KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Sunday, June 26, 2011

Saturday + Sunday

Sabtu pagi adalah report card day. Ramai jugak mak bapak pegi amek report kad. Aku sampai dah dekat2 kol 9am lebih. Sib baik kelas ain tak ramai orang, tak payah amek2 no giliran. Ain dapat no 4. OKlah tukan. Peratus dia 485. Tempat pertama 525. Apa2 pon oklah tu. Syukur. Tp yg tak puas hati. Math dia agak merudum turun dr darjah 2 aritu. N aku pon ckp kat cikgu apa masalah math dia. Sbb aritu masa belajar bahagi, belum belajar cikgu dah kasik home work sampai sepolohh muke surat. Sesia ain kene berdas2 ngan aku. Sbb tak paham konsep. Ain ckp dia tak belajar lagik, cikgu pon tukar2 cikgu. So semalam cikgu ckp cikgu math dia cuti tanpa gaji. So sekarang ni cikgu ganti. Kadang belajar, kadang tak. Nak cepat, cikgu kasik homework supaya time peksa tau buat. apakahhhh? sakit hati lak dengar, Cikgu sedap2 cuti tanpa gaji, masuk cikgu ganti, suke suki nak belajar tak. Emo jugaklah msa ckp ngan cikgu dia. N dia kata harap lepas ni ok dah, dah dpt cikgu yg betoi...gitu jer ekk.sabar je lah.

Lepas tu bfast dulu kat sekyen 7, sementara nak tunggu Metro Kajang bukak. Hajat dihati nak mencarik kasut Irfan, nak pakai time wedding sepupu cik abg aku nnt. Carik punya carik tak jumpe.Susah betoi nak carik kasut kerja budak2 ek.. Eh tau tak kasut nak pki sama bj tuxedo tu? hehe..tak mau beli mahai2. Pakainya pon sekali tu jerlah. Tapi pusing2 harammm tak jumpe. Pastu masuk Parkson, beli kapas baby acik, baju baby dia sekali. Aku, klu tgk baju baby amatlah ilang akal. Rembat 2 lai, paksa acik bayar baliks. hikss... Utk adek, aku beli spender. yelah dah pandai nak kencing sendiri, Tp ikut mood dia. Time dia berlagak besar, tak nak pakai pamper, mahulah dia pakai spender. Kalau tibe tang dia perasan kecitttt, ko pujuk cemana pon tak nak. Kasik umpan eskrim pon dia tak nak..hehe

Oh kasut tetap tak jumpe, pegi Warta Bangi lak. Si kakak pon nak carik jugak kasut pki sama gaun dia. Walaweyyy...abes lah duit mamaaaa...belikan jugaklah. Dah ckp, lepas ni tak de dah kasut raya, da le baru jer terjerebak beli kasut barbie kat One Utama yg psl colgate aritu. Tak sesuai lak nak pakai sama gaun tu. Pastu mintak lak lagik kasut sekolah. Dah ketat smpi kemot2 kuku dia kata..hhee..alahhh..belikan jugak lahhh..huuhu.

last, masuklah ke Bata, jumpe kasut yg berkenan, tp tak de saiz kecik untuk Irfan. Pastu cino tu kata 'ni offer..RM15 jer..ahhaksss...suker....rembatt...nnt pas abes kenduri chammmpak jerlahhh..ahakss..

Balik tu masak2 lunch lak ..Adek je tak tido2 padahal dah mengantuk, bangun pagi sangat. Kol 3 lebih kot tido jugak akhirnya. Aku, cergas beli ikan lak,tp dah petang. ikan pon dah xde...huhu..penattt... tp pegi umah acik dulu, kasik barang dia. Pegi sama atok ler. Malam tu, cergas ke Tesco lak sama emak. Ramai orgggg...balik kol 11 mlm. Sakit kakikku..

Ahad, dah janji nak beli ikan lak utk mak, bwak lagi ke kedai biase. Balik tu terus kepala ku pusinggg...masak pon bagun tido, bangun tido..siap jugaklah siakap masak merah ngan masak lemak pegaga. tu pon satu hal, pegaga tu cam daun bertaburan jer. Si bibiklah dia petik amek daun jer. bantai lah..malas nak pegi balik kedai. Masak jerlahhh..
lepas tu terus pusing laju pejam mata pon laju pusing..kenapakahhhh?? sampai la ni terasa lagik. okeyyy..chowww, feninnn

Friday, June 24, 2011

Sunday, June 19, 2011

Introducing….

 

Introducing….

 

-

-

-

-

-

-

-

 

sabtu1

My new toy from my own sweat & tears….Selamat berbakti ye, Che putehhhh..hikss

Hari Sukan Irfan

Sabtu Hari sukan abg Irfan. Punyalah excited dr Khamis dah kasik reminder kat mamaabah.com Irfan rumah biru, Jumaat baru dapat baju sukan sama topi sukan.
Pepagi kol 8 dah ready kat padang. Poyosss.. mama series ngantuk. Sedapnya bantalll..!!

18062011683
Sampai2 tengok semua dah masuk barisan. Ada bacaan doa. Pujian2 kepada Allah dulu. Baru lah mule
18062011678Terus mama rase sebakkk..yelah dulu kecit jer.Skang dah besar, dah pegi sekolah. Tingat lak nostalgia ipan kecik2 asek terberakkk jer kejenya. Sampai atok nya ckp, pempers berlori2 buang berak jer..kiki…skang dah besar dah dia. Syahdu lak rase.
18062011682 Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, siap sedia bersukan, untuk badan yg sihat. Haaa…gitu lagunya..hiksss
18062011686 Irfan masuk acara lari bawa bola, sama lompat pagar. Aku cam…aik? buleh ke lompat pagar? kang lompat jatuh satu keje….ingat pagau cam mana…upernya..alahai…aina pon kompen juara. ahakss
18062011688 Eh bang…..apa nih..terceplos lak bolaaa..ahakssss. Tgk mak bapak yg sibuk tolong. halooo..ko nak sukan ke anak kau yg sukannn???cam lah adiah berupa..RM 200k…ahaksss. aku tgk dr kejauhan jer dahh.
18062011689 Ha..tu diahh.dah cam pocong melompat lak aku tgk si Ipan. Tp laju lak tuuu..hahaha dapat naib johan, sebab kawan dia lembsss.18062011693 Ni lah lompat pagar tu. Kemain laju Irfan larik. Myahut cabaran abah ey.sekali…naib johan jugakkk.. akakaka..
18062011691 Nilah adiah nya..ingt dapat lah pencil box ker, beg2 ker..alahai rantai ni…hrmm ok jelah…mana nak gantung tak tau. Last2 acara lom abes, aku dah nak cabut. cabut ke rumah acik. Tengok baby dia.
18062011696tengok ler…ternganga2 tido..eiii gerammm…nak picit rase. Empok tido atas nensss ucu..ahakss
CIMG4436Kol 3 ptg, Dhia buat beday dia 16hb tu beday dia. Dah kelam2 kabut carik adiah lah pulak. Mlm sabtu baru mak ngah text, kata nak buat beday..oh apa yg harus ku beli? hehee….Beli blanket princess jer. Harap Dhia suker.. :)
CIMG4426  Kak Ain ngan Dhia bersama kek sedap.

CIMG4423
Bersama geng bas sekolah seperti biase. :)
CIMG4435
Masing2 tunggu kek. hehe. aina sambil juling2 lak bijiks mata tiup belonn.. hikssCIMG4448
Dan malam tu K zura lak ajak dinner. Tujuan dia nak amek anak tudung yg dia pesan aritu. Sampai kol 8 lebih. terus pegi Warong dusun. Ni semua gara2 kerang rebus dia. Terus menggamit2 nak pegi lagik. Semlm dinner di taja oleh laki k zura. abg ray… time kasih..hhee.. murah katanya…makanan penuh meja tak smpi ratusannn…
Lepas dinner terus pegi Kajang downtown lak. Sampai kol 12 mlm…letih kaki2…hehee

Friday, June 17, 2011

Thursday, June 16, 2011

Kenapa kah aku senyap?

 

fb3

Terharu…hahaa..

kemalasan melanda. mmglah tak de benda nak hapdate.

Citer sensasi disimpan dalam hati jer..hehe

yg tak sensasi jer masuk blog

Tq ye adek Syariah..sudi jugak jengok belog ahkak yg tah apa2 merepek merapu nih…

i followwww…eh tu salleh yaacob!!!  :D

Saturday, June 11, 2011

Melaka

 

CIMG4369

Minggu lpas abah mimpi nak pegi Taman Buaye.. selamat datang ker taman buaye uolsss..!

CIMG4374

Ingat best cam dulu masa Ain kecit2 dulu. Hampes. Ada lah 4/5 ekor boyer. tido 

CIMG4384

CIMG4380

Layan gamber ajer yer.

CIMG4383

Irfan

CIMG4385 Nasib ada pertunjukkan Buaye. Tp amatlah hampe jugak… :(

CIMG4389Cepat2 cabut round Banda Hilir.Punyalah jemmmm. Last2 kelaparan. Pegi umbai.

 CIMG4396

Masa ni lepak tukar pamper adek. Pastu sesi bergamboo. :p

CIMG4398

Gedis satu.. 

CIMG4399

Gedis dua..nak sesi posing professional tiada kemampuan. Irfan yg amek gmbr jer lah. hiks

CIMG4400

 

CIMG4395

Abah asek muke ketatttt. Punyalah mahal nak amek gmbr dia kannnn.. cam amek gmbr pasport je pon ada!

very tak lomantik de amore

CIMG4405

Dah kenyang.

11062011671

Tadik pegi melawat umah baru Mak Ngah. Bestnya. I tak mampu lah nak beli…tengok jerlah..siannn

11062011672Kat beranda umah. Siap beratur lak bebudaks tu.. hehe

11062011673

Balik tu adek ckp

Adek: Mama, bile kita nak pindah sini?

Mama: Adek suker ke umah ni?

Adek : suker, tapi adek suker umah lama kitaaa.. *buat muke kemek2 dia

hahaa..umah lama? tu jerlah satu2 nya umah kita dek oi….

Friday, June 10, 2011

Sian adek

 

IMG_4692

Alahh sian adek, tetibe naik ruam. Sib baik lah akak ain ni prihatin, cepat kasik tau mama dia.

30052011641Tulah, aritu mama buang daki kat leher adek, aritu gune bio oil. ok jelah tak de pon naik ruam. Kelmarin gune baby oil kot. tak sesuwaii kots, sian adek..

30052011642

10062011670Balik keje tadik tingins nak buat fishball sendiri. Beli tenggiri 3 papan, n tumbuk2. pastu masak ler sup. Semua sumbat, lengkap terus hidangan. Tak payah nak masak sayur dah.

10062011668Tp budak irfan ni, time nak makan. org kasik sup.. sambal yg dia bedal. kita dok risau dia pedas. 3 pinggan dia bedal, Sambal bertepek2. Irfan mmg suker mkn pedas dari kecik pung. tak kesah lah, bedal jerlah janji makan.

Thursday, June 9, 2011

Pesanan Buat Suami

copy paste from FB
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”