KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Monday, January 30, 2012

Hilangkan parut

Sabtu malam, ada reception pengantin anak bos i kat dewan merak kayangan. Anak2 x leh bawak. So aku simpan anak2 ni kat umah mak ngah dia.

Pegi tak lama pon. Kol 8 pm anta 10.30pm dah amek balik.

Sampai umah mak ngah, aina tunjuk lengan dia. Mule la sebak2.
Ishhh..jatuh smpi terabak kulit dia!!!

Ain kata jatuh masa dorang main trackmill takashima umah mak ngah. Eii geram lak rase ngan dorang ni tau. Terus xingt bahaya semua. Mmglah kan..budak.
Yg geram tu, org sibuk kat bawah dorang kerjakan kat atas.

Ok xpelah. Mama pasrah. Sudah tertulis..tp mama sedih tengok
adek sakit bile time letak gel gamat, meraung2 dia..Asek soh tiup je kat luke tu.

Tulah.......semua usik. Kan dah kene. Dah tau rase, lepas ni takut nak main dah dia cakap. Haaa..tau pon!

Ok. Nnt mama carik serum ye! Kawan fb soh pki rosken bio oil serum.harap2 hilangla parut.. Risau mamaaa! Uwaaaa...



Thursday, January 26, 2012

Syurga???

Entry kat bawah aku cedok dari blog ni, saje nak share dengan uols: http://comatosewithbraindamage.blogspot.com

Dulu kan aku ada cerita pasal kawan aku yang diceraikan sebab laki dia kata dia membebankan sebab tak bekerja kan?
Aku ingatkan itu je satu-satunya trajedi buah epal yang aku jumpa.
Rupanya ada lagi okkkkkkkkkkkkkkkk.

Kali ni dari reader blog ni jugak.
Of cos aku takleh bagitau siapa.
Eh tapi aku pun tak kenal sape sebenarnya, dia just hantar email luahkan apa yang terbuku di hati. Kesian aku tengok budak tu. Kalau dari jalan cerita yang di ceritakan, lebih kurang macam kes kawan aku tu la jugak. Cumanya dia ni Tuhan masih bukakan pintu rezeki untuk dia carik duit but still tak dapat puaskan hati suami.

Aku macam letihhhhhhhhhhhhhhhh baca kes-kes macam ni.
Oh, bukan letih baca luahan perasan dari reader ye, bukan.
Tapi letih sebab kenapa la jantan-jantan macam ni dibiarkan hidup berleluasa?? Dah la hidup dengan senang hati pulak tu. Apesal dorang ni macam takde hati perut?

This reader ni bukan tak bekerja, dia bekerja.
Dia buat marketing, tapi marketing apa aku tak tau la. Dia tak cerita pun.
Dia kata sepanjang 8 tahun keje marketing, satu sen komisyen sales pun dia tak merasa untuk diri sendiri. Semuanya dibagi pada suami.
Dia kata duit gaji memang dia bagi semua kat laki sebab dia cakap gaji dia tak banyak mana pun. Lepas tolak KWSP, duit kereta yang dia pakai, pinjaman pelajaran, ASB, Tabung Haji, insurans segala, ada la sikit-sikit tinggal untuk bantu-bantu suami.So dia malas nak berkira sangat, Jadi dia mengharapkan duit komisyen la untuk tambah-tambah buat diri sendiri.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Dia kata dia terkilan bila everytime dapat komisyen, suami dia nak pegang the money atas alasan duit gaji masing-masing adelah untuk tampung perbelanjaan harian. So duit komisyen ni duit untuk DIORANG jalan-jalan, nak shopping, bla bla bla.

Apakepundek la jantan macam ni (sorry ye dik, ini sumpahan general. Bukan nak memaki laki adik).
Seriessssssssssssssssssssly kenapa kau nak melancong and bershopping guna duit komisyen bini kau yang takde sangkut-paut dengan kau pun??? Oklah, to be fair to si suami, nak melancong bini pun contribute sikit. Ok, fine. Tapi kau melancong tetiap bulan ke???

Yang kau pulak sibuk dengan duit komisyen dia pehal??
Kau ke yang drive hantar dia ke sana ke sini buat sales??
Kau ke yang tebalkan muka pi promote barang kat customer?
Kau ke yang pi outstation hujung dunia nak cari sale?
Kau ke yang stay back kat ofis nak siapkan tender??

Kamonnnnnnnnnnnnnnnn!!!!
Jangan jadi cilakabanat okkkkk.


Aku tak tau pulak rupanya ramai lelaki yang kawen dengan harapan belanja rumah esok semua 50 : 50.
Tolong jadi jantan sebenar-benar jantan boleh tak??
Kalau aku la jadi laki, aku tak sampai hati nak peras duit bini aku (weh terasa macam pengkid pulak kejap) sampai macam tu sekali. Dah bagus la bini kau nak bayar bil-bil and duit kereta dia tak harapkan kau. Ada orang lain, nak isi minyak kereta pun mintak duit laki ok?

Of cos isteri pun janganlah melampau sangat semua suruh laki tanggung tapi yang si laki pun janganlah sialpalis sangat. Mentang-mentang bini kau bekerja, sedap anak tekak kau ambik peluang nak feeling-feeling kaya dengan duit sumbangan bini. Even duit isteri tu tak mampu nak meng-kayakan kau, at least apa yang dia bantu tu sikit sebanyak ringan jugak la beban kau kan.

Some lelaki aku tau, dia rasa mentang-mentang dia bayar bil yang tinggi-tinggi, bil yang rendah-rendah like RM100-200 tu ko pandang pelekeh je. That's why bila bini ada duit extra, dia cekau siap-siap sebab dia merasakan dia bayar expenses rumah lebih dari bini, so bila ada duit lebih ni, adelah habuan dia. Bini kira macam berhutang la kat dia sebab tu kena return the money.
Tuiiiiiiiiiiiiiiii.

RM100-200 pun duit okkkk. Aku ni, kalau bini aku (again, terasa diri macam pengkid) cakap "Bang, saya dah bayarkan bil letrik RM200", sikit punya lega keeeeeeeeeeeeeeeee. At least RM200 tu boleh la buat benda lain kan.

Adoilaaaaa....please la ok suami-suami sekalian (yang tergolong dalam golongan makan duit bini ni saje), tolong paham sikit tanggungjawab tu. Mentang-mentang syurga kat tapak kaki kau, kau guna kuasa veto.
Nak makan mintak bini buatkan.

Nak air mintak bini bancuhkan.Nak duit mintak.
Nak pepek mintak.
Tak dapat, kau lempang.

Agak-agak la kot ye pun syurga tu kau pegang.

Kalau sampai ke duit bini pun kau mintak, tu bukan suami namanya.
Tu namanya gigolo.

Gigolo je yang mintak duit perempuan.

Tuesday, January 24, 2012

Cuti cny: ke mana uols??

Pegi mana uols cuti panjang panjang?? I tak pegi mana. Umah mentua pon tak sampai. Jgn speku i tak nak balik ek. I follow je mengikut arahan.

Sabtu cam biase le bereskan dobi shaz.com le. Mlm tu jln2 kl, mengimbau kenangan lama kat keramat,klcc n jln bukit bintang. Ramainya manusiaaa.

Ahad, saja bawak budak2 pegi jalan. Ain komplen buhsan duduk umah. Okehhh, mari sayang kita ke OU. Mama pon nak carik purse baru..sian purse sekarang, terbarai isi perot. Hihi..tapi... Malangnyaaa. Anak-anakku sayang bikin panasssss. Malas jalan. Adek kepenatan. Asek nak berdukung je dia. Abg irfan pon letih. Last2 balikkkk. Nak singgah ikea pon terbantut. Macam2 ragam. Sampai en abah kau pon malas nak jalan juga. Mak kau jugak satu purse pon tak dapekk! Siannnn. Memang kene jalan sorang2 lagik aman damai. Klcc tunggu saya esk yee!

Senin mngadap lagik kerja umah. Tengahhari berdering2 tipon berbyi. Atok sama tokwan ajak mkn sama. Pak ndak ada. Disebabkan kemalasan berganda, sayang selasih kuturutkan jua. Baiklahhh, rezeki kannn. Dengan serba salah lagi..isteri sms suami
Dari rumah atok tadik, tya sekali lagi: mahu pulang ke seremban ke tidak. Kang cakap pulak isteri yg xnak pulang! Jawapan nya sama : Tidak. Isteri tya bile nak balik lagi. Nanti2 aja kata suami. Kesiannn sbb keletihan jadik jaguh badminton malam tu. Adalah sangat sedap ke pulau bantal je kan? Ok fine. Muktamad tak balik.

Selasa rutin yg sama juge. Isteri sudah mau masak. Atok call lagik mau buat ikan bakar..wahhhh sayang atok kat anak kecik dia nihhh. Siapkan kerja umah laju2. Setat enjin, selamat tinggal suami..nnt lapa pandai2 lah pegi umah mertua mu okehh!

Sampai sana anak2 enjoy2. Mama enjoy2 meratah, sampai tak keruan mengaru..sian elergi dah mama, lepak makan nasik makan cempedak. Kegatalan melampau, terus undur diri balik mau telan ubat dan jugak mengosok baju suami isteri n anak.

Tak lama lepas tu anak2 pak ndak lak nyusul ke umah ucu. Petang2 nan senjakala merah.. Okeh..bolehhh tp
Jgn semakkan umah ucu okehhh!

Heheee..sekarang, barulah ucu leh rehat2 sambil terjerit2 soh anak2 tido.. Sian kepada diri sendiri.. Ok gud nite uols.. Iols kepenatan tak abes2. X sempay nak melayan citer arianamikail eh cam tu ek eja? Okehhh tido! Bedak sejuk dah lumur lom???

Mari layan gmbr2 blur2 dr ipad kesayangan i ye!

Susunan: tak tersusun

Thursday, January 19, 2012

Kelaparan.....

Sabtu ahad lepas akak ain tak sihat. Melepek je kejenya, risau pulak tengok. Yelah,salu dia yg bikin kecoh sakat2 adek n abg. Senin selasa ain tak sekolah.

Tadik, irfan lak selsema sampai xkuar suara, rockk... gitu. Duduk umah atok jap.Kalau dok taska, ada jugak yg tak mkn ubat.

So rabu tu ain g sekolah cam biase. Dah 2 hari xsekolah, xtau la ada latihan road run lagik. Sabtu tu pasal road run tu lah yg demam2 tu. Pastu aku tya lah dia cemana sekolah rabu tu. Ok x badan dia semua.

Ain citer:

Ain: ain xtau pon ada road run hari ni.

Mama: yelah, 2 hari xpegi kan.kenapa? Ada ke tadik?

Ain: aah ada..xsekolah agamalah, sbb kene pegi road run.

Mama: Abes tu?..baju tak bawak? Ain duduk tepi je?

Ain: pinjam baju aqil, suar sib baik mak ngah bwk bj ain dr umah dia. Baju yg ain tinggal kat umah mak ngah. Ain jalan kaki pegi umah acik jumpe aqil.

Mama: oh ok...Xyah lari la. Kan baru elok demam..

Ain: xlari pon..ujan lebat! Duduk kantin je.

Pastu mlm nak mkn sambung lak lagi..

Ain: mama tau x, ain x makan kat transit pon

Mama: haaa??? Asal? Cikgu xkasik makan ke??
Mendidih dah darah gue.

Ain: bukan..kwn ain dah mkn semua dah lauk..tinggal utk boy je, takkan nak share sama dorang.
(kat taska mkn pinggan besar, mkn 3org..)

Mama: abes tu, tak mintak cikgu?
Ain: tak..mcm xde dah pon nasik.. ain mintak kuar, ain makan umah acik...

(serius mama nak meleleh air mata)
seb baik umah acik dekat..Tp cam kesian la bile sebut mintak2 tu..wpon umah akak sendiri!

Mama: laa....mintak nasik kat bibik cemana? Mesti bibik pelik..

Ain: mintak je la. Bik, saya nak makan..

Mama: Ada ke lauk?

Ain: Ada.. Bibik msk sup ayam, udang sambal, sayur, ikan goreng..
(mak aii, byknya laukkk)

Terus aku blah g buat2 nak letak penwangi kat dlm mesen baju. Meleleh air mata gue..sian anak sulong mama..

Xpelah ain, elok jugak kau tau cemana nak settle masalah sendirikan..

Tadik aku dah ingatkan dia..apa2 pon nak buat, tunggu lepas makan..

Dah makan baru buat benda lain. Sini bukan umah,bukan boleh buat sukehati,nak mkn kejap2 lagik ke.

Sapa lmbt ketinggalan la, tak de istilah "tinggal org belakang" ..

Tuesday, January 17, 2012

Vitamin sehat badan

helooo uolss..
ok mari ceria-meria
lupakan masalah2 duniawi..
mari makan vitamin kasik sihat badan..
Minda cerdas badan kuat! :)

EPO, Calsium Complete, Grape Seed, Multivitamin sama jamu.
Tercekik lak tgk byk nau nak telan. Salu i buat 2 portion. Vitamin tu sekali telan, yg jamu 3 bijik yg kaler kelabu2 hijau ni telan kemudian. Biar dia bercampur di dalam perot sahaja.
Sejak menjadik bibik ni, i kene lah rajin2 telan vitamin. skang pon terasa sengal2 pinggang. Gosok gigi pon ada darah2 celah gigi..kesian. tu tandanya kurang kalsium kan. I ni nak kata rajin makan, tak jugak, sabtu ahad dah kantoi tak makan. makan hari kerja jer, tu pon time tingat. sbb tu lah vitamin ni yg patutnya 2 bulan dah langsai, i berbulan2 tak langsai2..hehe..penjimatan berganda namanya.

ok dari kiri gmbr adalah multivitamin melalueca, grape seed lebih baik dr vitamin C oren yg beli kat Vitacare je. Antioksida katanya. EPO yg botoi biru tu.. ppuan wajib makannn..(wahh ckp pandai..hahaa). pastu Calsium complete utk tulang!. kan pengemop tegar. haruslah kasik tulang pinggang kuat kan. Ujung sekali adalah Jamu rapat wangi. hihii..ehsan dr rakan opis. I tya2 nak mkn jamu apa. sekali dia terus kasik i sebotoi, sbb dia tak makan jamu. (ibu tunggal). terus lah dia letak kat meja i jadik jamu wakaf.

So mari lah menjaga kesihatan diri.

Friday, January 13, 2012

Penattttttt

Uittt... Lama x bersiaran
Tak de benda sgt
Pegi kerja balik kerja aja..
Sampai org opis pon tau aku kelam kabut balik awai sbb nak punchcard kat umah lak..nice eh..

Rutin agak memenatkan
Balik kerja mmg terus masak air, dobi baju..

Amek penyapu,sapu satu umah, dr dlm keluar, dr luar terus anta ke umah sebelah. Hiks
Settle, mop pulak, kalau x, aku yg semput memalam. Payah.
Pastu masak, suap anak makan sbb xnak sepah2..dah tu kemas dapo,gosok baju..

Eh cam de benda lak nak cite
Cam tu jelah hari2 sidai kain, lipat lain.
Aku buat hari2 klu tak,kang aku yg kebas,duduk lama melipat bajuk hari sabtu ahad:kerja lain dah tggu sabtu ahad tu!

Lgsatu. Aku tak tahan mata.kdg2 dah mop mlm,sok pagi ada pulak tukang sepah..bekas abuk rokok bwh sofa, air manis tak basuh smpi pagi
..moppp lagik aku pagi tuh. Aku kan bibik free dlm umah nie. Pengemop la katakannnnn...

Rase nak tercabuttt pinggang,aku menahann je ni. Sampai hilang masa untuk diri aku sendiri..Agak nya tgk aku steady kot! Hrmm, steady lah sgt ye..
Aku kene belajar kot, buat derkkk je.balik umah xyah masak,mandi2 n tido je terus. Esk pagi bgn terus g kerja lagik.

Ok tu jelah..
::sesi meroyan sbb kepenatan::

Tuesday, January 10, 2012

Cinta kolestrol

Kelakar lak. Akak Ain lah nie.
Dah macam cinta kolestrol lak.
Heheheee

Saturday, January 7, 2012

Happy beday akak!

 

07012012102

Besday Kakak Ain 5hb Jan aritu. Sehari lepas bukak sekolah

makanya, besDay adalah potong kek sahaja.

mama pokai ye anak.

Selamat harijadi Anak mama Nurain Batrisyia. yg ke 10

cepat benar masa berlalu.

Rase baru jer lepas abes pantang menjaga kau yg tak reti tido dlm pantang

kecik jer kuar, 2.55kg jer. Nangis pon ala2 tak dgr suara.

hehe. skang…kaki kau pon dah saiz 5.

siap main tukar2 kasut ngan mak ngah dia n acik

sikit lagik dia merambu kasut mama pulak.

ok sayang..all the best to you..love u, so much. muahhhhhh!

 

07012012106

Thursday, January 5, 2012

sayang sudah besar!!

Adek kiss kakak ' happy beday akak!!!'
sayang mama dah tinggi!!!!


Adek muke keletihan, baru balik dr taska..makan2 time.

Wednesday, January 4, 2012

Kembali ke sekolah



Selamat kembali ke sekolah semuaaaa..
Hari first. Semua semangat.
Harap berterusan smpi ujung tahun kayyy?

Akak Ain, darjah 4. Sekolah bandar baru bangi seksyen 7
Sekolah pagi, tghari pegi ke Raudatul jannah, transit.
Jam 2, pegi sekolah agama mudawarrah. Dekat je. Jalan kaki.

Abg irfan, Pra sekolah kat sekolah Ain. Balik jam 12, ke RJ jugak.
Sampai petang. Belajar iqra lak.

Adek, play school jam 8. Terus tggu mama smpi petang.

Tulah Rutin Sekarang. Ok tu je. Nak anta irfan ke RJ

Monday, January 2, 2012

Selamat tinggal 2011-selamat datang 2012

Tetibe sayu je tingat tahun 2011.
Banyak dugaan yg aku tempoh dalam tahun tu
Semoga kedatangan tahun 2012 menceriakan hari-hari mendatang
Dan lebih baik dr tahun-tahun sebelumnya.
Insyaallah.