KISAH PERMATA HATIKU


::KISAH PERMATA HATIKU ....Mama Luv u All::

Thursday, June 11, 2015

Mak kau ijauu, pink, coklat, kelabu

Hola hola

Sape tgk citer drama mama dewi? Yg kat tv3 kol 7 malam tu

Aku terjerebak lak tgk.

Tajuk : Dia.. isteri luar biase.

Bengang jer siaran kol 7ptg, tak tau ke time tu emak2 tgh sibuk nak masak untuk makan malam. Terpaksa gue masak laju2 tau. Tau2 dah ujung2 citer dah..

Dah lama tak layan drama petang-petang. Drama ni pulak boleh terjerebak.

Ada citer ni nak citer..

Ok smlm ada part yg laki si Yusra ni bacaan kan ayat-ayat suci  utk kandungan dia.

Si Yusra tu tanya la kenapa kene baca time ngandung. Eh sengal nya tu pon tak tau ke hahaa

sambung..

Ok pastu Dr Raden (lakinya) tu pon cakap lah utk bayi yg dikandung tu baik akhlak, cantik rupe paras macam mamanya. Kalau lelaki hensem macam ayahnya.

Masa tengok ni, adik ada kat depan aku, tengah baring.

Adik : “ha..mesti mama tak buat kan time ngandung adik.. tengok nih adik tak cantik ponnnn. Adik hitam” sambil lepuk-lepuk peha aku.

Alahaiii sadis sgt time adik cakap cam tu.

Sumpah adik. Adik anak mama yg sangat-sangat comel, cantik segala.

Aku terus la peluk-peluk adik cakp kat adik “tak baik lah adik cakap cam tu..”

“Adik ni comel tau.. senyum manisss je. Manis macam rase nak makannnn”

“Esok besar adik mesti paling tercantik tauuuu”

Terus aku gomol2 dia. Tp dalam hati aku sayu sgt.

Sampai camtu dia punya terkesan pasal kulit hitam. Ramai sgt ckp pasal kulit dia. ishh benciii dengar.

Yelah kdg2 dia dengar kot org cakap dia hitam. Sampai ada sekali tu dia nak beli keropok lekor, time tu nak gi makan lunch. Aku singgah la kedai goreng gorengan tu ngan adik.

Tak tau la akak tu nak meramah mesra sangat kot.

“Ni anak ke?” Tanya akak goreng gerai tu.

“Aah” aku pon jwp pendek je lah. Malas nak layan sangat.

“Oh.. anak nya hitam ya.. emaknya putih.”

Sialan sangat. hitam ok hitam.. tak de ayat lain ke? rase nak carut kat akak tu.

Aku mmg cam ni, mulot tak leh nak longkang kalau org longkang kat aku.

Dari kecik kot mak aku semat dalam otak aku.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Ok fine. Aku 'alhamdullilah anak aku sihat walau pon ko kata hitam' je la

Aku pandang adik, adik pandang aku. Rase adik rase down kot, tapi senyum je lah mampu. Sian adik, aku peluk2 dan usap2 rambut adik time tu.

Malu gak nya adik. Ya Allahh.. salah ke kulit adik cam tu? Gelap sangat ke? Dah memang ada gen bapak dia. so biase la kulit ikut keturunan. Lain la bapaknya leonardo de caprio ke tak pe la.. susah jugak jdk emak gebus gebas ni yek ahaks.  Pasann ..Anak kulit org asia di bilang nya hitammm.  Rase nak terajang akak tu.

Aku pon senyum- senyum je la sambil amik keropok yg aku beli td. Dalam hati bengkak je.

Aku pon malas nak tanya-tanya adik takut dia sedih ke ape. Cume terus ajak dia makan keropok tu dan harap dia terus lupa tak masuk ke hati dia.

Banyak gak aku notis adik prihatin kulit. Ada sekali tu aku jenjalan, singgah la watson jap nak beli something. Adik diam je leka kat tempat losyen. Pastu aku pon gerak kat kaunter nak bayar barang aku beli. Adik kasik barang dia nak beli. Apa tau.. losyen vaseline yg cam iklan kata sapu sekali je tak yah selindung jalan balik balik bumbung tu. Lahai anakk.. aku layan kan jugak la.. tp kejap je pakai. pasti ilang.. haha. tak pelah,tak suai pon budak nak pakai kan..

tu jela.. harap adik dah besar esok tak de la down sebab kulit dia..

kulit putih pon kalau tak sihat tak guna jugak kan..

Yang penting mama nak bagitau.. mama sayanggggggggggggg sangat adik tau...

muah cikedddd!

No comments:

Post a Comment