KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Friday, February 24, 2012

Adek oh adek

Adek harini tak nak duduk taska.
Melalak2 tak nak pegi
I kasik kata dua, taska ke umah atok ajak.
Aahaha..saja je kasik tak de pilihan.
Sekali jawapan dia adalah:

Nak duduk umah atok kajang.
Isk, tiada dlm pilihan pon.

I call atok, atok ada appointment doc pulak.
Pujuk2 adek lagik. Tak moh jugak pegi taska.
Makin kuat melalak dia pepagi.
Tensi je rase. Dah le mintak dukung sejak bangun2 pagi tu.
Dah janji tak nak tarzan2 lagik lepas baca kisah arwah adek Faris tu.

Lepas tu tya dia nak duduk mana lagik? Dia tetap jugak kata ‘umah atok’.
Aloh..cemana nih. Terus sms acik lah. Kata duduk situ jap.
(malas nak duduk sana, kang jangkit arissa ke apa ke, kang payah pulak);P

Pastu tipon atok mintak lepas pegi sepital, jemput adek kat umah acik.
Atok kata ok.
Tanya adek, adek setuju… mama gembira!
Leh siap2 terus ke opis.

Pastu adek senyum2 sumbing. Haha..berjaya jugak meloloskan diri dr pegi ke taska.
Xpelah. Mb adek kepenatan lagik kot. Badan tak bape nak sihat lagik
Dah 2 hari asek balik petang tu, lepak2 mkn 2- 3 suap.
Mintak susu, lentok..sian pulak tgk.

Lg satu, tacing bile tgk muke dia smpi depan pintu gate sekolah.
Sebakkk jer muke. Msk sekolah, baik jer. Duduk diam tepi cikgu.
Tak delah nak berlari sana sini. Alahai…seawai jam 7.45 dah duduk beraktiviti.
Kol 12 kot baru leh landing2 tido. Makan, kata nak kunyah2 biskut tu tak de lah kot
Makan pon ikut time jer. Tu yg kurus tu.
Siannn anak mama ek..

Nak amek bibik, mama cam buhsan ngan perangai bibik2 yg bahabi tu.

Tadik sampai umah acik, happy giler adek.
Tengok baby Arissa. Arissa pon heran tengok dia.
Tergedik2 nak kuar buai, tgk sapa datang pulak nih pepagi. Hehe..

Mama nak pegi kerja adek melambai2 dari jauh, siap jerit mama2 bagai..

Jap g duduk umah atok. Tok Wan ada leh lah melayan. Tah2 soh tok wan g kedai beli jajan.

Monday, February 20, 2012

Adek demam lagi

Adek demam lagi. Dari khamis lagi. Jumaat en abah dah el. Aku kan dah mc bagai dari jumaat lepas. Kan kot nak el lagi? Bikin panasss le tu kan..
Klinik GP dah pegi, tapi still tak kebah2. Sabtu ahad pon duduk umah je.

Pagi ni, masih panasss. El jugaklah, terus pegi jumpe pead kat kajang plaza tuh. Jumpe lak rozita che wan sama johan asari. Adoo shooting, tak de la lawa sgt cik ta tu, ada seketoi jerawat besar tepi tulang pipi dia. Ahaksss.. Eh apa aku merepek nih.

Ok sambung.. Doc ckp dah kasik antibiotik pon xbaik. So ada baiknya amek darah. Atau pon nak tukar antibiotik? Mb tak jalan antibiotik GP tu, sbb adek dah mkn abtibiotik paling kuat ritu, n sbb tu antibiotik GP xde fungsi kot. Baiklahhh.. Amek darah je lah. Malas lak nak test try n error lg lama lak demam kang.

Adek tak nagis pon. Dia nak dok sepital. Hehee. Mode cuti-cutikah? Doc buat 2 test. Satu full blood test, satu lg apatah.. Tp detail pya lah. Siap leh dapat result sum2 semua. Result dapat dalam 20min. Yg satu lagi tu senin depan paling lewat. Paling cepat, rabu ni. Dok ckp, darah putih kurang, homoglobin pon kurang. Bakteria byk dlm darah. Bukan Denggi sbb bacaan utk denggi tak de apa2.

Terus aku risauuuuuu. Doc ckp demam bakteria. Yelah tak pernah2 duduk kat taska. Tetibe je duduk taska, banyak pulak bakteria nak berkenalan..masalah persekitaran kan.. Payah la nak ckp.. Org tu sakit, jangkit org ni.. Nak buat cemana kan..

Harap2 adek cepat sembuh la. Doc soh kasik vitamin c, multivitamin sama scoot elmulsion. Aku beli multivitamin je. Nnt beli lah yg lelain tu demi anak.

Petang ni, irfan lak dedar je badan.. Huhu

Tuesday, February 14, 2012

Stroller to let go

Rase lama terbiar ini stroller. Terus rase mau jual ajah

Brand combi. Condition elok sgt, sbb jarang guna. Ada le 2 3 kali je guna. Beli utk irfan. Pastu ada bibik, masuk gendong. Pastu dah besar pki stroller combi kak ain dia. Terus tersimpan rapi.

Ok klu berminat, leh email i at shazrini@gmail.com

Tq :)

Monday, February 13, 2012

Macam2 sakit

Pagi tadik aku ada appointment ngan dokter pakar kat annur bangi. Mggu ni kerap pulak kene serangan asma. Ke serangan antu bibik? Euwww. Mintak dijauhkan.

Sib baik tak ramai org. Aku org ke2 smpi. Aku tak bape suker nak pegi lambat, sbb parking susah. Pastu nak
Menunggu tu sangappp lama nak mamps. Awai2 pon kol 9 lebih jugak. Parking adalah jauh ok...

Doktor check byi kuar masuk angin kat peparu semua ok. Cume selsema aku ni agak kronik. Sakit kat tulang kening sama batang idung belah kanan ni. Pastu berdenyut2 cam nak pecah kepala lak rase. Ubat doktor kasik utk tempat yg spesifik. Cam tekak gatai, dia kasik ubat meredakan gatai tekak selain lozenges. Tak lama effext lozenges tu. So takdelah aku telan ubat batuk terus merayap rayap ubat tu kat satu badan aku, siap kontrol otak aku soh tidooooo je memanjang. Byk jugaklah ubat dok kasik tadik. Utk spray idung pon ada wpon berbotoi2 dapat kat klinik panel ritu..ubat makan adalah ubat anti asma iaitu singulair sama antibiotik utk selsema aku tu. Oklah tu kan.. Takut nak telan ubat senornya. Hiks

Balik dr klinik, kemalasan berganda juga telah menyebabkan aku
menyemakkan diri kat umah mak. Time bile nak sentilkan.. Time mc ni lah. Dapat makan preee! Hehee

Kol 2 lebih balik umah sendiri. Klu balik umah, standardlah kan. Mana retik duduk diam pya. Salin uniform bibik, setatlahhhhh..mop, lap tu lap ni.
Sikit2 sudah2..kepala berat. Sedap betoi tgk bantal. Anak pulak semua kat taska. Lagikkk lah memanggil2 bantai tu..

Keje dr pagi smpi malamm tak settle. Baru lah leh rehat setelah budak2 ni membutooo.

Macam2 style tido dorang ni. Kelakar lak.

Ok calosss. MC adalah 2 hari.

Jangan lah bos aku terus meyampah tgk muke aku. Asek2 sakitttt je si Shaz niiii. Huhuuu

Saturday, February 11, 2012

Ancasa hotel PD

Agenda cuti2 tak dirancang ke PD sahaja. Tq incik pak ngah!

Short entry. Jom tgk gmbr sikit..

Comey kan? Kan? Kan?
Ucu tau.. Bukan arisaaa! Ahaks

Friday, February 10, 2012

Peminat setia ns lemak mama

Pagi ni masih berkriuk kriuk byi dada. Smlm kol 1pagi i berangkut anak beranak berkampung kat an -nur bangi. Amek gas. Tiada niat nak mc rini. Tp bangun pagi terasa lagik byi2 tu.

Harini anta ns lemak cam biase je. Sementara nak pegi klinik, singgah kedai dulu, adek mintak ns lemak. Mmg peminat tegar ns lemak mama le dia. Kikikihh

Abg tak sekolah, kesian pulak terhoyong hayang bangun tadik. Nak buat cemana kan.. Tak sangka nak sakit. I tipon cik abg mlm td soh balik awai. Tp takkkkk jugak. Sejam tggu baru smpi, padahal 15 min dah leh tiba. Soh bini mampos kejung gaknya. Makan lepaking dulu lah tu gamaknya.

Oh bukan nak keji laki sendiri tauuu. Tp Sendirik mau ingt! Sok sakit soh reket tu jaga yer...Calossss!


Thursday, February 9, 2012

Towel gurl

Ayam penyet wong solo

Test application baru jumpe.
Lokasi wong solo ayam penyet bangi.
Rindu lak lauk ala bandung.

Terpikir-pikir

Hello lagi..
Lama tak bersiaran. Biase le kan. Very the bursi. Hehee

Hrmm xde apa citer menariks la share. Tgh pikir utang piutang keliling pinggang dan cara2 mencarik duit lebih.

Oklah. Nnt dah dapat apa yg dibuat, i share ye. Share n beli tau! Ahaks

Friday, February 3, 2012

Tazkirah Jumaat

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....

Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat
(disko, kelab mlm & tempat yg Ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan & melalaikan ahli & orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan & glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan & apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah. Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera ; pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk solat ; menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari & yang akhir-akhir in yang paling teruk