KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Wednesday, May 25, 2011

Pacak satukkk!

Abg Irfan mintak gunting rambut. Buat pacak! jommm salon ‘ling’

23052011635

Okeh kasik rambut pacakkk!

wokehhhh!. lajuk jer cergas aney tu kasik potonggggg!

23052011638 setepek gel dia letak. ahhahaa. terus rimas tgk rambut adek

23052011636 Balik, tak nak mandi, Basuh badan jerk ye ma….rambut jangannnn!

Saturday, May 21, 2011

Catatan perjalanan Bandung - Part 5

Hari yg ke last. Sekejapan jer lah rase pathari.

CIMG4262

Semua muke sedih jer, sbb poket dah kebocoran. ahaks. (akulah tu)

CIMG4263 Last soping ke Kartika Sari dan Kek kukus Amanda. Hari Ahad jalan Dago dr jam 7 – 10am ditutup utk beri laluan utk berbasikal. Cute jer org jual eskrim. Sekali pandang cam Digi pya maskot tu kan..

CIMG4264 Tu diaaahhh.. Pening kepala nak nak sumbat. siap lah nak belakon2 tertinggal beg. dah kaw tim ngan budak ariport tuh. Sib baikkk lah akhirnya..ada rombongan che kiah dr msia nak balik. terpaksalah senyum2 khambeng kat org tu. Lepasss 2 beg.

CIMG4266 Santai sebelum tggu berlepass. Bakso sini sedap.

CIMG4267

CIMG4271 Selamat jalan Bandung, lain kali jumpe lagik. :)

CIMG4270 

CIMG4280  Kaburlah gmbar

CIMG4283

Dah nak sampai dahh ni. suker lak tgk gmbr ini. :) CIMG4285

Landing. Dan..tamatlah lawatan sambil belajar kami bertiga. sepatutnya berempat. Atas sebab tak dapat dielakkan, K aida tak dapat pergi bersama. Next time k aida. Kita pegi lagik.

Wednesday, May 18, 2011

Catatan perjalanan Bandung – Part 4

Haksss… iye2 ke smpi part 4. ahaks.. ciput2 jer entry nya. Mana tak sepolohhh part. Okeh ni hari ke 3, 14 May. Mlm tu aku balik bilik, terus rase berangin semacam perot. Adakah kopi bertemu sup buntut itew? Sakit pedih rase. bergelodak cam hangin besar dlm perot. Tak lena tido lak rase. Sib baik kak Juna farmasi bergerak.. Ada ubat angin, sapu perot.

CIMG4238

Rase bukan saja angin tak lepas, dah menjadik gastrik kot. Kejap2 serang, kejap2 okeh. Tapi misi tetap diteruskan. Hari ni Di Jalan Riau. Ada Rumah Mode, Secret, Oasis, The Submit Herritage, Cascade tah apa lagik tah. Oh seronoknyaaaa! So harus cargassss!

CIMG4239Posing tetap lah kan depan tu bilik weols. Sangat cun n strategik bilik weols, dekat ngan reception, tak perlu turun naik lif

CIMG4244Pagi tu sbb weols terujas, awal lak siap. Ratno lom punch card weols dah tggu kat depan. Siap Guard tu kasik tau ‘ibu, supirnya belom sampai’ tengok jam, baru 8.55am. Janji jam 9am. Tak lama, nmpk ratna berlari bapak ke arah weols. Cemas dong. ahaksss

CIMG4248Pagi tu ai lak buat skil, tetibe nak cotton lak. Tu pon dpat loan ehsan dr Kak Juna, tu yg segar kembalik, klu tak layu jerkkk.. (Kak Juna, nak apply ade angkat leh?) hiks.

CIMG4249Lepas g Pasar Baru, kejap jer pon dalam 40 minit settle. Terus ke Toko Tiga. Sini byk jeans2 lah. Harga, agak murah sikit jer dr Msia. Kuranglah Rm50 kot. Kali ni tak beli, sbb rase biase2 jer…ecehh.padahal duit keringggg.. biase2 kunun. Sini jumpe baju anak acik jer, Si Nabil. Belilah 2 lai. Rase byk kat Nabil jer. Almaklumlah remajassss. Senang lak carik bj dia. CIMG4250Dah selesai Toko Tiga, Zazzzzz ke Rumah Mode. Waduh ramai banget org kat dalam tu. Sesak rase. baju pon lintang pukang. Asal jumpe saiz, cepat2 sumbat dlm beg soping. Perot pon makin pedih nih….tak dapat lagi bj pesan dr Kak Ton, Carik jugaklah. Sib baik senang saiz dia. rembat jerlah. Sms dia tya ok tak. dia ok, aku pon msk bakul.

CIMG4252Dalam Rumah ni, aku ngan hawa n k juna dah bercerai berai. hehe.. Memasing amek port lah sendiri. Kok mngekorrr jer apahal lak kan. lagi pon sini cam ok jer, tak de lah bahaya2 cam Pasar Baru tu. Aku pusing2 dekat dopoloh kali, dorang tak settle lagik. Last2 aku carik port, dok kira selai2. woww… sejutahhhh. Pengsannnn. Sian baju baby achik, tak jumpe, bj aina pon tak de, yg ada cardigan kakak sama legging, bj ayel, Aqil cikit jugak. Baju bykkkk. Tapi mata tak bape kenan. Tu masalahnya. Aku mengamalkan dasar ‘jgn tak hambek’ tu yg hambek jugak tu.. hiks. Sini mmg abes duit jutah2 lah, samalah akak hawa ngan akak juna. Berjutah2 abes… aku? aritu dah berjutah, kali ni sejutah sudah. Sekiannnn.

CIMG4254 Pastu baru rase lapa. ngan pedih perot menyengat2. Ubat angin dah abes sepapan aku telan kak juna punya. Pon masih tak sumbuh jugak. Makan pon tak bape leh..sbb masuk je makan, pedihhhh.. mmg kene pose klu kene sakit gastrik nih. Aku agak mengawal diri. Kang kene part sakit smpi kene cucuk kang satu kerjah pulak nak kene ke rumah sakit bandung.

Citer ikan. Masa dah nak abes mkan dah, kak Juna leh ckp:

eh kenyal kan isi ikan nih?

makin kunyah, makin liat.

ko rase dia kasi makan apa?

hahaaa..sib baik dah nak abes makan.

dia kasik makan apa? jangan2 pekerja kedai ni buat spa kaki kot kat kolam belakang tu?  (aku jwp dalam hati jer)

sah muntahhhh, baek diammm. hik

CIMG4255Balik bilik jap. Barang sejam. Urat2 pon tegang jer rase. Pastu cergas balik ke FO yang lain. Oh petang tu Bandung ujan, susah jugak nak bergerak dr satu tempat ke satu tempat. Jenoh berpayong nak kuar kete, masuk kete.

CIMG4256Heritage pon semak. Semak terus kepala otak nak pilih, masuk cascade, aku jalan cuci mata sajork.

Malam tu tak tau nak pegi makan mana. Supir tu bawak ke Pascal Food Market. Dia kata, klu tak nak tak per. So msk jerlah tmpt tu. Masuk jalan ngan kete pon kene byar. Pelik. Tp dia mmg satu tmpt cam dataran, byk food court, tempat lepak. ada Live band lah semua. tp weols cam tak lalu jer nak makan. Tempat mmg chantek, siap ada air pancut, mmg kalu msk rase kat KL lah, ramai org Jakarta n org kaya bandung je situ.  Permandangan tiada bandung miskin. cam bandung kaya jer.

Tp apasal tak amek gambo? Cuak kot. Ratno soh weols jalan2, pastu dia blah g parking. tipon balik cam off. pastu sib baik dapat.. Terus kata penat jerlah, n nak minum2 jer kat hotel. Alasan..tp mmg penat, pastu nak packing balik barang2 semua. Makan jerlah jajan bandung sudah. Kenyang jugak. Perot aku pon happy, tak de tekanan untuk memproses. Kejap jer dah berangkat balik. Hati cuak lain lak. Semua terlebih KG jer aku rase. huhuuuuu

Tuesday, May 17, 2011

Catatan perjalanan Bandung - Part 3

Malam tu ingat nak makan ringan2 jer. Kalau kat jakarta, ada kedai Sup. Bandung tak de. Supir bawak atas lagik dr Stone Cafe. Cuak jugaklah. Jalan jauh ke atas sanunnn.. Dah lah ujan renyai2. Sampai jugaklah. Memamg banyak cafe tepi lereng bukit, Ada suram2 pon ada. alah takutlah nak masuk. Tapi supir kata sini paling cantek view nya. Kalau pengemar kopi leh lah lepak sini – KOPI IRENG. Nama pon gah Itam kan.. hehe

CIMG4192

Memang menu dia berasaskan kopi.Ada kopi luwak. eiiii, tp mahai tuuu!

CIMG4194 Ahkak hawa sedang gigih mencari menu terbaekk!!

CIMG4195 Sementara tggu makanan, posing sepert biase. Mangsa adalah waiter kedai tu. Belakang tu view kota Bandung

CIMG4197Hazab naik kedai ni. Dah ler tinggi mengununggg. Sumpah penat. Klu org tua, gue tak recom lah. yg tak tua ni pon gigil2 kakik.. ingt dah smpi atas terus duduk, tak jugak naik lagik cam tangga umah kampung, mmg mencunggap lah.

CIMG4216

Malam tu weols order Tear eyes coffee kot. Kak juna pya. Hawa minum coffee apa tah. i hot choc jer. tak biase minum kopi. mau buntang bijik mata smpi pagi. Kak Juna pya kopi tu menitis sikit2..hehe..lain dr yg lain lah. Sini tak de.

CIMG4220 Mau kah?

CIMG4223 Ni diah, sup buntut bako. bako lagik. ekekeke…Dia goreng lak sama biji kopi

CIMG4224 Nasik cam KLCC jer aku tgk

CIMG4206Ada live band jugak. Sapa nak soh nyanyi, panggilah.. nnt dia dtg kat table. Weols, tak payah. dia nyanyi kat org sebelah, weols pon terhibur sama. Tumpang

CIMG4198 View bandung. Sejuk gaklah. Kan ujan renyai2..

CIMG4228 Balik dah. Kenyang tak kenyang. Cukup lah untuk perot kecik2 kami tuh

CIMG4229 Peace

CIMG4225

Abaikan peha memasing

CIMG4230

CIMG4231

CIMG4232 Balik. Tido. Tak banyak plastik bawak balik. Simpan sok nak pegi Rumah mode.

CIMG4235 Aku leh lak soping benda alah nih. Singgah alfamart nak beli air mineral, sekali jumpe lak menatang2 nih. Aku kan pantang jumpe. Sini agak mahal jugak, sana dalam RM3 jer. Baby powder tu aku tgk dalam rm20 lebih. Sana dalam rm5 jer. Abes rembat pencuci muke, scrub bagai. Dan…aku kemunan pencuci muke tu..carik2 tak jumpe dah kat alfamart lain. rugi tak amek semua arituh. Sedap pkai. Jenama pegion, sini tak de. Nnt nak pesan sesapa nak pegi or pegi lagi nak borong ni je…ahahaha

CIMG4236 Dalam bilik, gigih buat kira2 pulak.

CIMG4237 ish…byk nyerrrrr!!!! uhukkkk

CIMG4151 Ni dalam bali heavan. susun atur FO mmg best. menariks gitu

CIMG4246Ni permandangan biase. Nak carik duit. macam2 kerja leh buat. mintak sedekah pon ada. jgn bg jer. sekali bagik, abes kene kerumun. siap kene tarik2 baju lak lagik. Kalau penyanyi jalanan tu mmg melambak sore pon leh tahan sedap.

nnt smbg lagik. penat.. :D

Catatan perjalanan Bandung –Part 2

 

new-sanyrosa-sany-rosa-hotel-bandung

Pepagi dah check out. Bfast duluk kat de tropis tu jugaklah. Yela..kang lapo kang cam ner nak soping kannn…So Ratno kata, cer tgk kat New sanyrosa, klau berkenan leh lah check in, ada byk jugak lah hotel, sila riki martin. tp takkan ko nak abeskan masa melawat hotel jerkan. Harga ok, bilik ok jalannnn. Yang bestnya, buleh lak tgk dulu bilik.Kalau tak suker carik lain. Lawak jer rase. Harga dia kasik diskaun dari 500,000 rupiah ke 450,000 rupiah utk weekday, weekend 550,000 rupiah rate dia. Pekerja dia very helpful lah sbb tu yg terpancing nak dok situ. ahaks..Lagi pon dekat sgt nak Rumah Mode, depan lak ada Pizza hut, kira hotel dah chempelas walk. Tp beranikah berjalan?? tidakk..cume dekat jer, dok dalam town.

sanyrosa Ni bilik weols. mintak yg katil besau sekali. Tp nan hado. fully booked. Mmg ramai jugak org Msia Jakarta dok sini. Cozy jer dok sini. cam tak de lah rase kucar kacir depan dia. relex jer…oh ini katil single2 ye. weols rapatkan katil. Selamat berguling tiga horaangg..Leh search dlm FB pon ada. Sile like.  :D

CIMG4168Dah selamat check in hotel, agenda hari tersebut adalah pegi ke Pasar Baru, carik telekong, kain cotton n jajan2 utk di bawak pulang. Kedai ni aku beli kain ela yg licin siap ada manik2 dah depan tu. Tak payah dah jahit manik nnt. Jahit jer bj dress, siap berblink2. Beli selai jer pon.  Risau tak berpakai.

CIMG4169 Ahkak Juna ni mmg boronggggg..hehe…best woo sapa jadik ipau duai dia. setiap sorang dapat. ahaks..

CIMG4170Dah penat kedai tu weols jelajah lah pasar baru itew. Dr tingkat 7 smpilah ke GF, gigih mencarik. Apa yg dapat? bj kemeja jiran2 opis gue, legging2, inner2 semua abes di boronggg. huhuuu. Ni pulak di kedai angel. Katanya suppy kain ke jakel msia. tp mmg lah giler kain klu kat sini. I sendu dok sengsorang, dedua beradik tu cergas memilih..hehee

CIMG4175 Klu dtg sini, mmg nak beli jajan dia. Ada jugak kot orang yg tak gemar. aku gemar jer. so mmg haruslah borong satu beg 6kg. Yg pemes kat sini, pisang salai goreng ngan cheese, kacang bandung, biskut butter, jagung bandung dan memacam lagik. aku beli setakat sendiri makan jer. (sendiri makan pon penoh beg jajan yg besau tuh??)

CIMG4172 Letih tunggu budak ppuan ni bunglus biskut butter 18 vungkusss. pisang beli kedai lain. sini biskut, kacang. Oh tak ketinggalan…tempe pon ada..sedap uolssss!

CIMG4176 Dah agak2 bengkok tulang belakang bwk jajan, sampai roger ratno tolong bwkkan, terus ke kedai makan Sangkuriang.

CIMG4179 lambat lak rase makanan siap. Padahal perot gelodak kelaparan…tu yg 5 min pon lama gilerrr

CIMG4181

Ikan gurami bakar, ayam masak pedas (nyesal beli. cam ayam msk merah jer) lelapan, tempe sama tauhu sepotong jer. Hawa tak layan. seb baik ada geng ngan kak Juna. Weols lah menterdek tauhu sama tepehhh.. ahhaa. total cam mahal lak sini dulu makan dalam 180,000rupiah. kali ni kene 220,000 rupiah kot. Ha..sup gurami pon ada. mintak sorang makan. tp cam 3 org mkn jer. langsung tapau, sama ayam pedas kasik ratno. Rezeki pakcik tuh. weols perot kecik.. kecik lah sangatt..ehee

CIMG4182 hahaa…nmpk tak urat akak hawa? hehe..dah selamat abes makan..kenyang perot suke hati. Balik hotel jap. solat. Tu yg untung dok dekat2. senang ulang alik. Surau dorangkan campur laki ppuan. Agak pelik n tak selesa lah. yelah nak bukak2 tudung, jantan kat sebelah so better balik bilik jap kan..toilet pon sama. satu pintu masuk besar, pastu ada 2 pintu kecik, sebelah laki sebelah ppuan. Cam seriau jer kang ada pulak yg panjat2, n tinjau2..ahahahaa..nak kencing pon tak amannn.

CIMG4184 Kedai makan sana mmg style yg atap rumbia. eh rumbia ker? bantaiii..agak seram lah klu sekali tgk. ke tak? aku tak pandang atas pon, kok terpandang nmpk pulak kepala antu ke kan..ahaha. tak pepasal ekk? hehe…jom posingggg.

CIMG4180 Bela ikan dalam kolam tu. Sapa nak dia amek n gorenggggggg!

CIMG4186Lepas rehat jap, terus ke jalan Dago. sini ada Grandi, Level, Blosom tah apa lagik, Amanda kek.. cam hampes jer rase sini. ada juga lah jumpe sikit kat Grandi, cam giler baju tido lak kali ni. 2 lai beli. satu la senza…sini la senza kalu poie tgk harga, tak makan ratut2.. tok sah harap.Yang merah tu Cardigen mama punya. Ada tee cumey 29,000 rupiah jer – Rm10 lah sini. Rembat 2 lai.

CIMG4188Merdeka FO. Baru bukak. Tgk cam besarrr…masuk kehampasan. Kat sini i berjaya keluar ngan tangan kosong. Tp baju kemeja kerja lelaki mmg banyak. Aku tak beli, sbb kang tak kenan buang duit aku jerkan. Harga buleh lah..Bj budak pon ala2 jer sinih. Yg kenan gaun bb acik, Polo tp cam kosonggg jer dah 75,000 rupiah. putih lak tu. Sok jer lah carik tmpat lain.

CIMG4190

cewah..masuk riki harga lah kunun…pastu sengsorang bwk dua tiga beg soping..heheee…Tiga tingkat, tp tingkat bawah jer leh harap. atas cam bj reject, dah kotor, dia jual murah. I rase klu lelaki nak carik bj kerja, sila pegi sini kot. Baju kotak2 pon byk. suker lak i tgk. Tengok jerlah belinya tidak.

Eh cam panjang. Nanti sambung. nak masak lunch jap. Nasik ayam sempena wesak day. hehe.