas amek mak kat umah dia. Aku ingatkan kene terhiris jer. Sekali dah tersiat dah kat jari kelingking tu.

Sadis jugak tgk byk darah kuar. Terus pegi Az Zahrah bangi. Msk Emergency, kene 5 jahitan. Harini kene follow up balik, tgk ada bengkak tak. yelah..makkan kencing manis, so takut jugak lah tak baik ke. Lambat baik ker..harap2 baiklah cepat. Amin.

Malam, bawak g dressing, so far semua ok. Selang sehari kene pegi lagik.

Eh, tetibe jerlah tak de idea. Udah2 ler tu. Dah le mencurik upss di opis. Nak kene buat e-learning utk PPA kali ni. Baru dapat 5 sijil. Target nak 8 sijil, baru mantap PPA..hik..

Ok daaaa....

Sunday, February 20, 2011

Cuti2 Italy

 

20022011459

Tajuk cam gempak jer!

Pagi tak bekpest, sbb semua terbabassss + malasss..

Lunch masak lomak ayam, sambal bilis, baby kailan.

Petang, minum petang di umah ahdek Joe. Chantek umah dia.

Tunggu proper house warming katanya nnt. ahaks

Malam tetibe tekak nak speggeti.

Singgah Giant beli2 barang.

Lagipon oregano pon masih melambak.

klu tak buat makan tahun tak abes2 oregano tu.

Masak relex2. Siap !

Pesanan penaja Irfan, esok nak bawak g sekolah tau mama

Saturday, February 19, 2011

Mild peri-peri

 

18022011457

 

Enrty sempena gambar di atas. Sangat botox pipi aku kan?? huhu

Petang Jumaat sesi mengadate sama kekasih zaman sekolah. Sekolah Kosas. Sesekali mak2 org beronggeng amatlah seronok. Tp walau macam mana pon topiknya adalah anak2 lah kan.

Tadik jumpe kat KLCC, gigih kawan ku itu ker KLCC. Mak soka jer. Mak tunggu ngan penoh sabo.Sementara tunggu tu, ai settlekan keje2 dulu. Hari ni keje memang tak cukup tangan. Mana ngan kene submit PPA lagik.Mana ngan bukak quotation lagik, mana kene buat evaluation ngan recommendation paper lagik.  Dan semuanya urgentsss. Mana ngan menjawap panggil tipon lah.

Satuhal, reception PETT ni asek pass line jer kat extension aku je tau. Maklumlah ext aku kan pames. hehe.. cam klu org tya psl tender, bank guarentee ke, drg bagi Shazrini. Kalau jiran2 workstation aku tak de kat tempat pon, recep tu call aku tya. 

Dulu masa aku kedai mesra, aku jugak. Sampai pindah dept tender pon drg pass lagi call pasal kedai mesra. Lama jugaklah. Last2 tak tahan. aku call recep, ckp tak buat Mesra lagik dah. Baru tak de call misteri lagik, skang ni kene gaklah layan panggilan misteri utk dept skang ni. Tu yg rase sangat pemes tu..kihh

Opsss termerepeks.

So kol 6 lebih jugaklah Anor ni muncul.Ingat nak pegi makan fish manhantan ke hapa kat situ, sekali aku pegi tgk2 tgh renovate. Sumpah tak tau pon dah tutup n renovate. Banyak tmpt makan tutup, KLCC tengah rearrange balik kedai2 kat situ, KFC pon dok ujung tempat lain. A&W pon dah tutup dah kot. Tempat KFC lama tak tau apa dorang nak buat. Nose yg kat tkt 3 dah turun ceruk Concourse level. Vincci langung lah ilang. keke..Ada satu home deco baru bukak. Tak sempat lah nak masuk lagik. Aku ni, klu msuk situ kang ada yg giler. Nak2 jumpe lapik kaki. Stok syiok jer berbulu2 gitu. Pas tu pantang tgk senduk, tengok pisau yg beribu2 tu. adeh biler lah nak leh beli nih..keke…tengok jerlah, nama nak beli tak de lah kots…mak beli pisau kedai dua hengget jerlah tumpul terus buang.

Ada lagik kedai yg aku tak sanggup masuk. Kang mmg mereng, ilang pertimbangan diri…TOMEI, dah makin besau, mesti byk pilihan kan…..huhuuu..rase buleh kira bape kali jer aku msk setelah 8thn aku kerja sini. hehe..tak mampu noks  Masuk mampu..namun nak rembat tu..tidak berdaya.!

Akhirnya weols pon makan lah kat Nando’s sajork. Sodap jugaklah ayam dia, aku amek extra hot. Hamek kau, meleleh hingus2, muke terus glowing2 gitu. hehe..borak2 kejap jer dah kol 7 lebih. Siap2 nak bertolak balik. Kol 8 lebih jugaklah.

Aku balik naik LRT je. Senang. Mr mama i balik umah dah tadik. Lagikpon malaslah nak soh dia tunggu ai balik. Dah ler opis dia ada pasar malam, susah2 kene tukar parking. kesian dia kan…hehe. Lagipon harini dia kat Putrajaya.

Pas naik LRT, naik pulak STAR. Lama tak naik. Ramai jugak org. Aku pon dah carik port mana nak berdiri. Tak dapat landing pon, bergayut jer memasing. Sekali tutup jer pintu. Adoiiii..nak pengsannnnnn. Semerbak bau!..sepanjang jalan nak pitam, terus rase asma nak dtg..hehe…sedar tak sedar bau tu hilang sendiri, tak pasti dia turun kat station mana.

Uishh..lega sgt.

Lagik, ada menda yg menyesakkan kepala nih. Pasal bibik. Dah nak mati permit dia. So nak buat renewal utk setahun lagik. Mintak dia carik mana pegi medical card Fomema dia. Memang aku rase aku dah bagi dia pegang. Kad sekeping jer.

Petang jugak aku call mr mama aku soh tya kat bibik. Sekali mr mama kata, bibik tergedis2 kata tak de..siap tersipu2 malu. hahahahaha…poyo geletis. Memang aku perasan, klu laki tya dia geletis2 lemah lembut. Cube aku tya. Buat keras pekak jer. Tuss jugak kepala baruk tahuk.

Balik tu aku tya lagik. Mati2 dia kata tak de, tak pernah pon aku bagi dia benda pegang. Arghhhhh.. naik marah aku. Padahal mmg aku ingat, balik umah mak aku, benda tu smpi melalui POS, balik umah mmg aku bg terus kat dia. Jangan dia kreatip, pegi buang sudehh.  Aku soh carik tp stok carik cam suruk2 jer. Macamlah ada simpan stok kondom 8 kotak! Takut nau aku nak tgk apa benda kat purse dia ada. Segan aku tgk spender dia lah kots, gituu. Nak jer aku kisai satu2 kain baju dia tadik. ahaks.

Eiii benciklah. Aku pon dah carik satu umah kotlah aku terambek ke kan.. tp tak de…adoi dah le dekat dah tarikh dia nih. Ok, takperlah carik pelan, doa bebanyak moga dipermudahkan segalanya…amin..

Klu nasik tambah memang bestkan. Padahal nak citer kesah dating sama kawan. Dah berjangkit citer bibiks. Agak2 klu aku meroyan pasal bibik ni 6thn pon tak abes. Huh!.

Ada org komplen aku tulis panjang. Pening nak baca. Dah tuuu…sekali sekala terkeluar idea. Jejari malayankan ajer..hihikk

Thursday, February 17, 2011

Iman muda

CIMG3565

tak kira masa.

mulut bernyanyi riang

ingt nyanyi ker

upernya tgh hafal surah yasin..

bile so baca balik

dia pon baca..

yasinnn.. al qulran .. akim…

ahaks…baru 3 ayat. pon sangkut

oklah tukan. baru bape hari sekolah

cara2 sembahyang pon dah buleh, azan pon buleh dah

harap2 berkat, leh masuk calon imam muda tahun depan.

ABC? tak per..nnt msk sekolah leh lah tu.

skang pulun saham akhirat dulu. :)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

 

181553_182475895120841_100000752956555_385741_3768929_n

Salam Maulidur Rasul. Akhirnya berjaya jimba ngan sahabat2 lama akuh ni. hehe.sonok jumpe setelah sekian lama tak berjumpe. Macam citer kuar. Citer lawak, sedih gumbira semua cukup.

Jimba dr kol 12 smpi kol 4 jer. Tak puas lak rase. Tp sbb dah janji nak pegi melawat sahabat ampang pulak. So kene teruskan jugak.

Melawat baby chomey Ahrolsela. Comey sangat, cam bb arab. Tp tak gmbr lah..nntlah, bile dia dtg umah aku, aku snap..hehe..

Balik tu atok kajang tipon. kata dah masak nasik byk. Atok ajak makn umah dia. Rezeki jgn ditolak..

Sabtu dulu, Irfan pegi rombongan che kiah ngan sekolah dia. Pegi pusat sains ngan taman rama- rama. hihi..alah gmbr dlm hp mr mama ai. Malas lak nak transfer. nntlah satu hari ni..hehe..sikit2 satu hari yea.. tp gmbr2 biase je. Naik bas, posing tepi tingkap je gitu..tp cumey jer..beratur reramai naik bas. hehe

Sunday, February 13, 2011

0

KOSONG .
tiada update.
KEMALASAN melanda

Tuesday, February 8, 2011

Opsss!

Takde citer menarik jugak harini. hehe..klu dapat uwang berjutah baru lah ada citer menariks untuk dikongsi bersama. Harini keje cam mandom, pagi petang ada sample view. Dah lama tak buat. Ada dua sesi, pagi n petang.

Harini jugak ada exec baru belanja lunch utk dept. Dia dapat elaun pindah. So sharinglah ngan dept. Makan free. Klu sesapa tgk status FB semalam ada aku tulis terkedu.Terkedu sbb tgk jarum penimbang makin2 ke kanan..oh noooo!!!. Terus nebes..sob..sob. Jadik........sadisler..

Saya bernekad utk menahan tekak ini dr memasuki makanan lazat. terutama nasi..nasi lemak nasi ayam nasik beriani, nasik ujan panas, nasi ulam dan nasi basi juga..ahaks..

Yang buleh masuk hanyalah ikan, ayam, sayur, buah, ulam, air suam sajork. Oh, psl ke kanan tu, tak payah tyalah figure dia. Biolah rahsia..keke..

Maka dengan itu, tengahari tadik, lauk2 sahaja yg memasuki perut ku itew..hehe.dan akan ku coba menahan selagi termampu..mampu ker?? Dan-dan tu jugaklah hari ni buat lauk asam rebus jer..kikiki..terbabit sama anak2 makan lauk org tua/org diet. Tp seronok jugak tengok, ain makan 3 pinggan, Irfan, hirup2 sup, n mintak buat lagik sok hari. Adek, mkan sambil main ler..apa lagik..hehe..

Esok menu pagi adalah oat, lunch sup yong tau foo..mlm..hrmm..ni yg mencabar ni..penat nak pikir..susah2 buat ayam stim sajer..merasa lah satu umah mkn lauk sehat selama mana? hehe..entah..harap2 bertahan..amin..

eleh..poyo shaz.! ok..roger!

Monday, February 7, 2011

Gud night!

 

Nak tulis apa tujuan ber blog..tp masa tak mengizinkan lak. Nak tido. Sok bangun pepagi nak prepare bekal buat anak2 ku itew. Menu : speggeti. Kecohhh jer! eh suker lah.. ni pestime tau…kekee…mana tau sok teror, campak2 jer dr ruang tamu jerk. ahaks. Riak tak henggat, ada lak yg tak jadik sok pagi.

Sunday, February 6, 2011

CNY dan macam2

 

03022011440

Camner cuti CNY anda? Pastinya ramai yg balik ke umah mentua kan..hiks..Selamat kembalik bertugas. huhuu…terasa lama nau cuti. agak lemau nak mule kerja sok hari.

CNY aritu kami balik ke Sban ler noks. Situ jer kg paling jauh yg ada. hehe..sib baik ada. Rabu tu balik singgah umah Mak tam . Mlm Selasa tu lagik  Pak tam tipon soh singgah. Katanya nak masak laksa. Ahaks..rezeki..tak baik di tolak2 kan…

Khamis tu petang2 tak de menda nak buat. Weols pegi Giant jer..ahaks. gi Giant pon nak citer..Gi reramai sama mentua..t tengok Irfan tu. Org len sibuk makan2 dia bantai terleleh kat kerusi..hiks..kepenatan..Asal celik mata terus nak main kat luar umah.. Main beskal sepupu dia lah, Adam. Adam balik Johor. So drg lah menjadik raja kat sban jap. hehe..

Jumaat mlm lak, cik abg kata mak tam ajak lagik makan2..mak ai..makan lagik. Memang mengumpul lelemak lah kan..Katanya ada beday anak mak tam si Taufik sama si Ayeb. Layankan.

Yana msk speggeti, Dila taja KFC sama Kek.. weols? bawak perut sahaja….hiks..

Tima kasih daun keladi..ahdek Joe kata mggu gaji nak ajak g umah dia laks.. ahahaaa…ahkak tungguuuuu!!..

Ingat cuti2 ni sempatlah ziarah kawan ai yg baru bersalin..tidak jugak..sibuk tah benda2 tah.

Sabtu balik Kajang balik. Dah tengah hari dah. Balik sbb nak mencarik barang2 basah. Peti ais dah kosong jer. Singgah kedai, Ikan semua tak encem. Ala2 mata merah..Tak belik pung. Org kedai cakap, Ahad baru cun sikit ikannya..

So balik tu masak asam pedas, goreng sayur sama goreng udang. Sayur pon mentua yg bekalkan..keke..ikan balen2 jer mggu lepas punya je.

Petang Sabtu tu jugak tetibelah Pak Ndak ngan keluarga terjah. Tido sinih. Meriah umah.

Ahad pagi, sibuk dah nak hangkut mak pegi beli ikan jugak. Berangkut semua ngan mak ndak2 pegi Giant n kedai bersama. Lepas makan, semua nak pegi kedai Pak Ngah. Berkumpulan lah pegi. Ceria terus kedai tu. Si Adek, cam kedai apak dia. mintak air milo aislah, suplah, sirap limau lah. Lepak2 tok wan goreng keropok lekor. Masa lepak tu adalah 2 org gemok..gemok sangt lah. Irfan leh duduk tenung jer 2 mamat tu. Cuak gue..kang ada jugak mulut bertuah dia bercakap..eii abang gemok…hehe..pengsan. Sib baik mulut irfan terkawal tadik.hee

Malam, cik abg lak tingin nak bersteak2 bagai. Ai cm tak mau makan dah. Atok bekalkan nasik pon ai tak usik. Suap budak2 jer. Dah dia ajak. Pegi jugaklah. Order Chicken Chop ngan Milo ais jer. Skang ni tengah buntat. Ingat budak ni nak makan, last2 tak denya..kene jugak mama jadik DBKL. huhuuuu

Kakak Ain dah tido, tinggal. Sekali tengah2 makan, dia tipon abah dia..hahaaa.nasiblah.sapa soh tido kan.??

06022011441 

06022011442

eh okeylah..terbebel byk lak. nak tutup entry dah. Sok kirjaaaa.. :)

Wassalam..

 

~Shaz~

Tuesday, February 1, 2011

my love.. <3

 

CIMG3599

Abg Irfan yg encem..hiks *matilah muntah org baca..tp mak mana tak ckp anak dia encem/cun kan..

CIMG3600 Adek manda yg comey, manja n ngade sepanjang masa

CIMG3617 Kakak ain yg sentiasa cung n mantop…ahakss

CIMG3603 Ni, kat Just Thai kat OU. tengah tunggu hidangan. Kelaparan!

CIMG3605 Siap adek peluk bantai kedai tu.

CIMG3607 Abah yang kelaparan. Ahaks

CIMG3608

Masa kat UO, lepas kuar dr Just Thai tu..tetibe2 kuar lah lion2 utk buat lion dance tuh. Memasing cuak. Akak ain, besar jer lebih, dia yg meloncat kat abah dia. Pastu gaknya gerun sgt, berlarik dorg msk balik restoren tu..haha. Nyorok. Lepas lion tu berlalu pergi, baru drg kuar. Tengok muke memasing cam takde darah. Pucat. Kalau toreh pon tak kuar darah. ahahaa.siap mintak balik.Tak nak jenjalan dah. haha CIMG3610

Balik singgah kedai pak ngah. Tengok2 ada Dhia sama mak ngah jugak. Lepaking jap situ sambil menikmati sup dia. Ain, Ipan, Adek suker sangat. Siap hirup2 angkat mangkuk tuh. Ahaks!

 

~shaz~