KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Monday, December 31, 2012

gud bye 2012. welcome 2013.

tinggal bape jam je lagi berakhirnya tahun 2012. banyak kenangan pahit manis di tahun ni. yang pastinya tahun depan umur semakin meningkat.

apa lg nk citer ye. hrmm.. tiada idea la sbb lama sgt mendiamkan diri.  tahun depan irfan naik darjah 1. ain naik darjah 5. adek pon dah makin besar. huhu.. rase nk soh kecik je. hehee. leh cium2 gomol.

ok la xde apa sgt pon. azam tahun baru xde kot. cuma berdoa supaya dikurniakan kesihatan yg baik dimurahkan rezeki dan diberkati dalam apa jua bidang yg diceburi. amin.

selamat tinggal tahun 2012. kenangan pahit harus dilupakan.

selamat datang tahun 2013.

Saturday, November 17, 2012

Gedis sama kekanak..

Lokasi jj seremban 2..tapau makan sempena melawat fil yg xsihat.

Sakit darah panjang adek cakap.. haha

Darah tinggi la adek!

Friday, November 9, 2012

Alalaalaa. Cayang mamaa..

Semalam gradution day adek. Adek kene buat persembahan. Nyanyi lagu. Tp dia la yg berlakon jdk rama2.

Smlm bateri mama kong. So tak dpt amek gambar adek byk2.

Ni je lah yg ada.. jadik lah ye.. :)
Tudung pon hentam je lilitan tak dikenal pasti. Hehee..

Janji cute kan!





Wednesday, November 7, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Humor

Women in three pictures…

                           Men in three pictures…


Monday, October 1, 2012

Adek selamat tindik telinga

Smlm saja je jln petang kat warta bangi. Ain mintak tindik balik telinga dia. Masa nak tindik tu cina tu ckp ada lagi lubang telinga ain. Tak yah tindik. Pki subang silver dulu. Ok amek..adek pulak tetibe je nak tindik. Malas nk tindik. Cam kecik lagii. Tp dia merengek2 juga kan. So pegi.

Memula semua pon ok je. Senyumm

"Adek tahan tau"..aku sama ain pesan kat dia.

Panjang je senyum adek.. heheee..

Lama la dia senyum kan

Cina tu pon letak tmpt tindik tu..cam pistol  kat dedua belah telinga adek .

Aku ngan ain kasik leka la ckp tak sakit.
Senyum..senyum semua.

Sekali kene tindik...terus kelatt muke adek

Memula dia tahan..pastu mama pulak yg kesat air mata.trus dia pon melelehhhhh..

Saba jelah...hahaa..

Harap cepat baik telinga adek..jgn cam ain..3 kali tindik..



Tuesday, September 25, 2012

Kakak yg rajin

Senyap balik dr update..hehe.nak ups pon ikut mood..

Apa cer? Biase je..skang ni dok melayan anak dara i ni haa. Ain ni cam minat je nak menjual barang..sepit la.. buku la.

So sabtu lepas bawak la dia pegi klang..

Ni antara barang dia beli. Mggu ni ajak pegi lagi. Dannn..barang2 tu semua habis. ;D






Wednesday, September 19, 2012

Sedap

Abg irfan mmg susah makan. Klu time dia tak mau..mmg tak mau.
Klu kesukaan dia..mmg mkn tak henti2 ..spegeti mmg dia suker la. Kejap2 mintak makan. Smpi naik letih nk suapkan dia. I mmg malas kasik drg suap sendiri. Mmg abes bertepek2 bersepah. Bykkan kerja je nnt.
Smlm..tya dia nk mkn apa. Tak nak katanya. Nak pegi petronas. So layan kan ajer.
Adek, kakak semua amek kopok..eskrim.

Irfan kuar ngan riang jer

"Satu makan  sekarang,
Satu makan esok"

Senang bela irfan. ;)


Monday, September 17, 2012

syioknya jumpe bff


ahad..jumpe kawan. kawan sekolah keramat masa form 1-2.
lama gile nak jumpe. tp tak lepas2. ada je aral melintang. hehe

so ptg ahad tu dapat la jumpe. aku pegi sama irfan  n adek je. cik abg ada agenda lain. ishh. bukan senang cik abg nak kasi lepas..ada dia sangkut kan aku..heret la sekali ngan anak2. takpe..takpe..i ok je.

kwn yg berkebaya tu naha..tuan rumah, nana. tggu naha pya la lama. naik sendat perot aku belasah mkn.. dia xsampai2 lg. hihi

anak2 mule2 je malu..lepas tu...berpeloh2 cam mandi je memasing.. nasib le kau anak...janji ko xsepahkah umah org. main kat luar je. hehe.

masa mencemburui weols..xlama la dpt dating.i pon risau jugak. sengsorang nak meneruskan perjalanan..akak ain pon xde. tido umah mak ngah dia. kol 9mlm jugaklah aku beransur.

dalam kete. boleh pulak abg ipan nak big apple dia. singgah le kejap kat jj teman ipan belasah donut dia..

kengkawan..next time kita jumpe pagi ye. seharian kita  beronggeng..
harap kita dpt bersahabat sehingga akhir hayat ye... :)

ms baru ada fb dulu ni la kawan yg aku search..ngan ada la kwn2 lain juga.

jumpe balik dek kerana fb..

next nk jumpe nina pulak. rindu jugak kat dia..kami dulu satu pasukan la kiranya.. ;)




Saturday, September 15, 2012

keje sekolah

keje sekolah ada. malas nak buat..
abg pan ni kene org tggu sebelah baru laju nk buat. mama ni mana la nak cukup time.
balik je terus kejar2 keje lain. basuh bj..sidai bj..sapu smapah..wah byk sgt la tu..byk ehhh.poloh2  satu badan. hehee..

pagi ni kene paksaan n ugutan. baru le reti amek buku buat. tu pon selai je. selai lg nnt malam. apa2 je la abg..ujung tahun ni ada periksa tentukan kelas lak tu. mama yg seram.


Friday, September 14, 2012

bos kecik saya

rindu dak comey mama nih.
matik le puji anak sendiri.
sapa lg nk pujikan..
wpon org ckp adek gelap. adek kulit lain sikit.
heyy tgk la acuan dia..
kok abah mama putih dedua. boleh la kuarkan ayat tuuu..
apa2 pon iols sayangggg anak iolss
putih ke itam ke. semua kuar dr perot yg sama. baka yg sama okehhh..

sayang dak cuk masham ni..
kuat merintah jugak ni..
bos kecik mama ni.
sayanggg diaaaa.


Thursday, September 13, 2012

Syioknya raya

Last open floor. Level iols. Level 31.
Meriah giler rase. Mcm nak kenduri kawen je. Dept i kene sediakan menu negeri selatan. N9, melaka n johor.
Dah. Tgk jela menunya.

Jdk tuan rumah mmg xlalu mkn. Sibuk tambah bahan. Layan tetamu. ;)




Wednesday, September 12, 2012

Riang ria sambut besday

Tq kawan opis..bos..sbb sudi celebrate besday saya..

Mode: terharuuuuu...


Today is my besday

Wow..feeling happy. Dah makin tua lak rase.
Pagi ni terlajak lak tidk. Cam mimpi cuti pulak. Sedar2 dah siang. Tgk hp. 'Insert sim'
Padan la xsedar. Hehee

So beday dpt wish dr kwn2 fb semua..tq semua.. ;p

K lah. Kerjaaaaa..sangat banyak now. Takut je tak terbuat.


Tuesday, September 11, 2012

Post sesaja ;p

Baru belajsr gadget baru..
So saja testtttt
Agak kepenatan. Raya pon malas mau upss
Biase ajer semua.
Lepas raya penat lak ke open house.


Pusingggg

Saja test. Bersiaran di mobile.


Thursday, August 9, 2012

Memang mengantuk ke?

aishh..kejap je nak ujung pose dah
apa lagik tak settle? Baru settle semua barang anak, barang bapak. barang mak lamaaa dah siap
hehe (tak sonoh mak dia, teruja nak raya ker?? )

kuih tahun ni tak byk beli, 2 3 jenis je, standard le tiap2 tahun. Mata ni asek mengantuk jelah. mmg ke camtu? tp takdelah smpi tersenguk2 kepala kat keyboard..hehe
cume bile perang mata tu, sakit smpi kepala lak rasenya. Badan pon lemah je rasenya

bangun sahur, mmg tak tido lah terus, basuh baju semua, sidai n lipat. Minggu ni sibuk mendobi baju raya dorang. Adoii..lemas ngan baju je i rase.
ngan yg pki hari2 ngan yg nak pakai raya pulak
tu yg ngantuk tak cukup2 tido tu..hehee
org tak cukup tido sbb beribadah tak polah kan..ni sibuk tak apa2 tah..
huhuuu..

oklah rase nak lelap jap kat meja nih ha.
jgn kang bos dtg ketuk meja sudahhh
 :)








Wednesday, August 8, 2012

Meh sini ahkak nak kasik ceramahhh

Ok sang laki.. Tolong ye, jgn dok hentam kat bahu isteri je. Bile tak layan muncung 20thn. Cer tolong hari2 kerja harian tu, mesti dapat 'habuann'.

Kannn?

Sunday, July 22, 2012

Irfan - Hulk

Kelakar
Irfan yg soh upload gambar dia.
Siap tolong picitkan kepala mama "bodek!"
Hahaa

Ok2 mama masukkan yer..
Gambar pon dia yang pilih.

Mamat ni.. Kalau g jalan, dia lak yg terlebih soping.
Ada je dia mintak, dari umah janji tak nak beli apa2..
Dah sampai, jumpe yg dia berkenan, xdapat.. Muke muncunggg 18"
Adoihaiiii le ipannn!

Sayang adek dah makin besar:)

Adek manda dah makin besar.
Tapi kerenah cam baby2..
Pagi2 nak pegi sekolah, klu xbetoi , mmg hazab la dgr lalakkan dia. So mmg layannn kan aje, mandi pon soh mandikan dia ala2 mandi baby, siap mandi flm pangkuan mama lak tu! Lempang kangg!

Sejak ada flexi hour ni, ok sikit..
Kalau dulu, nk menyampai kol 8 am,
rase sgt stress!!
Walaupon nama register kol 8.30am. Tak jugak sampai ontime. kol 9 am jugak sampainya.. Janji balik kene cukup 8 jam bekerja. Cukup ke??

Adek pon dah terpisah tilam sama mama.. Dah joint akak n abg dia pya tilam..sunyi lak mama. Kalau tak tu, sedap je mama peluk2 dia, dia pon sondol2 mama. Skang x dah, klu terjaga tengah malam, mama yg pi sondol2 dia. Rase nak angkut atas tilam mama balik :p

Xpelah, mb satu proses pembesaran la tu kan. Pasni mmg cadangnya nak pisahkan bilik tido lak.. Sampai bile nak berhimpit2 satu bilik ngan mama n abah kan. Akak dah 10 thn pon. Mmg layak la sgt duduk bilik sendiri..
Insyaallah, klu dapat raya ni kemaskan bilik dorang, cat lelawa sikit.. Baru nak kot tido bilik masing2.

Rindu bau baby2. Tp klu nak baby... Mmg malas dahhh. ;)


Sunday, July 8, 2012

Untuk dia

Lama giler mendiamkan diri..
Masa pon tiada utk mengupdate..
Citer pon citer yg sama..
Nnt lah..akan mencari masa jugaklah utk semadikan memori indah bersama kuarga.. :)

Untuk dia..

Sunday, May 27, 2012

Sunday, May 20, 2012

Sukaneka adek

Sabtu ada sukan sekolah adek. Kol 8pg dah terpacak kat sekolah seksyen 7, bangi.

Adek masuk acara pimpin si buta. Tergelak mama nengok. Yg celik pon lari lembap apatah lagi yg jadik si buta tuh. Haha. Adek le jadik si celik tuh. Dapat no 4 terus. Hahaa

Adek dapat umah kuning. Acara lagik satu carik gule dlm tepung. Adek tak reti tiup tepung tu. Haha. Last2 dia kuis2 je. Yang ni team adek menang tempat ke 2.

Hari panas sgt. So mama pon x tunggu sampai abes. Agak2 cikgu lepa pandang terus lah kami susup beredar, lg pon en abah demam.

Thursday, May 17, 2012

Lawatan sekolah

Harini abg irfan ada lawatan ke klcc, petrosains sama zoo negara..

Semangat dia bangun pagi tadi. Ingat mama kang leh la intip jap pepagi tu. Tp tak sempat lak. Ada kerja urgent pagi ni, n diskusi.. Lama lak tu diskusi!

Malam ni tak bermaya lak abg irfan. Makan kopok, tp mata pejam. Penat sgt la tuh gamaknyaaa. Comeyyy! Mama pon syiok jugak, tak de terpekik2 gadoh ngan adek dia ;)

Dah... Jom titon!