KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Tuesday, June 16, 2015

Biskut kelapa mabeless..

kuih raya shaz datang lagi.

perkenalkan.. tok mama's cookies..
tajuk biskut : biskut kelapa rangup nyams nyams.

rupe macam biase-biase. kuih zaman dolu2. Tapi rase memang best i tell u.. bukan rase kelapa semata ya. Rase cam gabungan nestum lemak-lemak kelapa.. sedap!
Di jamin sedap meletop-letop ok. Iols tak nak recommend kalau tak sedap.  Wahh kemain byk lak ayat sedap gue tulis nih. Tapi serius sedapp!

Kadang-kadang ada kuih yang rase tepung je..me not like. tapi yg ni.. serius sedap weh..rangup, lemak cukup rase dan tak muak! tak terasa pon berbiji2 melayan.

Iols bukak nak makan-makan sendiri, ingat selamat la kuih ni mama sorang bedal. Tapi tak ya.. anak-anak makan dia kata kuih ni sedap nnya.. tak pasan setengah balang abes.. so mmg sedap la smpi kekanak pon suke kuih zaman dulu..

Kalau nak kasik buah tangan pon sesuai uols. Sure mak mentua, bakal mak mentua, kakak abang angkat, bos,kawan suker. Tak de la rase malu ke segan tak kasi ape-ape raya ni kan.

ok mau, leh buat pesanan.

WhatsApp i ok. 0132091175
harga : Rm25. ada 56-57 pcs sebalang
ikut la rezeki masing.. :)
Nak makan sekarang sebelum puasa pon boleh.. ready stok tau.

Thursday, June 11, 2015

Mak kau ijauu, pink, coklat, kelabu

Hola hola

Sape tgk citer drama mama dewi? Yg kat tv3 kol 7 malam tu

Aku terjerebak lak tgk.

Tajuk : Dia.. isteri luar biase.

Bengang jer siaran kol 7ptg, tak tau ke time tu emak2 tgh sibuk nak masak untuk makan malam. Terpaksa gue masak laju2 tau. Tau2 dah ujung2 citer dah..

Dah lama tak layan drama petang-petang. Drama ni pulak boleh terjerebak.

Ada citer ni nak citer..

Ok smlm ada part yg laki si Yusra ni bacaan kan ayat-ayat suci  utk kandungan dia.

Si Yusra tu tanya la kenapa kene baca time ngandung. Eh sengal nya tu pon tak tau ke hahaa

sambung..

Ok pastu Dr Raden (lakinya) tu pon cakap lah utk bayi yg dikandung tu baik akhlak, cantik rupe paras macam mamanya. Kalau lelaki hensem macam ayahnya.

Masa tengok ni, adik ada kat depan aku, tengah baring.

Adik : “ha..mesti mama tak buat kan time ngandung adik.. tengok nih adik tak cantik ponnnn. Adik hitam” sambil lepuk-lepuk peha aku.

Alahaiii sadis sgt time adik cakap cam tu.

Sumpah adik. Adik anak mama yg sangat-sangat comel, cantik segala.

Aku terus la peluk-peluk adik cakp kat adik “tak baik lah adik cakap cam tu..”

“Adik ni comel tau.. senyum manisss je. Manis macam rase nak makannnn”

“Esok besar adik mesti paling tercantik tauuuu”

Terus aku gomol2 dia. Tp dalam hati aku sayu sgt.

Sampai camtu dia punya terkesan pasal kulit hitam. Ramai sgt ckp pasal kulit dia. ishh benciii dengar.

Yelah kdg2 dia dengar kot org cakap dia hitam. Sampai ada sekali tu dia nak beli keropok lekor, time tu nak gi makan lunch. Aku singgah la kedai goreng gorengan tu ngan adik.

Tak tau la akak tu nak meramah mesra sangat kot.

“Ni anak ke?” Tanya akak goreng gerai tu.

“Aah” aku pon jwp pendek je lah. Malas nak layan sangat.

“Oh.. anak nya hitam ya.. emaknya putih.”

Sialan sangat. hitam ok hitam.. tak de ayat lain ke? rase nak carut kat akak tu.

Aku mmg cam ni, mulot tak leh nak longkang kalau org longkang kat aku.

Dari kecik kot mak aku semat dalam otak aku.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Ok fine. Aku 'alhamdullilah anak aku sihat walau pon ko kata hitam' je la

Aku pandang adik, adik pandang aku. Rase adik rase down kot, tapi senyum je lah mampu. Sian adik, aku peluk2 dan usap2 rambut adik time tu.

Malu gak nya adik. Ya Allahh.. salah ke kulit adik cam tu? Gelap sangat ke? Dah memang ada gen bapak dia. so biase la kulit ikut keturunan. Lain la bapaknya leonardo de caprio ke tak pe la.. susah jugak jdk emak gebus gebas ni yek ahaks.  Pasann ..Anak kulit org asia di bilang nya hitammm.  Rase nak terajang akak tu.

Aku pon senyum- senyum je la sambil amik keropok yg aku beli td. Dalam hati bengkak je.

Aku pon malas nak tanya-tanya adik takut dia sedih ke ape. Cume terus ajak dia makan keropok tu dan harap dia terus lupa tak masuk ke hati dia.

Banyak gak aku notis adik prihatin kulit. Ada sekali tu aku jenjalan, singgah la watson jap nak beli something. Adik diam je leka kat tempat losyen. Pastu aku pon gerak kat kaunter nak bayar barang aku beli. Adik kasik barang dia nak beli. Apa tau.. losyen vaseline yg cam iklan kata sapu sekali je tak yah selindung jalan balik balik bumbung tu. Lahai anakk.. aku layan kan jugak la.. tp kejap je pakai. pasti ilang.. haha. tak pelah,tak suai pon budak nak pakai kan..

tu jela.. harap adik dah besar esok tak de la down sebab kulit dia..

kulit putih pon kalau tak sihat tak guna jugak kan..

Yang penting mama nak bagitau.. mama sayanggggggggggggg sangat adik tau...

muah cikedddd!

Tuesday, June 9, 2015

cuti sekolah - wayang

haluuuu....

adehh buhsannn..
cuti buhsannnn..
keje pon buhsannn.. opsss..

sian anak2 gue tak ke mana pon cuti nih.
smlm pon saja la cuti, ingt leh la mencecah kaki ke Melaka ke Jumaat tu.. sampai masa mcm malehh je.. landing atas katil lg besttt..

Sabtu tu jela bawak anak2 tgk wayang.. lama tak tgk wayang. plus aku pon bukan kaki tonton sgt pon.. tgk wayang malam kat IOI ..ramainya manusiaaa.. sabit sbb anak jela. klu aku sesaja.. malehhh.. Saja amik malam, sbb siang kasik mak bapak korang cass mata. hihii...

Tgk citer psl gempa2 tu.. apa tah tajuknya. menakutkan pulak la. Dah la kat Sabah pon gempa kan.. rase takut je tengah-tengah tgk wayang, kang bergegar ke ape ke. ishh mintak jauh.

ok lah malas pulak nak bebel2. layan gmbo kenangan ngan anak2 sabtu lepas.

penatt.. tah ape penat tahh..